Oct 30, 2010

Wasiat buat teman..

Mandikan aku dengan kesyukuran agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan.
Kafankan aku dengan keinsafan agar dapat aku sucikan segala dosa silam.
Solatkan aku dengan ketenangan agar dapat aku tidur di kubur senang lenang.
Usungkan aku dengan kekuatan agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan.
Tanamkan aku dengan kecintaan agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam.


aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri
aku sudah tiada lagi di dunia ini
hidup aku sangat singkat
ya, hidup manusia sangat singkat

aku malu
sepanjang hidup aku
jarang sekali aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti
aku diberi banyak kelebihan
tapi aku riak, aku bangga, aku sombong, aku bongkak

aku malu
sepanjang hidup aku
tidak pernah aku insafi segala dosa yang aku lakukan baik dalam gelap mahupun terang
aku buka juga aib dosaku pada umum
segan tiada
ahh.. insaf jauh sekali

aku malu
sepanjang hidup aku
ketenangan bagiku hanya satu perkataan yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku
aku dikenali
kekadang aku disanjung tinggi
tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku apa yang aku cari-cari dalam hidupku
yakni ketenangan di hati

aku malu
sepanjang hidup aku
sungguh aku sentiasa lemah telah rebah tunduk tanda tiada kekuatan di hati
bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik
aku amati rapi
sehingga lemas dalam lautan maksiat keji

aku malu
sepanjang hidup aku
perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb aku curahkan pada makhluk yang aku tahu tidak kekal abadi
aku sanjung meraka itu
aku cinta manusia ini
aku lupa akan Allah adalah cinta sejati

jika aku punya masa lagi
aku tidak perlukan wasiat ini
akan ku lakukan itu semua dengan sendiri
tapi semua itu tiada guna
sudah terlambat untuk suatu penyesalan
aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam
 
wasiat itu bukan untukku
tetapi buat teman yang dipilih olehNya mempunyai hidup yang panjang
sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu
sebelum wasiat itu bertukar tangan
kerana pada saat itu
wasiat hanya akan bertukar penyesalan..

*********************


Assamualaikum wbt.. 
Lama ye tak berjumpa. Hehe.. Banyak je idea-idea yang nak dishare dengan pembaca semua tapi maklumlah busy dengan mid-term exams (macam lah kuat study sangat! ceits). Plus, kesihatan saya juga tidak berapa elok kebelakangan ini. Actually, dah dekat dua bulan saya kurang sihat cuma semenjak duamenjak ni macam mengada-ngada sikit. InshaAllah saya akan lebih kuat. Don't worry ya? (masalahnya korang worry ke? haha..). And Alhamdulillah kesakitan yang saya alami telah mengajak saya untuk lebih rakus mempersiapkan diri menghadapi kematian. Saya sentiasa berdoa semoga diberikan umur yang panjang kerana masih terlalu sedikit bekalan yang boleh menjamin saya mendapat 'kerusi' di syurgaNya. Tetapi jika kata ajal saya sekarang, saya berdoa semoga dimatikan dalam keadaan beriman dan semoga lafaz terakhir yang keluar dari bibir saya adalah Kalimah Syahadah. Harap anda pun begitu juga. Sentiasalah ambil iktibar dari apa-apa yang telah berlaku di sekeliling kita. Allahuakhbar. 힘내!! ^^


'Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'
[63:11]
                                            


Oct 22, 2010

Mampukah kita menjadi semulia ini?

Assalamualaikum.. 
Sedikit perkongsian yang kecil tetapi diharap dapat memberi manfaat yang besar kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Uhibbuki fillah = I love you for the sake of Allah. (excited baru belajar bahasa Arab. hehe..)

********************

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, 

"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya."

Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapkannya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sehingga kewafatan Baginda SAW.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Saydina Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Saydatina Aisyah RA menjawab,

"Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah itu?", tanya Saydina Abu Bakar RA. 

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Saydatina  Aisyah RA. 

Keesokan harinya Saydina Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Beliau datang kepada pengemis itu lalu memberikan makanan kepadanya. Ketika Saydina Abu Bakar RA mula menyuapnya, si pengemis marah sambil mengherdik, 

"Siapakah kamu?"

Saydina Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (datang kepada engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa datang kepada aku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Saydina Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, 

"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Nabi Muhammad Rasulullah SAW."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Saydina Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, 

"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia datang kepada aku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Saydina Abu Bakar RA disaat itu juga dan sejak hari itu menjadi seorang Islam.

********************

Wahai saudaraku, bilakah kita dapat meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? 
Atau setidaknya niat untuk meneladani Baginda SAW?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, sebaik-baik akhlak.

Mungkin kita tidak mengikuti Baginda SAW seratus peratus, tetapi buatlah yang termampu oleh kita.


[sumber : email]



Oct 18, 2010

Bisikan Arwah..

**Petikan dari blog -Doa Buat Alanna-


Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Didalam koma...adik lihat....
Syurga itu sangat hebat...
Hebat dari apa yg mummy cakap...
Adik dah tak boleh nak tunggu lagi...
Sekarang juga adik nak pergi...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Suatu malam datang malaikat...
Adik merayu, adik dah tak larat....
Tolonglah ambil nyawa adik cepat...
Tapi kata'nya' sabarlah dulu...
kerana apabila sampai waktu..
Dia takkan pernah lewat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Pagi tadi 'dia' datang lagi...
Masa hujan turun..membasah bumi..
Dia datang dengan senyuman..
Senyuman manis berserta kiasan...
Tanda adik dah tak berkesempatan..
 

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila adik dah tiada nanti...
Bolehlah mummy dan daddy berehat lagi..
Kerana adik selama ini...
Sering membuat mummy menangis..
Tak henti-henti...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila mummy dan daddy leka tak nampak..
Adik bisik kat 'dia'...
Ambil lah sekarang kalau DIA nak...
Adik taknak mummy nanti ternampak-nampak...
Wajah adik yang sedang menanggung azab...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Masa semua tak sedar yang adik dah tiada...
Adik dah tak sakit..tak kejang...dan tak derita...
Alhamdulillah...Adik sihat-sihat saja...
Dan dalam erat pelukan malaikat..
Adik terus dibawa ke syurga...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Dari atas adik nampak mummy menangis kehilangan ..
Adik nampak daddy menangis ketakutan...
Adik nampak abang menangis kesunyian...
Dan adik nampak semua menangis keinsafan...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik nampak muka mummy pucat...
Adik nampak daddy peluk adik erat..
Adik nampak abang menangis kuat-kuat..
Dalam malam pekat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Tiada lah lagi duka nestapa...
Lenyaplah segala sakit sengsara..
Buat mummy dan daddy kedua..
Teruskanlah kehidupan bertiga...
Seperti sediakala....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik akan sentiasa memerhati...
Setiap langkah mummy dan daddy..
Dan semua saudara sedarah ku nanti...
Ke Rumah kita...Di Syurga nanti....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Benda nih adik tak sempat cakap...
Tp adik malu nak ucap...
Ssshhhhh....
Adik amat sayang pada mummy,
Daddy dan...
Abang Nadime.....

Selamat Tinggal....Semua..


  
*Semoga perkongsian ini dapat menguatkan kita sebagai hambaNya yang lemah ini mengharungi  segala ujian yang melanda dengan tabah. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah adik Alanna Qish. Sungguh, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bersabarlah dengan kehilangan Bidadari Syurga ini. 


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
[2 : 286]


Oct 16, 2010

0.25% Jews vs 25% Muslims

Sekadar lagu hiasan~

Ku Menatap Dalam Kelam
Tiada Yang Bisa Ku Lihat
Selain Hanya Nama-mu Ya Allah

Esok Ataukah Nanti
Ampuni Semua SalahKu
Lindungi AKu Dari Segala fitnah

Kau TempatKu Meminta
Kau BeriKu Bahagia
Jadikan AKu Selamanya
Hamba-mu Yang Slalu Bertakwa

AmpuniKu Ya Allah
Yang Sering Melupakan-mu
Saat Kau Limpahkan Karunia-mu
Dalam Sunyi AKu Bersujud


Artist : Afgan..


Such a beautiful lyrics huh. Ok, just find out that Afgan is actually Indonesian. Thought he's Malaysian! (Farah, you're so lame. booo..

Where are you, Malaysians? I mean Male Malaysian Muslim Arists! Make the best use of your talent. 

If Jews introduce entertainment to obliterate us, so why don't we use entertainment to obliterate them back too? (Lady Gaga, The Illuminati Puppet ... purposely or maybe just by chance, but everyone can plainly see this is a bad personality)

Today, it's way too late to blame the Jews. All we can do is, manipulate their strategies in order to make our own strategy. 

Hey, we cover up 25% of the world population while Jews only 0.25% !! But why they're so powerful yet we're so powerless? 

Wake up dudes, we can beat them! Yeah, of course we can. 


Oct 10, 2010

Hadiah exam for you~

     "Awat la aku ni bengap sangat? Kalo bab hafal-menghafal ni, grrr.. 4.6 kali aku baca benda sama pun tak boleh ingat-ingat jugak! 꺼져줄게 잘 살아.. 그 말밖에 난 못해..", terdengar keluhan aku sambil mulut terkumat-kamit melontarkan vocal sambil speaker berdentum kuat tanda protes hafal-hafal tak ingat-ingat jugak. Bila exam je, subject yang kena hafal-hafal ni la aku paling cannot go sekali. Kalau yang kira-kira tu boleh jugak la aku reka-reka aku punya 'formula' sendiri. 

     Dah jadi kebiasaan kan, music jadi teman utama aku sehari-hari. Bukak PC pasang lagu, naik subway dengar mp3 (mp3 mcm kuno lak, ipod ke.. iphone ke..) dan yang ketara sekali time exam lah. Bukak buku, lagu pun bukak. Kalau tak nanti bosan, mengantuk sebab senyap sunyi pastu bila dah senyap sunyi sepi tu ape lagi, 6.7 minit lepas tu krooh krooh la jawabnya.

     Aku marah diri aku sebab lembab sangat bab hafal2 ni tanpa aku sedari aku sedang meng'cerdik'kan diri aku jugak. Yela.. Korang pun sedia maklumkan yang hiburan ni tiada apa-apa faedah melainkan hanya bertujuan untuk menghiburkan, hiburan juga boleh menumpulkan akal fikiran. Perbuatan aku yang sambil study sambil dengar lagu tu laksana layang-layang melawan angin (pandai betul aku guna peribahasa sekarang. hehe..). Aku semangat gila hafal sampai 4.6 kali aku baca benda sama, tutup mata sampai berkerut-kerut dahi aku, semangatnya nak menghafal ni. Tapi sambil-sambil tu jugak aku pasang lagu, Lady Gaga la, Lady Gugu la.. Tinggallah lagi 0.6 je benda yang aku hafal tu dalam otak aku ni, lagi 4.0 aku dah kasi kat Lady Gaga.

   So, sempena mid-term exam yang bakal dihadapi oleh kesemua student Malaysia di South Korea ni (exam-mode la omputih cakap), aku ada hadiah. Tadaaaa..


    

     Hohoo.. Maybe ramai dah ada hadiah ni tapi sebab aku suka sangat ayat omputih ni 'Sharing is Caring', jadi aku telah muktamad seikhlas hati, tulus-mulus untuk share hadiah ni dengan pengunjung blog aku. Mungkin tak seberapa la (sebab aku tak perlu keluar duit sesen pun) tapi maybe boleh calm down kan korang-korang yang ada rasa nak bunuh diri sebab stress study tu.

     Sambil-sambil korang study, depan mata ada PC or lappy, bukak facebook ke, apa kata korang bukak lagi satu tab untuk hadiah aku ni. Disamping dapat pahala dengar alunan hadiah aku ni, semoga ingatan kita semakin tajam dan hati menjadi lebih tenang. Selamat menghadapi peperiksaan! 아자 아자 화이팅!!


Menajamkan Ingatan [Petua Imam Syafie]
  • Tidak banyak berbual kosong
  • Rajin bersugi
  • Bercakap dengan orang soleh
  • Bergaul dengan para ulama


    Oct 7, 2010

    Maksud bacaan solat

    Assalamualaikummmmm~ wbt. ^^

    "Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu 
    tetapi hati antara tidak dan mahu 
    pantaslah Allah perlakukan kita begitu."

    ** Sedihkan kalau kita lakukan sesuatu tapi kesudahannya ia adalah sia-sia? Jadi, luangkan sedikit masa untuk membaca maksud bacaan dalam solat ini supaya takbir kita, rukuk kita, sujud kita tidak hanya 'bagai kambing menanduk bukit' <3



    Doa Iftitah
     
    Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
    Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
    Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
    Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
    Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


    Al-Fatihah

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
    Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
    Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
    Yang menguasai hari pembalasan.
    Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
    Tunjukilah kami jalan yang lurus.
    Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


    Bacaan ketika rukuk

    Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


    Bacaan ketika bangun dari rukuk

    Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


    Bacaan ketika iktidal

    Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


    Bacaan ketika sujud

    Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


    Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

    Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


    Bacaan ketika tahiyat awal

    Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
    Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
    Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
    Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
    Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


    Tambahan untuk tahiyat akhir

    Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. 
    Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
    Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
    Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
    Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


    Doa Qunut

    Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
    Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
    Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
    Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
    Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
    Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
    Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
    Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
    Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
    Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
    Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
    Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


    Oct 4, 2010

    Sehidup semati

    "Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik,
    tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

         Ayat ni lah yang menjadi topik perbualan aku dan seorang rakan seperjuangan dunia akhirat aku semalam. Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Yela.. Umur baru 21 tahun. Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia (ceewahh..).

         Bagi si adam, tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. Anda diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. Jadi, bermula dari usia muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda. Baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. Buruk bimbingan anda... (fikir-fikir la sendiri).

         Bagi si hawa pula, anda juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda (uik, terasa pulak. ngee..)

         Tempoh perkenalan yang lama diantara si dara dan si teruna juga bukanlah perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh 'berkenal-kenalan' yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya "Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak". Dalam masa berkenal-kenal mesti la kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita, Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki. Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr). Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak. Dulu cakap nak tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la. Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan).

          Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika 'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur).


    ********************

    "Mama.. Rasa nak kahwin la", aku menggedik.
    "Hamboi!! Gatalnya.. Calon dah ada ke?".
    "Hee.. Tgh cari la ni. Susah la mama. Duk kat korea ni, jauh dari family. Pastu rasa macam nak ada orang bimbing je takut jadi macam dulu balik".
    "Eleh, gatal tu gatal jugak (mama memang sangat memahami. chaitt). Tapi kalau betul nak cari suami, cari la yang boleh bimbing. Yang boleh sama-sama naik motor (awat ntah motor jadi pilihan mama) pergi solat jemaah kat masjid. Yang boleh ajar awak mengaji. Pastu nanti kalau awak dah meninggal, dia boleh pergi kubur mengaji untuk awak macam Pakcik Yunus (bukan nama sebenar) tu", mama bagi nasihat sebagai orang yang sudah banyak berpengalaman.

       Pakcik Yunus tu aku kenal la. Lorong rumah aku lak setentang dengan tanah perkuburan Islam (seram sejuk jugak balik lewat malam-malam). Dulu pagi-pagi time nak pergi sekolah selalu lah nampak kereta Pakcik Yunus ni parking depan pagar tanah perkuburan tu, pastu nampak la kelibat beliau di depan kubur arwah isterinya. Mama cakap Pakcik Yunus ni lepas solat jemaah subuh kat masjid, terus pergi kubur arwah isterinya untuk mengaji dan bersihkan kubur sebagai janji mereka untuk sehidup semati. Last winter time aku balik bercuti pun Pakcik Yunus still meneruskan rutin harian beliau.

    "Inilah maksud sehidup semati rupanya", hati aku berdetik memahami. 

         Sehidup semati bukan nya macam kau punya pasangan mati, pastu kau pun bunuh diri nak mati bersama sebab kan dah janji dulu masa kemaruk bercinta dulu-dulu nak sehidup semati. Tunaikan janji punya pasal. Sehidup ni bagi aku berjanji untuk hidup bersama bagi tujuan untuk meneruskan dakwah Islam. bersama-sama memperdalamkan hal agama, saling bimbing-membimbing dan memperoleh zuriat yang halal. Manakala semati pula bermakna sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan yang telah meninggal dunia baik si isteri mahupun si suami supaya masih segar di akal fikiran kita tentang kewujudan pasangan kita ini seolah-olah dia masih hidup bersama kita. Bukan melupakan atau meratapi pemergiannya.

    "Bestkan mama arwah Mak Esah (bukan nama sebenar) dapat suami macam tu? I pun nak cari calon macam tu la. Boleh jadi imam untuk I setiap hari. Pastu nanti I dah mati, dia tak sibuk cari pengganti. Oh, indahnya duniaaa..".
    "Dunia je, akhirat??", hoinggg.. Kena libas ngn mama.
    "Ye.. Ye.. Lagi sekali. Oh, indahnya dunia akhiratttt.. Hehe..".

    ********************

    "Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang."
    [30:21]

    Oct 1, 2010

    Kau bicara tetapi..

    Kau bicara kau pinginkan syurga hakiki
    tetapi...
    Kau tidak rela menceraikan dunia yang mimpi

    Kau bicara kau mahukan Muhammad si suami
    tetapi...
    Kau tidak tegar seberani Khadijah si isteri

    Kau bicara kau mendamba hidayah Ilahi
    tetapi...
    Kau tidak rakus membuka pintu hati

    Kau bicara kau buntuh kasih abadi
    tetapi..
    Kau tidak mencintai  kekasih Yang Esa ini

    Kau bicara kau perlukan masa lagi
    tetapi..
    Kau tidak menyedari maut sedang menanti

    Kau bicara tetapi itu tetapi ini
    Kau bicaralah 'tetapi' sehingga kau tiada lagi.

    "Indeed, to your Lord is the return."
    [96:8]


    ~Renung-renung juga, beramal jangan lupa~