Nov 28, 2010

Kecewa kerana cinta?

Kecewa kerana cinta?? Kalaulah cinta ILLAHI yang kau cari, kau tidak mungkin dikecewakanNya.
Satu phrase yang tiba-tiba popped out dari minda petang ini. Mungkin terlalu banyak terbaca status Facebook kenalan-kenalan yang sedang di alam keresahan dimainkan cinta manusia. 
 
****************************
"Kau mana tahu Diana, kau pernah bercinta?".
Oh, terasa sedikit kurang normal ya jika tidak pernah bercinta. 
"Kau tak laku. Kau jual mahal sangat. Kau bajet hot habes la tuh?".
Berfikir sejenak. Mugkin ada kebenarannya. 
"Ah.. Biarkan aku tak laku daripada dimainkan oleh cinta macam kau! Kecewa. Menangis berhari bermalam. Makan tidak, minum tidak", balas aku tapi hanya didalam hati. Aku hanya melemparkan senyuman. Tidak ingin menambahkan lagi luka dihatinya. Tapi aku menambah jugak, sekadar untuk membuatnya berfikir.
"Kau ingin cinta yang tak mungkin buat kau kecewa, Zura?".
"Eh, apa kau ni? Aku masih sayangkan Fik tau. Berani pulak kau nak kenalkan aku pada kawan lelaki kau untuk ubat kekecewaan aku ni? Kau ingat cinta aku ni main-main ke?".
Aku senyum. Memang cinta itu buta, bisu, pekak dan tidak dapat ditafsir menjadi satu makna yang sama bagi setiap orang kerana cinta tiada mata, mulut, hidung mahupun jasad seperti manusia. Tetapi perasaan cinta diciptakan oleh Allah maka Dialah yang mengetahui selok belok cinta yang sebenarnya.
"Cuba kau bercinta dengan Allah. Sebab Dia takkan mungkin buat kau kecewa". 
Noktah. Itu sahaja ayat terakhir yang keluar dari mulut aku untuk buat Zura tenang.
****************************

  
Saya sering menjadi Doctor Love. Ada yang berpangkat kakak dan adik datang bertanya pandangan saya tentang masalah cinta yang sedang keruh di hati mereka. Bagus. Kerana pengalaman cinta mereka membuatkan saya bisa menjadi Doctor Pakar Love. Hehe.. Petang ini, ingin saya berkongsi antara nasihat-nasihat yang biasa saya lemparkan kepada mereka. Anggaplah saya juga melemparkan nasihat ini kepada anda. Jadi, SAMBUTTTTT ! :p 
   
Saya cuba ringkaskan sebab saya tahu, tak ramai yang suka baca article panjang-panjang. (sebab saya pun sebenarnya tak suka baca. hikhik..)
   
Saya tahu bercinta sebelum kahwin tidak digalakkan di dalam islam tetapi saya juga tahu yang cinta ini sangat hebat penangannya. Bagi mereka yang bercinta, cinta sudah ibarat menjadi darah daging mereka. Membuang perasaan cinta itu ibarat membuang sedikit darah daging mereka. Bagi yang kuat, mereka kental dan cool sahaja jika darah daging mereka dihiris tapi bagi yang kurang kental pula, darah daging itu perlu dibuang secara halus, tidak kasar dan berhati-hati supaya sakitnya tidak terasa.

Jadi, nasihat saya pada mereka yang sedang bercinta, jika anda rasa pasangan anda sekarang adalah yang terbaik dan anda tidak ingin kehilangannya, percepatkanlah process ijab kabul. Tidak bersedia? Nanti nak kasi anak orang makan apa? Masih muda? Ingatlah, perkahwinan dituntut dalam Islam. Ini  juga sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,


"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.


Tapi bagi mereka yang pingin menjauhkan diri dari cinta,  kerana khuatir terjebak dengan maksiat dan zina,  saya lebih suka menggunakan pendekatan ini. Ianya memerlukan tiga process yang boleh dilakukan oleh mereka untuk meninggalkan sesuatu amalan.

1. Mengurangkan
Anda boleh mengurangkan masa anda berhubung dengan pasangan anda itu. Bak kata lain, jangan terlalu kerap in contact with each other (cehh, cakap omputih gitu). Tahan diri daripada call or message tentang benda-benda yang remeh. Bila perlu atau 'terlalu' rindu sahaja anda contact dia. Mungkin mula-mula sehari sekali, then seminggu sekali, then sebulan sekali, then then then..

2. Meninggalkan
Selepas 'then then then..', anda mungkin sudah kuat dan bersedia untuk meninggalkan cinta manusia itu. Jadi mohon kekuatan Allah untuk anda tinggalkan pasangan anda itu. Bak kata orang, clash cara baik. Niat anda baik, maka Allah akan memberikan yang lebih baik untuk anda. Jika pasangan anda tadi memang jodoh anda, mustahilkah suatu hari nanti anda akan bercinta semula dengannya atas cinta yang suci? Tiada yang mustahil bagi Allah.

3. Menjauhkan
Selepas anda sudah meninggalkannya, sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan hati anda setiap saat. Ingat, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Dia tak akan duduk goyang kaki saja melihat perubahan baik anda itu. Jadi sentiasalah berwaspada dengan bisikan syaitan. Jadi jauhkan diri anda dari terjebak dalam cinta manusia lagi seperti menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.
  
"Habis, kalau kami tak berusaha menegakkan cinta itu atau tidak berusaha mencari cinta, macam mana kami nak ketemu cinta kami?"

Anda akan bertemu cinta yang suci suatu hari nanti sekiranya anda mendahulukan cinta Illahi.
AllahuAlam :) 

Pssst : Panjang jugak jadinya >.<;; Hehe.. Enjoy~

   
  

40 comments:

  1. yes i do agree wit u faraH!
    cinta AllaH x kan mengecewakan~

    ReplyDelete
  2. hee. inshaAllah. semoga kita berjaya menanam dan mendapatkan cinta Yang Esa.

    ReplyDelete
  3. terima kasih dengan post ini..:) salam.

    ReplyDelete
  4. sungguh terubat kekecewaan hati bila baca post ni. Sesungguhnya, aku hamba Allah yang hina.
    Thanks. :')

    ReplyDelete
  5. Salam, saudari Farah Lee...entri yang sangat bagus dan indah. Penuh dengan ilmu. Bagaimanapun, saya dapati hadis yang saudari kemukakan yang berbunyi,

    'Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga".'adalah tidak sahih menurut pendapat Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah atas beberapa sebab seperti yang dihuraikan di dalam kitabnya, Thibbun Nabawi dan Rawdhatul Muhibbin wa Nazhatul Musytaqiin.

    Saya harap saudari dapat menyertakan sanad dan matan bagi hadis2 yang digunapakai supaya dapat membantu pembaca menilai sahihnya hadis2 tersebut. Semoga kita semua sentiasa dipelihara daripada tipu daya golongan qussas dan wu’adz (pemalsu hadis), InshaAllah.

    Teruskan usaha murni saudari ke jalan Allah, ya. Saya doakan semoga saudari sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah. :)

    ReplyDelete
  6. love this ! erkk ~ saya xpernah bercinta pun,,, tak normal ke ?? haha,, just joke.. i know that love from Allah is THE BEST EVER !

    ReplyDelete
  7. salam..k.fara..
    bgus ngat entri nih..tiba2 sy rase somethg..huhu..

    ReplyDelete
  8. terase diri kuadd na melupekan dy (: thnx ya nan post ni (:

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. i've done all above. ^^ may Allah keep us in istiqamah. ameen. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..pOst yG sangat t'baik utk diri,pada masa kini.Semakin b'tmBa kkuatan tuk m'lupakan dia & biarkan cinta manusia itu benar2 t'lepas dari hati . InsyaAllah .
    ~bertemu & berpisah kerana Allah~

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...tenks coz give tis info..mang sgt2 m'bantu..i luv it..!!!~cinta pada Allah adlh segala2nya..amin~

    ReplyDelete
  12. farah lee...awak mmg sgt cantik secantik akhlak awak..sy sbg perempuan sy sgt jeles dgn awak..sy harap sy boleh jd seperti awak..terima kasih..

    ReplyDelete
  13. awk inspire ramai gadis2 kat luar sana~ :)

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. ASSALAMuLAIKUM kak farah..
    hadis yg kak farah kongsikan tu blh tw x..ia sahih atw x
    Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga".


    yea..sy hormati pndangan setiap org..msg2 ad pndangan..tp jdoh nie mcm rezki jgk ia xdtg bergolek,kne berusaha jgk..
    pndapat k.farah berbeza dgn saudara HILAL ASYRAF..

    pape pon best..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. maaf saya hanya ingin bagi pendapat saya. bukan mengenai hadis tu kerana ilmu agama saya sgt2 sedikit. saya pon baru nak berubah ke arah kebaikan.. tapi pendapat saya, memang ade benarnya jodoh takkan dtg bergolek sama seperti rezeki.. kita kene berusaha.ye, berusaha pada pandangan saya di sini adalah berusaha mempersiapkan diri untuk selangkah ke arah kebaikan. berusaha melawan nafsu yang inginkan cinta manusia. kalau umur sudah lanjut tapi masih menunggu tanpa berusaha, itu lain situasinya.. yang cuba disampaikan di sini adalah golongan2 belia di sana yang asyik sgt bercinta sehingga kadang2 menghancurkan maruah dan diri sendiri.. nauzubillah.berusaha di sini adalah untuk elak dari mencari2 cinta sehingga lalai tanggungjawab kita kepada YANG MAHA PENCINTA.kerana walaupon sekeras mana usaha kita, kalau bukan dia jodoh kita, and kalau bukan itu rezeki kita , kita tetap takkan dapat memilikinya.wallahualam. semuanya milik ALLAH. :) maafkan saya andai terkasar bahasa. bukan untuk berdebat hanya ingin berkongsi pendapat. assalamualaikum.

      Delete
    2. maafkan kekurangan diri yang terlalu teruja berkongsi hadith tanpa dahulu membuat usul periksa.

      tidak saya katakan 'tak perlu cari jodoh' kerana saya pun berusaha mencari jodoh cuma dalam konteks artikel di atas mungkin adik tafsirkan dalam bentuk lain. saya maksudkan 'cinta', bukan 'jodoh' :)

      Delete
  16. saya suka post nie..terbaik!!!

    ReplyDelete
  17. sudah nampak jalan..tapi entah mampu entah tak nak memulakan..:( semoga segalanya dipermudahkan..:( btw, thanx kak farah lee:)

    ReplyDelete
  18. nice shots!embedded deeply in my heart...Mencari cinta sempurna; cinta Allah. <3 <3 <3

    ReplyDelete
  19. salam...post ni best sangat.. leh share ta cane na elakkan dari terjatuh hati kat org? bende ni membunuh saye.. seriously =,=

    ReplyDelete
  20. bangun dari kecewa cinta manusia.. cinta hakiki yang kekal abadi hanya kpd Allah dan Rasul.. :)

    ReplyDelete
  21. suka yg ni .. byk pengajaran .. karya penulisan farah lee sgt hebat ..

    ReplyDelete
  22. salam...saya suka yang nie..walaupon mungkin agak ketinggalan....utk membaca...yes..setiap manusia memang d uji...orang sering menilai yg zahir...namun hakikat sebenar hanya kita yg tahu...perkara yang salah itulah yg sering di anggap betul....kdg2 bkn salah kita krn bercinta dengan org yg salah...tp sbg dugaan utk menempuh hari2 yg mendatang...saya sendiri bercinta hampir sedozan...dan bila tiba yang terakhir itu...adalah suami saya...yang sy sniwi tidak kenal dirinya....ketentuan tuhan....terdetik utk pts asa....tp trs bersabar....adakala d sindir...tp kt xminta semua itu...bkn kt minta d tipu..mungkin slh sy yg mudh percaya n simpati pada seseorg..membuatkn ramai yg mengambil kesempatan..menabur fitnah..sampai satu saat sudah rasa tidak tertanggung lg..allah sentiasa menolong hambanya yg bersabar...dan dia berikan seribu ganjaran utk saya dengan mengurniakan seorang suami yg telah byk membimbing saya ke jln yg lbh baik....sbg seorang isteri... :P..wsalam...

    ReplyDelete
  23. Assalam,

    Farah saya faham entry awk dan nampaknya maklamat kita sama. I mean matlamat entry awk dgn apa yg saya buat selari. cuma tipula kalau jauh di sudut hati saya, masih rasa sakit. Doakan saya kuat ye. Kadang2 annoying jgk msg2 call skadar borak kosong. and I made the point of "meninggalkan" dan ternyata dia mmg xfaham dan beranggapan saya ada org lain.

    Hmm.. thanks farah. doakan saya ye <3

    ReplyDelete
  24. Alhamdullilah...Thanks to Allah pertemukan saya dgn blog ni..i don't really reads blog.yet.today..i blog-walking..somehow..found this!
    Assalamualaikum everyone...and Dearest Farah..
    a thousand million thanks...the tiga process.make me found the jalan...
    just lika dear rara aziz comments...

    sudah nampak jalan..tapi entah mampu entah tak nak memulakan..:( semoga segalanya dipermudahkan..:( btw, thanx kak farah lee:)[rara aziz,2012]

    ♥ THNX FARAH!♥

    ReplyDelete
  25. salam..sy suka yg nie..betollah.manusia byk diuji..sbr plg penting..

    ReplyDelete
  26. suke crita bab nih... sangat menarik n bergune... thanx farahlee... >_~

    ReplyDelete
  27. suka yg ni..sungguh bermakna..makaceh! ^_^

    ReplyDelete
  28. terima kasihhhh :')

    ReplyDelete
  29. memang sakit jika mencintai
    org yang x hargai
    tapi lebih sakit jika tak di perduli ilahi :)

    ReplyDelete
  30. Terima kasih kerana sudi berkonsi sedikit sebanyak ilmu anda

    ReplyDelete
  31. alhamdulillah sis...your post wat saya memahami keadaan sekarang saya dgn seseorang yang masih dlm proses taaruf. jazakallah :)

    ReplyDelete
  32. Thanks kak Farah...sy sndiri pnh melalui pkara nie...bnr,tiada cinta yg lbih penting bbanding cinta ilahi...dgn cinta ilahi,ketenangan akan dperoleh...=)

    ReplyDelete
  33. Thanks kak Farah, ia amat membantu saya menjadi lebih kuat :')

    ReplyDelete
  34. boleh try ni :) btw , thanks kak Farah :)

    ReplyDelete
  35. as salam..suka baca blog akak..sume d kaitkan dgn Allah.. :)

    ReplyDelete
  36. kak farahhhhhhh dah buat semua kattt atas tuuuu tapiiii lepas tuuu dia pandaiii cari kita balekkk..wuuwuwu

    ReplyDelete