Assalamualaikum wbt. Lama kan saya menyepi.? Hehee.. Sepi saya membawa satu
soalan.
Ce teka apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita
sayang dari kita..?
.
.
.
.
.
.
.
Saya pernah mengajukan soalan yang sama kepada suami
saya. Jawab beliau, “Sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita sayang
tu milik kita.”
“Bingo.! Betul betul betul.. Tu salah satu hikmahnya.
Tapi harini Farah nak fokuskan bahawa hikmah kehilangan orang tersayang adalah
supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah”, balas
saya dalam perbualan kami di sebuah kedai makan tempoh hari.
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita
belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’
Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita
sering bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada
ayah kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan
baik kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kita. Kita nak shopping
kita minta suami belanja kita (#eh)
Hikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap
pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung
uols”.
Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha
Mendengar itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium je. Kalau betul kita hanya
bergantung pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek
dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong
faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang. Dan tempat bergantung kita takkan pernah
kurang.
Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih
saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih.
Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada. Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri
untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia
sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal.
Sementara itu, saya ada lagi satu soalan.
Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya.?
Ya, sudah tentu Rasulullah bukan.? Jom kita perhati
kembali kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan
penulisan saya kali ni.
Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa
kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan
lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan
bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk
kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda. Tinggallah baginda bersama-sama bapa
saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat,
Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta
lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara
tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.
Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada
kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk
mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang
baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih
berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab
itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah
sebegini.
Justeru (justeru
gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk
redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap
dugaan. Dan sentiasa remind diri,
kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah. Annyong.!
.jpg)
tq kak farah for this entry :)
ReplyDeleteNice one . This is one part that i've been learnt lately :)
ReplyDeleteSalam Farah...
ReplyDeleteTq for sharing. Ai ♥ dis fact =)
such a good reading for me on this early morning.(early ke?) hehe thankz farah lee! :) <3
ReplyDeleteAlhamdulillah...a good reminder for all of us..thanks Farah..i totally agreed with u..May Allah bless us n hopefully our day will always with "nawaitu Lillahhitaa'la"..:D
ReplyDeletealhamdulillah..rasa motivated bila baca blog ni..:)
ReplyDeletesometimes a little word can make us realize.. thanks :)
ReplyDeletethanks 4 d reminder...
ReplyDeletethank for reminding me . Allah Bless youu insya Allah,:)
ReplyDeletethank you. i've just lost my father and this makes me calm. :) May Allah bless you and family. aamiin.
ReplyDeleteBila kasih antara manusia itu keterlaluan akan hilang juga nikmatnya st ms nti,,tapi bila cinta pada Allah kelazatannya kekal hingga ke syurganya..
ReplyDeletenice entry & make me motivated....thanks Farah
ReplyDeleteSangat mberi kesedaran kpd saya. Thanks
ReplyDeleteTerima kasih kerna mengingati sy tentang perkara ni..terkesan rasanya..
ReplyDeletetersentuh =')
ReplyDeleteAlhamdulillah... great entry... Sedikit sebanyak menyedarkan saya... nak jadi lebih independent dan percaya ada Allah untuk kita rujuk... :))
ReplyDeletethanx fara 4 share this entry...this entry very helpful to me to learn about live & life. it make me feel strong and make me remember that's i'm not alone...TQ ALLAH....
ReplyDeletebest.....trbuka ati....
ReplyDeletenice entry..memang betul, manusia patut meletakkan kebergantungan hanya pada Allah :))
ReplyDeletetq farah...
ReplyDeletelove dis entry
=') thanks kak fara lee..TQ ALLAH...
ReplyDelete“Sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita sayang tu milik kita.”
ReplyDeleteActually, tak ada satu benda walau sebesar zarah pun dalam dunia ni milik kita.Semuanya adalah milikNya jua.SubhanaAllah.
Thanks farah...♥ (^-^)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletethank you for the reminder...it makes me think what you have written..
nice entry... thanks farah... ^_^
ReplyDeleteThanks fara..
ReplyDeleteEntry nie buat saya kuat and bersemangat balik.. :)
salam,
ReplyDeletebetul kak farah...kadang-kadang kita rasa seolah-olah "aku dah tak mempunyai sesiapa" bila merasai kehilangan...kerana kita hanya memandang dihadapan kita adalah manusia...dan kita lupa sedangkan Ada yang melihat kita tanpa henti iaitu Allah swt.Hanya kita yang sentiasa lupa akan Dia sedangkan Dia lah SAtu-Satunya tempat kita menyandar dan bergantung.W'alam.
Ilham yang cantik kak farah,tahniah!semoga akak istiqamah untuk menulis kerana penulisan akak mampu membasahi jiwa yang kering.Terima kasih.
correct...... correct... correct :)
DeleteMuhasabah diri.... Pada Mu ku bersujud...
ReplyDeleteTerus menulis, moga Allah mengurniakan ganjaran...
ReplyDelete;)
ReplyDeletekepada Allah ku berharap dan bergantung.........
ReplyDeleteiyyaka na'budu wa iyyaka nasta'im...^^
ReplyDeletesemua hak milik ALLAH..jadi tidak wujud sepatutnye perkataan " its mine " or what..kan kak farah?? =='
ReplyDeleteNice (:
ReplyDeletepernah rasa kehilangan...tapi bila sy sedar, semua itu hak Allah.. semoga sy kembali bergantung pada yang Esa.bukan pada manusia semata-mata.. tq farah lee
ReplyDeletebetol tu...rabiatul adawiyah,walaupun kehilangan ibu dan bapa nya,beliau cuba utk bersedih sbb beliau tahu Allah itu Maha Besar dan tempat bergantung beliau adalah hanya Allah SWT :)
ReplyDeleteneway nice entry..bgos utk muhasabah diri :)
(Mirahman)
feeling motivated after reading this..thanx kak farah! :))
ReplyDeleteassalamualaikum farah....perkongsian n3 yang baik...sentiasalah mengingati Allah hanya padaNYA tempat kita bergantung harapan...:)
ReplyDeletelove tiz, jazakallah khair farah
ReplyDeletetq...n kiter share pula yer...
ReplyDeleteAllah sebaek baek tempat pergantungan :)
ReplyDeleteSalam..lama ternanti2 entry Farah yg baru..thanx for the nice entry :)
ReplyDelete:)
setelah kehilangan adik tersayang kira2 5bulan, entry ni mberi saya kkutan dan mengajak saya untuk berfikiran positive dan kedepan.. tq kak farah :)
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletebetol tue.saya sokong.bersedih biar berpada.
Kepada Allah S.W.T jua tempat kita bergantung!!
ReplyDeleteentry yang musabaqah diri saya...terima kasih
ReplyDeletethanxx kak farah.. pbanyakkan lagi ye entry! so motivated enough! =)
ReplyDeletememang betul tu.. sangat setuju... tetapi untuk menghadapi kehilangan itu bukan mudah... selalu orang kata.. "kau tak rasa..pasti kau tak tahu".. sebenarnya kebergantungan itu bergantung juga pada empunya diri...
ReplyDeletePada akak serahkan segalanya pada Dia.. kerana Dia PASTI tahu mengapa dan kenapa.. :D
long time no see.. cantik entry niy..
ReplyDeletetazkirah yg menarik :)
ReplyDeletebetul..!!kadang kadang dan selalu kita lupa dan leka pada yg SATU ^^
ReplyDeleteYes bika bergantung harapan pada manusia kite lupakan ALLAH...
ReplyDeleteBersyukur atas apa yang kita miliki.. =)
ReplyDeleteJkkk :)
ReplyDeleteTAKOBBALALLAH WAMINNA WAMINKUM -
ReplyDeleteni yg betul ~yg u post kat fb tu tak betul sebutannya..wallahua'lam
syukran..perkongsian yg sgt menarik..smge dlm rahmat ilahi selalu..:)
ReplyDeletekita tak pernah hilang Allah..Allah sentiasa bersama kita
ReplyDeleteFinally sy rase soalan saya terjawab.. =>
ReplyDeletethanks a lot sis <3!
mohon share =)
ReplyDeleteEntry kak farah sepadan dengan tema yang dibawa oleh cerita BAihaqi by angel pakai gucci..:)
ReplyDeleteselalu bc untuk menenangkan hati...trima kasih =)
ReplyDeleteentri yang sangat membina :)
ReplyDeletebtl tu...sgt setuju..
ReplyDeletebtl tu...sgt setuju..
ReplyDeletethx farah...
ReplyDeleteBingo...100% kebergantungan kte hanye pda allah :)thanks..1 p'kngsian yg sgt bmanfaat
ReplyDeletekamsahamnida :)
mmg best entry nie..thank you,
ReplyDeletetq..ter jiwa sgt dgn pnulisan ni tq farah
ReplyDeleteinspired much ! thanks. keep on writing , keep on bloging. May Allah bless you always , n always . . :)
ReplyDeletekunjungan gan,bagi - bagi motivasi
ReplyDeleteHal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
salam...saudari Farah.
ReplyDeletenk tnye pendapat boleh, sy menyayangi rakan sy di mana kami telah bercadang utntuk bertunang pada tahun hadapan.dia seorang yg baik.kami tak pernah bergaduh.namun, baru2 ini, hadir seorang rakan sy yg sy baru kenal, tetapi mmg alhamdulillah dari fmly yg baik, dan dari aspek perihal agama, die (yang baru ini) lebih mendahului.
jadi, sy dh lakukan solat istikharah beberapa kali, hati masih menyayangi rakan yg sy syg tu, namun sy takut itu adalah pengaruh drp perasaan sy.dan sy takut jika sy menolak jodoh yg baik.
ape pndpt farah?
maaf mengganggu.need ur opinions.tq farah~
thank you. ur blog post made my day
ReplyDeleteSy rindu arwah abah sy, tmpat sy bergantung dulu..Alhamdulillah, makin lama sy byk belajar utk berdikari plus sy anak sulung dn belajar utk terima semua qada dan qadar sy..hikmah bukan? hehe..thnks fara
ReplyDeletesyukran ukhti..kalau boleh buatlah entry tutorial hijab cara ukhti..ada permintaan =) wassalam...
ReplyDeletekunjungan gan , bagi-bagi motivasi
ReplyDeletesemoga menjadi semangat .. :)
Saat terjatuh, jangan lupa bahwa engkau pernah berdiri;Saat berduka,jangan lupa bahwa engkau pernah bahagia.Bangunlah,kamu pasti bisa.
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
ReplyDeletesemoga menjadi semangat .. :)
Saat terjatuh, jangan lupa bahwa engkau pernah berdiri;Saat berduka,jangan lupa bahwa engkau pernah bahagia.Bangunlah,kamu pasti bisa.
nice day :)
ReplyDeletehargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
betul betul betull..totally agreed
ReplyDelete