Sep 20, 2010

Blog?? Hahaha...

     "Blog ?? Hahaha.. Fara Lee ada blog?? Mustahillah. Aku baca blog pun tak pernah ni nak buat blog pulak! Essay time sekolah dulu2 pun aku main tiru buku Sasbadi tu je (sebab tu English SPM aku dapat B kot).. Blogging blogger ni bukan aku lah. Mana reti aku nak buat-buat ayat ni.", aku menjawab pertanyaan rakan yang menyuruh aku buat blog. Pendeknya pemikiran aku suatu masa dulu. Macam-macam jawapan angkuh (konon-konon aku ni cool sangat lah) aku berikan. 

     Tapi tengok lah sekarang. Tup tap tup tap, Fara Lee dan blognya. Sebab tu aku suka cakap, Kunfayakun (Be! and it is). Kita jangan terlalu angkuh dengan perasaan kita sebab bila Allah kata jadi, maka jadilah ia. Dia Maha Berkuasa. "Aku benci betollah mamat tu, dah la tak handsome, pendek lak tu..". Tup tap tup tap.. "Eh, aku dah kahwin la. Dengan mamat yang aku kutuk haritu". Boleh faham kan?? Satu kesalahan kita sebab kutuk ciptaan Allah, satu lagi sebab kita terlalu angkuh dengan diri kita.
     

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

 [2:216]

 

     Aku tak nak tulis panjang lagi (bosan pulak korang baca nanti. hehe..). Cuma aku harap dengan blog ini, aku dapat menyebarkan Islam. Aku masih tidak layak bercerita panjang pasal Islam kerana aku tak lepas seperti seorang Mualaf yang baru belajar untuk lebih mengenali Islam (walaupun aku dilahirkan Islam dan hidup sebagai Muslim selama lebih 21 tahun. Astaghfirullah), cuma mungkin aku dapat berkongsi pengalaman hidup dan juga personal thought supaya kita semua sentiasa berfikir tentang kebesaran-Nya.

IaAllah~

16 comments:

  1. najah doh tu.keep it up

    ReplyDelete
  2. wooowww...gud gud...syabas my sis..

    ReplyDelete
  3. "Cuma aku harap dengan blog ini, aku dapat menyebarkan Islam"

    Alhamdulillah~smmgnya Islam bkn hnya utk diamalkan,ttp jga dsebarkan:)

    Rasulullah Saw bsabda:
    “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.”
    Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

    ReplyDelete
  4. alhmdulilah...kunfayakun

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..
    c0ngratez sis..im pr0ud of you.. =)
    'sampaikan walau satu ayat'..
    tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadilah insan yang berguna untuk menjadi lebih sempurna!

    ReplyDelete
  6. Seorang mualaf itu sgt suci kerana segala dosa2 lampaunya telah diampunkan sekiranya dia benar2 taubat...Wallahualam...

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah.. sama-samalah kita mencari redhaNya

    ReplyDelete
  8. dan akhirnya kahwin juga ngan ally.. .. kufayakun ;) tahniah sayang.. semoga jodoh farah berpanjangan..dan selalu kuat hadapi ujianNYA.amin

    ReplyDelete
  9. As salam Farah Lee.
    BAru got your link blog and keep it up for posting ya!
    Jazakallah..

    ReplyDelete
  10. salam...hehehe..ooowh...macam tu rupanya..same as me...tetiba ada blog....hehehe...feel free to visit...ShaRiNg iS cARiNg n again congrats on ur wedding ngan abg ally...hehehe....alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. niat asal berblogging hnya suka2..tp lama2 dh selit sikit2 pengetahuan agama yang tahu serba sedikit..

    ReplyDelete