Aug 24, 2011

Lembaran Hidup Wanita Solehah


Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama


 

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga






Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..


[Hadiah buat Muslimah]

 

Aug 18, 2011

Tahajjud Cinta. part2




Pagi itu agak tenang dan indah. Seindah sejarahnya. Kakiku melangkah dengan membawa bersama hati yang teruja tetapi sedikit segan. Bagai perasaan berjumpa sang kekasih pada janji temu pertama. (cewahh ayat jiwang sich)
 
 
"Haa, di bawah kubah hijau itu terdapat makam Baginda. Sampaikan salam dan selepas itu kita berdoa bersama-sama," kata mutawwif.
  
"Assalamua..laika... ya Rasul...Allahhh..."




     
Bibirku bergetar-getar. Cecair putih jernih itu tidak dapat aku tahan lagi. Teresak-esak. Aku tidak endahkan mata-mata yang memandang. Tak tertahan lagi rasanya, rasa bersyukur padaMu ya Allah, rasa bersyukur padaMu ya Allah, rasa bersyukur padaMu ya Allah, jasadku akhirnya sampai ke situ. Aku berasa sangat dekat dengan Baginda kekasih Allah. Baginda ku rasa bagai sedang berada di sisiku. Bagai sedang memerhatikan aku. Bagaimana insan hina seperti aku layak merasa begitu.? Tiada kata-kata mampu ku luah, hanya air mata syukur aku pamerkan.

Wahai kekasih Allah, terima kasih atas perjuanganmu. Engkau tegar dihina, dicemuh demi menyampaikan agama Allah kepada kami. Terima kasih atas sunnah-sunnahmu yang mengajarkan kami cara hidup yang sempurna. Engkau mengajarkan cara beribadah kepada kami. Terima kasih atas jihadmu menyebarkan agama Allah. Tanpa usaha dayamu, mustahil hati-hati ini mengenal Allah, Tuhan yang Esa. Terima kasih atas dakwah dan tarbiyah yang engkau sampaikan. Mampukah aku menyambung dakwahmu ya Rasul Allah..?? Lemahnya aku.. kuatkah aku untuk meniru perjuanganmu ya kekasih Allah..?? Air mata ini menjadi saksi, betapa aku berterima kasih atas segala yang telah engkau lakukan, atas segala perit jerih yang engkau lalui demi kami.

Sebak hati ini memikirkan malunya kepadamu kerana tidak mengikuti sunnahmu selama ini. Malu denganmu kerana umat-umatmu hari ini ramai telah melupakanmu sedangkan di saat geringmu, engkau masih mengingati kami. "Umatku.. umatku.. umatku..", engkau risaukan nasib kami tetapi kami jarang sekali menghargai perjuanganmu. Jahilnya aku hanya mengenal namamu, Muhammad Abdullah tetapi tidak mengenal siapamu, Muhammad Rasulullah. Aku malu mengaku sebagai umatmu wahai al-Amin, tidak layak dengan peribadiku untuk mengaku yang akulah umat Nabi Allah, penghulu segala Nabi. Maafkan aku ya pejuang Allah jika aku gagal melaksanakan amal makruf nahi mungkar seperti yang kau ajarkan.

Tidak pernah aku merasa sepilu ini sepanjang hidupku. Aku masih berasa tidak layak untuk berdiri di situ. Air mataku bagai empangan yang pecah. Rasa bersyukur dipilih sebagai tetamu Rasulullah pada pagi itu, rasa berterima kasih atas segala perjuangan Baginda, rasa hina kerana selalu melupakan sunnah baginda, rasa malu kerana tidak mampu berjuang berdakwah sepertimana Baginda dan sahabat-sahabat pernah lakukan.

"Salam sejahtera ke atas engkau wahai junjungan yang mulia, Rasul yang pemurah dan penyayang, yang telah dipilih oleh Allah menjadi kekasihNya. Aku bersaksi bahawa tiasa Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tanggungjawab risalah dan telah menunaikan segala amanah, telah memberi nasihat kepada ummah, telah berjihad bagi meninggikan agama Allah, sejahteralah ke atas engkau, berkekalan hingga hari kiamat. Ya Allah ya Tuhanku, berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat. Ya Allah, kurniakanlah kepada junjungan akan kemuliaan dan pangkat serta darjah yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin."

"Mari kita bersiap pulang ke hotel."

Berat kakiku melangkah meninggalkan tempat bersemadinya kekasih Allah. Masih ada lagikah peluangku untuk ke sana melawat Baginda.? Tidak ingin rasanya aku melepaskan perasaan betapa dekatnya dengan Baginda denganku. Terima Kasih ya Allah, terima kasih ya Rasulillah.

Wahai Muhammad ya Rasulullah, aku berdoa semoga kita dipertemukan suatu hari nanti. Di sana, di syurga Firdausi, tempat kekasih-kekasih Allah. Amin..


Aug 17, 2011

Tahajjud Cinta. part1

  
Lagi beberapa hari, dengan izinNya, kaki ini akan melangkah ke Baitullah tanah suci. Tak terucap kiranya perasaanku. Sebenarnya aku sedikit gugup. Layakkah aku menjadi tetamuNya..?

Terngiang kembali kata seorang akhwat,
"Kenapa cepat sangat.?"

Aku tersenyum. Yelah kan, kenapa cepat sangat..?

Memang keputusanku ke sana agak mengejut. Pada mulanya aku merancang untuk berpuasa di negara Timur Tengah tetapi tiba-tiba fikiranku, alang-alang ke belah sana, baik terus aku tunaikan umrah. Sementara diberi kelapangan umur dan waktu. Dapat juga aku merasa pengalaman berbuka dan tarawih di Masjidil Haram serta menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Tambahan, aku masih belum bekerja, tak perlu aku fikirkan cuti yang perlu dipohon. Aku masih belum berumah tangga untuk memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul.

"Umrah yang dilaksanakan di bulan Ramadhan pahalanya seperti melaksanakan haji bersamaku."
[HR ANAS]

Tak aku nafikan, agak sibuk aku mencari teman sana sini supaya dapat ke sana bersama-sama. Yelah kan, banyak jugak kisah tak elok aku dengar pernah berlaku kat sana sampai seorang kenalan aku tak jadi ikut aku kerana kuatir keselamatan diri. Aku pula, masih dengan sikapku nekad untuk ke sana. Pergi bersama keluarga.? Aku bukan dari keluarga berada. Bagiku, yang menjadi pelindungku bukan teman di sisi tetapi Yang Maha Pelindung. Mungkin tiada kenalan untuk ke sana, tetapi aku yakin, aku bukan berseorangan, ada Allah bersama-samaku.

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka. Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, 
"Jangan takut, ALLAH bersama kita."

Tidak pernah aku sangka, begitu Dia permudahkan jalanku ke sana. Alhamdulillah, Yang Maha Pemurah. Rezeki aku dicukupkanNya. Setiap bulan aku baiki buku kira-kira untuk mencukupkan keperluan belanja. Seorang kenalan di Facebook pula telah ikhlas hati untuk menjadi orang tengah antara aku dan agensi umrah sementara aku masih di Korea kerana kekangan untuk berhubung. Papa dan mamaku jugak memberi kepercayaan untuk melepaskan aku ke sana seorang diri walau pada mulanya mereka agak bimbang. MashaAllah, sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jalanku dibuka mudah.

Kenalan di luar sana,
lebih-lebih lagi yang 'still single',
lebih-lebih lagi yang masih belajar,
lebih-lebih lagi yang belajar di luar negara,

..ayuh gunakan masa ini untuk menjejakkan kaki ke tanah di mana terdapatnya tapak-tapak kaki para pejuang islam.! Kenapa.?

Kerana,
sementara kita masih bebas dari tanggungjawab rumah tangga,
sementara kita masih punyai 'gaji' tanpa perlu bekerja,
sementara kita masih belum masuk alam pekerjaan, 
sementara kita masih gagah fizikal dan mental,
sementara kita masih punyai cuti yang lama.

Sungguh, telah Allah permudahkan jalan kita ke sana, tinggal kita yang mengiakannya.


[Dikarang beberapa hari sebelum keberangkatan ke Madinah al-Munawarah]



 
Sebelum berangkat ^^


Jabal Rahmah ; balik umrah seminggu bertemu jodoh ;)

Iftar di perkarangan Masjidil Haram


Suasana Kaabah selepas Tarawih