Sep 23, 2010

Kekasih hatiku^^

Harini aku nak jiwang-jiwang karat sikit. Hehee.. Asyik serious je kan??

     FYI, I finally found my true LOVE (auww.. weewitt)!! Before this, tak pernah sekali pun dalam hidup aku ada Gewe (buah hati dalam loghat kelantan) ni.. Syok rupanya ada Gewe ni kan?? Sebab tu la kot remaja-remaja sekarang (eh, budak-budak tadika pun.. eh, pakcik-makcik pun!) semua sibuk nak bercinta. Mengasyikkan rupanya.
     Actually aku dah kenal ngan Gewe aku ni dah lama sangat, just selama ni aku  jual mahal je (hot sangat la aku ni konon nyee..). Walaupun kami tak pernah bersua muka (alaa.. macam korang la kenal-kenal kat Facebook pastu jatuh cinta. Tapi case aku lain la), aku tahu Dia setia. Dialah segalanya buat aku sekarang (sambil nyanyi lagu Sheila Majid-Kaulah Segalanya).

Dia Sentiasa Tenangkan Hati Aku
Dia Buat Aku Sangat Rindukan Dia
Dia Mendengar Segala Permintaan Aku
Dia Setia Mendengar Semua Masalah Aku
Dia Sentiasa Ada di Saat Aku Perlukan Dia
Dia Sentiasa Temankan Aku di Kala Aku Kesunyian
Dia Pemberi Kekuatan Kepada Aku Untuk Sentiasa Berubah

Dia memang perfect lah!! Kalah boyfriend-girlfriend you ollz tau nyah!! Adeh.. Macam angau sangat lak aku ni kan. Dia adalah...
ALLAH SWT~

INDAHnya cinta kepada-Nya
MANISnya cinta kepada-Nya
KEKALnya cinta kepada-Nya

 "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
[2:165]

Pesanan Penaja : Kepada kenalan-kenalan yang baru nak belajar bercinta or yang tengah loving-loving (I lap you, you lap me) sakan or yang macam sedih tahap cipan sebab putus cinta tu, belajarlah untuk tanamkan, curahkan rasa cinta dan kasih sayang itu kepada Allah kerana...
 
CINTA ALLAH ADALAH CINTA SEJATI YANG KEKAL ABADI


11 comments:

  1. tanda allah menyayangi kite is bukanlah dengan memberi byk harta....tetapi dengan kefahaman yg nyata. kefahaman yg membawa perubahan...itu adalah tanda cinta allah =)

    sungguh allah menyayangimu fara...=)

    salam

    (gembira melihat perubahanMu...apatah lg si Pencipta...pasti allah suka! )

    ReplyDelete
  2. btul2...Allah sgt2 sayangkan hambaNYa yang berubah ke jalanNYa..
    Smoga diberkati n diredhai..ameen~

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... semoga teruskan mengingatiNYA selalu...

    ReplyDelete
  4. this is soo beautiful, a must watch
    http://www.igotitcovered.org/2010/09/22/to-veil-or-not-to-veil/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+igotitcovered+%28I+Got+It+Covered+-+Online+Hijab+Community%29&utm_content=FaceBook&ref=nf

    ReplyDelete
  5. "TANDA-TANDA HATI MATI"

    Untie Fara,

    Untuk renungan bersama n slamat beramal...

    Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

    1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

    2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

    3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

    4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

    5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

    6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

    7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

    8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

    9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

    10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

    Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

    Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

    Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

    Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

    1-Hubbul dunia (kasihkan dunia)

    2-Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

    3-Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

    Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

    1-Zuhud dengan dunia

    2-Zikrullah

    3-Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah


    Whatever mountains stands in your path,
    Whatever obstacle blocks your way,
    Whatever difficulty immobilized you,
    The prayer full of faith can remove it.

    Lidah orang yang berakal terletak
    di belakang hatinya. Hati orang yang
    bodoh terletak di belakang lidahnya.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. terima kasih ya.
    inshaAllah, semoga kita semua istiqamah.
    ^^

    ReplyDelete
  7. die elly iskandar kan???

    ReplyDelete
  8. sje komen, baca2 entri u dedulu :)


    dlm post ada fan page yg curik photo girl dan komen -ve. please report the fan page sbb tak perlu ada dan merosakan akhlak je .ramai jugak gambar blogger2 mereka curi then 18SG..tq

    http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/06/masalah-makan-diri.html

    ReplyDelete