"Fara, ko nak kahwin eh?".
"Awat lak? Tibo-tibo hang tanya camtu?".
"Haha.. Takde.. Ko tiba-tiba berubah. Mesti ko nak kahwin ni.".
"Awat? kena tunggu nak kahwin ke baru nak berubah? Ape daaa..".
Terima Kasih TUHAN, masih diberikan umur dan waktu untuk aku lebih mengenali ISLAM
"Da start pakai tudung?? Hahahaha.. Kenapa tak tunggu Hari Merdeka je??". Gelak panjang pulak mama ni, ingat nak sayu-sayu ke anak dia nak berubah ni. "Yelaaaa.. Orang cakap betollah. Tapi tudung tak banyak. Ada tudung hitam je. huuu..". "Alhamdulillahhh.. Berkat doa mama siang malam.", ketika itu jelas terpancar di mata mama aku sinar kegembiraan (walaupun time tu tengah Skype nampak kabur-kabur je.hehe..). Ustaz Trimizi ada cakap, berlipat kali gandalah pahala seorang anak yang menggembirakan hati ibu bapanya lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Aku dipilih Allah untuk menjadi salah seorang daripada golongan itu.
******************************
29 August 2010 [19 Ramadhan 1431]
Harini kena pergi Kursus Intensif Perubatan Islam Level 1 Part 2 (aku memang suka hadiri majlis ilmu sebab bagi aku, dari situlah aku dapat cari kunci untuk buka hati aku yang keras ketong (keras gila dalam loghat Terengganu) ni), so pakai tudung la, hormati majlis orang kata kan. "Lawa jugak aku pakai tudung.", sengih aku perasan sorang-sorang. "Nak terus pakai ke tak eh? Alaa.. Nanti2 la. Aku dah beli clip rambut bunga-bunga tu, subang pun dah beli untuk raya nanti. Kalau pakai tudung takkan nak buang je? Tak hot la nanti raya kat embassy. Pastu seluar2 pendek tu semua. Ada lagi yang baru beli, tak pakai pun lagi. Membazir tu amalan syaitan (fasih pulak cakap pasal agama time ni).", keluh hati hitamku.
So habis je kursus tu aku dengan Yayok (bukan nama sebenar. haha..) menaiki subway pulang ke Incheon, rumah kami. Memang subway ni jadi transport utama student-student Malaysia di South Korea ni, keadaan aku harini pun sama jela dengan hari-hari yang lain cuma yang berbeza, aku pada harini berhijab. Sebelum ini pernah beberapa kali aku menaiki subway berhijab tapi aku rasa sangat malu sebab Koreans semua akan tengok aku pelik. Astaghfirullah hal azim. Tapi apa yang peliknya harini, aku tak rasa malu malah aku merasa bangga. Bangga kerana hijablah yang dapat membezakan aku, seorang Muslim dengan non-Muslims (dah la mata aku pun sepet macam korean-korean tu semua). Aku rasa lebih direspect orang sekeliling yang memandang, bukan lagi rasa malu.
Tapi hati hitamku masih mencari alasan,"Nak pakai tudung ke?? Tapi nanti dah tak leh dah la nak berfashion-fashion. Pastu nanti dah tak boleh dah la nak jadi model macam Kate Moss. Aku ni pun solat tak jaga, baik aku jaga solat dulu pastu baru pakai tudung. Sayang la nak buang baju-baju lama tu. Bla tu bla ni bla bla..". Tapi Alhamdulillah masih ada lagi warna putih dalam hatiku yang berkata, "Fara, tu semua perkara dunia. Perkara dunia semakin dikejar semakin jauh sebaliknya perkara akhirat semakin dikejar semakin dekat. Nak tunggu sampai bila lagi?? Kalau ajal kau malam ni jugak?? Nak mati katak?? Nauzubillah Fara.".
"But you prefer the worldly life. While the hereafter is better and more enduring"
[87:16~17]
Kunfayakun. Tiba-tiba hati keras ketongku ini sebak (bukan senang beb aku nak touching-touching camni. Hilang macho aku). Aku pejamkan mata, aku tarik nafas panjang-panjang dan hembus. Bersaksikan bulan dan bintang Ramadhan, aku nekad dalam hati untuk mula berhijab dan mendalami Islam dengan lebih mendalam. Aku suarakan hasrat aku pada Yayok, gembiranya rakanku itu sampai hampir menitiskan air mata katanya. Aku sampai di rumahku, terus call mama then, aku cari balik buku-buku agama yang aku bawa before fly dulu (selepas 2 tahun lebih aku membelinya). Aku solat sunat, menitis air mata (lagi sekali hilang macho aku) kesyukuranku kepada Ilahi.. Terima Kasih Allah. Kau Maha Bekuasa.
******************************
Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun pertama dimana aku tidak mensia-siakan 10 malam terakhir Ramadhan. Aku tekankan, bukan mudah untuk sesuatu perubahan. You fight to hold on and you fight to let go. And I found that change is not easy. I'm struggling to change everything I did before, the way I enjoyed my life, those clothes, those friends I hang out with and so many more. Sometimes Aku rasa jealous tengok my friends enjoying their life like I used to live before (I know I shouldn't feel that way) but it just came across my mind. And also rasa menyesal, "kenapa aku berubah kearah ini?'". But when those thoughts came, I motivate myself. I should thank God because he chose me, aku tak patut rasa menyesal, I should thank Him !!
Now aku rasa lagi dekat dengan Dia and also my family and friends. Aku tahu iman aku masih tidak kuat. Aku sangat takut suatu hari nanti, aku kembali semula kepada lifestyle aku sebelum ini. Aku berharap agar Allah sentiasa bagi aku petunjuk dan hidayah dan kuatkan hati aku hadapi dugaan macam tu. At the same time, aku sendiri kena cari hidayah itu and ubah hidup aku sikit demi sikit. InsyaAllah.. Aku juga perlukan sokongan keluarga dan rakan-rakan kenalan. Alhamdulillah so far, sokongan kenalan-kenalan especially di Facebook lah yang memberi aku kekuatan.
Ayuh bersama-sama kita berubah kearah kebaikan jom! ^^
tabahkan hati.ujian akan tiba.ujian itu akan menguatkan kita semua.
ReplyDeletegood 4 u. . .
ReplyDeletesalam,fara.mmg btul,nak berubah dari satu perkara ke satu perkaara mmg memerlukan kekuatan.nak dapatka kekuatan tu,selalulah berdoa padaNya.doakan senjata kita org Islam?
ReplyDeletefara tak perlu rasa takut,malu dll sbb ingat ramai org sayang fara.
Allah dah buka hati,so jgn biarkan ia ditutup semula sbb smua perkara2 dunia ni.InsyaAllah fara,sabar dan slalu berdoa agar ditetapkan hati ok?
i always pray 4 u ^^
panjang gile.. tahniah haha boleh tulis novel ni. wei karipap aku!!!
ReplyDeleteKeimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.. =)
ReplyDeleteu rock babe !!!
ReplyDeletei also wanna cry saw u wearing tudung. ^^
keep going sis...lantak la orang kate ape...yg ke syurga bukan member yg tolong.but ourself...alhamdulillah u change better...Allah x kan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tu sendiri x nak ubahnye..BTW..blog ko best r...haha..slamat ari raye..maaf zahir...
ReplyDeletefara..
ReplyDeletegood to hear bout the changes you've made..
god bless you!!:D
fara, terharu bc blog fara, pape pun truskan pjuangan fara k you can do it, Gud Luck n Tke Cre
ReplyDeleteI'm impressed, saya masih dalam proses mencari. and tetiba tgk anda, rasa inspired, but not just yet. Urhh. Sikit lagi, I need to know more. Tapi, nice one Fara, inspiring. ;)
ReplyDeletegembira melihat anda.. x mengapa perlahan2.. Allah sentiasa memberi pertolongan bagi mereka yang mahu menolong diri mereka sendiri.. tulisan dia atas memberi peringatan kepada diri ini.. terima kasih...
ReplyDeleteInsya Allah.. berubah secara beransur-ansur.. i hope that u dont change so drastically by gradually because " Allah suka perbuatan yg kecil tetapi berterusan'.. dont be so rush kerana susah nak mantain.. all da best 2 u.. and remember u are CHOOSEN one to receive this hidayah!! appreciate it! luv u as sister!
ReplyDeletemenangis kut bca post ni..go2 fara..alhamdulillah bukan senang tuk dipilih Allah tuk berubah n istiqamah..yang penting,hati kita ikhlas dan byakkan amalan2 yang boleh dekatkan dri dgn ALlah..Allah dah tjukkan betapa sayangnya dia kat fara,jgn sia2kan ksih sayng Allah^^
ReplyDeletekte mengejar pandangan Allah, bkan nye pandangan manusia.
ReplyDeletegood job gurl....istiqamah k..
ReplyDeleteyea, fara dh ada blog..
ReplyDeleteupdate selalu tau..
and nnt make ur blog look more happening just like ur personality ;)
may Allah bless what u are doing sis :)
ReplyDeletelike;)
ReplyDeleteseronok sgt baca. rs untungnya fara dpt hidayah Allah. pesanan sy, istiqamahlah wpun ssh macam mana pun.. sbb ganjarannya lumayan.. nothing comes for free, jd msti ada cabarannya. dan ble teringt je kenangan silam, rs mcm nk back to old lifestyle, ingtlah pendek sgt umur kte kat dunia ni..carilah bekalan sebyk mungkin. sy doakan fara dr jauh. insyaAllah, moga Allah sentiasa lindungi fara :) 힘내!
ReplyDeletemmg terbaek a fara! alhamdulillah..
ReplyDeletewa support lu...ingtlah..bukan sng nak dapat hidayah dari Allah..Alhamdulillah.
ReplyDeleteAs salam...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
teruskan.. moga istiqamah dalam kehidupan...
Kuatkan semangat...
Biar senang di dunia, bahagia dia akhirat. Amin ya Rabb...
"Ya Allah…jgn dipalingkan hati ini…setelah Kau berikan hidayahMu kpda ku…bantulah hmbaMu ini…dlm mdidik hatiku…amin"
ReplyDelete:)
u have us, kak fara~
ReplyDeletei also cried read this post..
alhamdulillah...
ReplyDeletebe strong..u can do it!!!
ReplyDeleteAlhamdulillah...first time aku bc blog yg criter psl prubhn diri,bagus2..perubahn yg cmni harus dikongsi. InsyaAllah truskan dan kekalkan usaha amal tu. Amin.
ReplyDeletealhamdulillah...tahniah! jgn lepaskan peluang yg Allah bg ni..akak adalah org yg terpilih.. yakinlah, Allah akan sentiasa ada sebagai pendengar dan pemerhati yg setia.. cayok2!! aja2 fighting! mesti syaitan nangis bila baca blog ni.. =)
ReplyDeleteGlad to read this entri. Peliharalah ia..will always pray for u insyaAllah
ReplyDeletethank you sahabats. insyaAllah~
ReplyDeletealhamdulillah..^_^
ReplyDeletethe man who want to change on 12th, died on 11th <<---harap2 kita semua x jd mcm ni..nauzibillah
ReplyDeleteterus tabahkan dri farah..Allah bersama2 org yg sabar...
:)
alhamdulillah..syukur..
ReplyDeleteSalam dear...
ReplyDeleteAlhamdulillah... sungguhpun agak terlambat tp akak sangat2 terharu baca artikel ni... kak yasmin jarang on fb tau... arini nampak farah punya profile pic, berhijab... tertanya2 pada diri "eh, farah mmg dah berhijab ke?", lately kakmin mmg rajin sket add adik2 kat korea... so tadi terus kak min add farah...dan lepas tgk fb farah n bc blog fara(especially this post) baru akak tau kisahnya... akak sgt2 terharu... menitis air mata tanda gembira dan mencemburui farah jugak... tak smua orang dapat HIDAYAH besar mcm ni... istiqamah dan terus kan lagi pencarian ye... ALLAH menyayangi smua hamba2Nya tapi tak ramai yg sedar... dan percayalah, DIA terlalu menyintaimu dik... terima kasih jugak sbb dah buatkan akak mula tertanya2 pada diri semula di mana letakkan akak sekarang ni? LOVE YOU DEAR... tahniah dan syabas...
farah,main alat muzik bertali tu salah dari segi agama n also suara tu pun aurat..sekian.
ReplyDeletemuzik bertali salah di sisi agama? yg aku tau, selagi tidak melalaikan, tidak melambatkan solat, perkara tu xsalah...ISLAM xmelarang umatnya utk berhibur selagi ianya tidak melalaikan...klu suara tu aurat....mmg betul
Deleteda lama tunggu nak tahu titik perubahan dalam idop awak..
ReplyDeletealhamdulillah~
nice..and kekal kan..
=)
Salam farah, seronok baca,sy share dgn kawan2 perempuan saya ye ;p .. and Anonymous 13May, tak salah jika untuk diri sendiri,hiburan diri dan, tujuan kebaikan,spt dakwah dsbg, ramai ulama' yg mengatakan hukumya harus,..wallahualam... janji ianya tidak melunakkan suara yg boleh menaikan syahwat,lalai menginati Allah, atau btujuan ke arah maksiat..haram hukumnya, wallahualam.. boleh cari sendiri dan tanya kpd ustaz yg pakar.. salam
ReplyDeletetahniah kak farah.. semoga sentiasa istiqamah..insyaAllah.. :) Allah tlg kalau kite berniat baik.. kak farah jjang! ^_^
ReplyDeleteTersentuh hati baca entri ni...saya doakan semoga farahin sentiasa berada dalam payungan rahmat serta perlindungan Allah. InshaAllah :)
ReplyDeletesaya gembira baca entri ini...semoga perubahan anda akan berkekalan dan semoga anda mendapat hidayah dari allah.amin.....
ReplyDeleteSyahidatul Ainn:
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga apa yang kak farah buat ni menjadi ikutan remaja sekarang..menitis air mata bila baca "But when those thoughts came, I motivate myself. I should thank God because he chose me, aku tak patut rasa menyesal, I should thank Him !!" thanks 4 those motivated word...<3 akak..!
kamu menjadi inspirasi saya...bukan senang nk tinggal kn apa yng kite do before..baju2, seluar pendek, & mcm2 lagi la...but itu sume dunia...yng kekal hanya di akhirat...pray for me supaya kuat iman ini utk terus berubah
ReplyDeletealhamdulillah.. kak fara tlh terpilih oleh Allah utk diberi hidayah-Nya.. semoga kak fara istiqamah dlm mjd muslimah y terbaik di sisi Allah + sokongan + bimbingan suami n keluarga.. =))
ReplyDeletehi fara...this story,same cm mine....i da byk kali terpk tok berhijab...tp byk tol halangan....lg plak bile berhijap,my fiancee nak i btl2 berhijab...fully cover H2T(head2toe).....
ReplyDeletetp pk mcm2...xde bju yg sesuai,nak beli baju2 suar2 tudung baru yg sopan2 nk pk duit lg...lg plak ngh praktikal kan...so fulus tu sipi2 je.....
doakan saye ye.....rindu nk bertudung...cume ati msih ade ragu2... :)
As salam .. Allah ..bla bc entry ni ...Keadaan kite cm same la ..Alhamdulilah ..Allah Beri hidayah Pada kite .. Sy pun bru hijrah taun lps ..Dlu sy free hair ... skrg sy da stat bertudung ..cm awk jgk ... sdg mendalami ilmu agama jgk ..Hebat Allah ... T.T ,,Smga Allah tetapkan hati kita spy istiqamAH ..dan d bwh lindugannya ..Aamiin ..
ReplyDeleteAssalam akak, minta copy beautiful word ni ye :) shukran.
ReplyDeletemaksud yer, akak pon berhijrah? thniah...sy juga dalam proses hijrah dalaman n luaran...doakan saya.
ReplyDeletewanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah,.. yang akan mmbahagiakn syurga, di dlm rumah tngga,. hope kak farah bahagia ngan abg ally smpai akhir hayat, insyaAllah.. sy suka sgt baca blog akk.. really motivate me :)
ReplyDeleteMenangis bace :') Keep it up Sis! Bukan senang jadi pilihan Allah, kan?^^
ReplyDeletewhatsapp görüntülü show
ReplyDeleteücretli.show
T2H7ET
görüntülü.show
ReplyDeletewhatsapp ücretli show
W7R2RN
شركة تنظيف خزانات بالجبيل Nun0EiPcqe
ReplyDelete