Jun 3, 2011

Tips Menutup Aurat

Assalamualaikum wbt.. 

Dah nak masuk first anniversary 'penghijrahan besar' saya. Sejak haritu sampailah sekarang, masih tidak putus-putus soalan yang saya terima, berminat benar mereka dengan kisah itu. Dan kebanyakan mereka wanita. Soalan hot yang ditanya adalah berkenaan aurat. Yelah, saya setahun yang lepas dan saya yang sekarang... hurm.. semua sedia maklum agaknya, tak perlu saya cerita.

Saya memang suka bercerita. Dan berkongsi pengalaman. Dan kebanyakan yang bertanya meminta pendapat, bagaimana untuk kekal istiqamah dalam berhijab. Saya juga tidak berani berbual panjang kerana saya sendiri masih baru, dan akan kekal kuatkah saya untuk kekal istiqamah kelak hari.? Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.. Amin. Saya juga sedar saya masih tidak berjaya menutup aurat dengan sempurna. Dan ianya bukan perkara yang mudah untuk saya lakukan. Saya bertarung dengan nafsu. Jadi saya ambil keputusan untuk bertarung secara halus, perlahan dan teratur. Takut nanti jika berlari, akan tersungkur lagi.

Hari ini, saya berbesar hati untuk berkongsi TIPS MENUTUP AURAT. Sudah tentu mustahil tip ini dari saya. Tip ini saya dapat dari majalah Solusi Isu#26 tempoh hari semasa di Malaysia. Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat...

1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR bahawa tunuttan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.




May 20, 2011

Apa di sebalik pintu itu?


Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah.
Dia juga menjalankan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya, dia tidak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum dan menjawab,
"Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab."

Sudah banyak orang menanyakan mau pun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam, dia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. 
Rumputnya sangat hijau, berbagai macam bunga bermekaran. Dia bahkan bisa merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun dia rasakan di sela-sela jarinya.

Ia tak sendiri.
Ada beberapa wanita di situ yang terlihat juga menikmati keindahan taman. Dia pun menghampiri salah satu wanita. Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

"Assalamu'alaikum, saudariku...."

"Wa'alaikum salam. Selamat datang saudariku."

"Terima kasih. Apakah ini syurga?"

Wanita itu tersenyum,
"Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga."

"Benarkah? Tak bisa kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini."

Wanita itu tersenyum lagi,
"Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?"

"Aku selalu menjaga waktu shalat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah."

"Alhamdulillah.."

Tiba-tiba jauh di ujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka.
Dan dia melihat beberapa wanita yang berada di Taman mulai memasukinya satu-persatu.

"Ayuh kita ikuti mereka", kata wanita itu setengah berlari.

"Apa di sebalik pintu itu?", katanya sambil mengikuti wanita itu.

"Tentu saja syurga saudariku", larinya semakin cepat.

"Tunggu..tunggu aku.."

Dia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenym kepadanya. Dia tetap tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak,
"Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?"

"Sama dengan engkau saudariku.", jawab wanita itu sambil tersenyum.

Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu,
"Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?"

Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata,
"Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang membedakan dengan diriku?"

Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.

"Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke SyurgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?"

Tubuh wanita itu telah melewati pintu.
Tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata,
"Sungguh sangat sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kepada hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati."

Dia tertegun...

Lalu terbangun.. beristighfar lalu mengambil air wudhu. Dia tunaikan shalat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya..

[sumber]

May 2, 2011

Kesenangan satu ujian juga..

  
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana aku masih lagi bernyawa di dunia ini sambil memerhatikan keindahan alam ciptaanNya walaupun masa yang diberikan 24 jam sehari dirasakan tidak cukup untuk menyelesaikan tugas-tugas harian. Masa yang tidak cukup atau kita yang tidak mencukupkan masa.?
 
Rindu. Rindu berkongsi pendapat dan sedikit ilmu yang diperolehi dengan kenalan di sini.
  
Lagi rindu. Lagi rindu kepada Sang Kekasih. Kehidupan sehari-hari semakin dirasakan selesa sehingga mungkin keselesaan itu berjaya menjarakkan diriku denganNya. Benar kata mereka, keselesaan juga satu dugaan. 
   
Bicara kenalanku, "Allah tak sayang akak ke.? Sebab hidup akak sekarang ok je, tak ada masalah and dugaan. Orang cakap Allah bagi hambaNya dugaan tanda Dia sayang dia. Tapi kenapa Allah tak kasi akak dugaan.? Allah tak sayang akak ke.?"
 
Jawapannya di situ, tertulis beribu tahun dahulu, di situ, di dalam Buku kita,


"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[21 : 35]
  

Apr 2, 2011

Punca gangguan jin

 
Assalamualaikum wbt..

Sekadar perkongsian di awal bulan April ini (bukan april fool ye), berkenaan 'abang' jin saya. Hehee.. Semakin hari semakin banyak kes-kes yang melibatkan gangguan makhluk halus, sama ada pesakit itu menyedarinya atau tidak. Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada berkenaan punca jin mengganggu manusia, sebagai langkah berjaga-jaga supaya kita tidak bakal menjadi 'sasaran jin'. Bak kata orang putih, prevention is better than cure.


PUNCA-PUNCA JIN DAN SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA

1. Jin menyintai manusia sama ada jin jantan menyintai manusia wanita atau jin betina menyintai manusia lelaki.

2. Manusia menyakiti jin dengan mencurahkan air panas ke atasnya (tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ) atau seorang terjatuh ke atasnya dari tempat tinggi atau kencing ke atasnya, menebang pokok tempat kediamannya dll.

3. Jin sengaja menzalimi manusia tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;
- Ketika manusia sedang dikuasai oleh perasaan terlalu marah, terlalu sedih dll.
- Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
- Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
- Ketika lalai dari mengingati Allah.  
 
4. Mensyirikkan Allah.
["Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Al Jinn : 6]  
 
5. Melakukan pelbagai maksiat kerana syaitan suka kepada orang menderhakakan Allah.

6. Diganggu sihir.

7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid.

8. Terdapat gambar-gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.

9. Ada anjing atau loceng di dalam rumah.
["Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng." - HR Muslim]

10. Memasuki tempat-tempat jin (hutan, tandas, tempat pembuangan sampah, pantai...) tanpa membaca doa perlindungan.

11. Kanak-kanak keluar bermain pada waktu Maghrib.
["Apabila masuk waktu malam atau senja, masukkan anak-anak kamu kedalam rumah kerana syaitan berkeliaran ketika itu. Dan pada waktu malam, kuncilah pintu-pintu dan sebutlah dengan nama Allah kerana syaitan tidak boleh membuka pintu yang dikunci dengan nama Allah." - HR Muslim]

12. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudah dilahirkan.
["Tiada seorang pun anak-anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya. Sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa) sahaja." - HR Bukhari]

13. Manusia tidak berjemaah maksudnya suka bersendirian, fikiran dan jiwa kosong.

14. Malas menuntut ilmu.


"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." 
[ 17 : 82 ]
 

So itulah yang dapat saya kongsikan. Sesiapa yang rasa dirinya mungkin ada gangguan, cepat-cepat lah jumpa mana-mana pusat rawatan islam yang boleh dipercayai (sesiapa yang berminat boleh PM saya, nanti saya tolong searchkan mana-mana pusat yang berdekatan dengan anda), takut makin lama makhluk halus ni ada dalam badan kita, makin susah nanti nak dibuang.

Wallahua'lam.













Saja letak gambar salah seorang perawat yang digilai ramai ;p
Ashraf Muslim, perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.



[sumber: IMT dan bahan bacaan]


 

Mar 28, 2011

I asked.. He gave me..




 


Found this qoute from i-forgot-where-i-found-this.
Just wanted to share this beautiful qoute with others
in my 'Lili dan Hati' version.


"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[ 2 : 216 ]


Mar 25, 2011

Pelita Kubur

 [Ganges River, India. 10.01.2011]



Renungilah kata Imam Al-Ghazali rhm ini..

"Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini..

Maka aku saksikanlah bahawa
tiap-tiap mereka
mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.
Sebahagian daripada kekasih itu
hanya mendampingi
sampai ke sakit yang membawa maut
dan sebahagian hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu
kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya seorang diri.
Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkan di dalamnya.
Yang demikian tidak kudapati selain amal yang soleh.
Sebab itu
maka kuambil ia menjadi kekasihku
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kubur
menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."


  

Mar 23, 2011

Kesian jin kan.?


"Buku apa ko baca tu Peah.?", tanya Britney semasa aku landing di atas katilnya.

"Ni ha, buku Berdialog Dengan Jin, Diari Seorang Perawat. Ustaz Abdul Majid Hassan yang tulis".

"Ko ni tak habis-habis dengan 'abang' jin ko tuh. Eeeii takut laa".

"Haha nak buat macam mana aku terminat lak dengan 'abang' ni. Lagipun buat apa nak takut, lagi takut kalau tak tahu pasal makhluk halus ni kan. At least kita ada la idea macam mana nak handle kalau 'abang' jin ni pulak yang terminat ngan kita kan.? Hee..", aku berseloroh, sengaja, ingin menanam minat kawan-kawan aku berkenaan alam ghaib.

"Ish ko nih, mintak jauh la.. By the way, jin ni semua jahat kan.? Sebab aku selalu dengar orang cakap, ada hadith sebut, sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Apa pandangan saudari.? Eh terbaku pulak ayat aku". 

"Haa.. See, sebab tu la aku cakap kita kena tahu pasal makhluk halus ni. Tak pasal-pasal ko dah menjahatkan peribadi baik sesetengah 'abang' aku ni. Kesian tau.! Ni dalam buku ni awal-awal lagi Ustaz dah sentuh pasal hal tu. Maybe sebab sekarang makin ramai orang terpegang and terpecaya dengan kata-kata tu kot. Meh aku baca sikit-sikit apa yang Ustaz tulis kat sini".

"Bagus, bagus. Ce bace, ce bace. Haha..".

"Ustaz cakap, 'Menjadi salah satu syarat perawat khususnya dalam kes jin untuk mengetahui perkara-perkara berkaitan dengannya. Ini samalah dalam peperangan, seorang panglima tentera yang bijak mesti mengetahui siapa lawannya. Hanya panglima yang bodoh (maaf) berperang tanpa strategi.'".

"Panjang pulak muqaddimah. Cepat la tak sabar nak dengar ni".

"Yela aku ringkaskan. Ustaz tulis kat sini, 'Benarkah sebaik-baik jin sejahat manusia? Bagaimana dengan peristiwa turunnya surah Ar-Rahman yang sebenarnya adalah surah yang dibaca oleh Nabi saw semasa dakwah baginda dikalangan jin? Di sana dicatatkan beberapa jin yang menjadi penganut Islam dan akhirnya boleh diiktiraf sebagai ulamak ataupun para sahabat. Adakah jin-jin ini sejahat-jahat manusia setaraf abu jahal? Na'uzubillahi min Zalik. Kita mungkin telah menghina para sahabat! Saya berjaya mengislamkan ratusan jin tetapi belum seorang manusia pun. Jin ada pondok pengajian agama, ada universiti dan sebagainya. Allah tidak mengizinkan kita melihatnya kerana sebab-sebab tertentu yang Allah lebih mengetahui. Manusia dan jin sahaja yang mukallaf... yang ada dosa dan pahala. Kalau sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia tiadalah jin yang akan masuk syurga.'. Tu lah pandangan dia. Aku pun setuju dengan padangan dia ni".

"A'ah la kan. Betul jugak. Sedangkan banyak je ayat-ayat al-Quran yang ada perkaitan antara jin dengan syurga and neraka. Contohnya;

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!". Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami." 
[Al-Jinn : 1-2]


"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin."
[Ar-Rahman :  56]
 "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai."
[Al-A'raaf : 179]

"Tahu pun ko Britney. Jom kita fikir balik, kalau sebaik-baik jin tu sejahat-jahat Abu Jahal, Firaun, yang Allah dah confirmkan dorang tu masuk neraka, means jin yang paling baik tu pun tak ada chance la masuk syurga.? Sedangkan jelas dah dalam ayat-ayat yang ko baca tadi, ada perkaitan antara jin dan syurga. Pasal yang cakap ada hadith tu pulak, ada pendapat yang mengatakan hadith tu dhaif dan ada jugak pendapat yang kata tu bukan hadith tapi perumpamaan orang melayu je. Mana satu yang betul Wallahua'lam".

"Yela aku pun lupa sebab kita asyik dengar kisah sihir la, kena rasuk la, kena tindih la, semua la yang jahat-jahat pasal 'abang' jin ko tuh. Sampai lupa nak rujuk dulu sumber yang sahih yakni al-Quran, pegangan kita umat islam ni. Jin-jin islam pun beribadat untuk dapatkan keredhaan Allah.  Mesti dorang pun berharap nak dapat balasan syurga Allah. Wallahua'lam. Komawo Peah. Nampak gaya aku pun kena berjinak-jinak mengenali 'abang-abang' jin jugak la macam ni. Kesian dorang aku tuduh macam tu. Hikhik".


P/s : Wallahua'lam. If sesiapa ada nak sangkal article ni, ada pandangan lain or ada sumber-sumber lain yang ingin dikongsi, sangat amatlah saya, 'peminat' jin, mengalukannya. ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...