Nov 2, 2010

Pertandingan dengan hadiah lumayan

Assalamualaikum wbt..

Harini tiba-tiba rasa nak bersoalan-soalan. Actually soalan ni diajukan oleh seorang rakan seperjuangan dunia akhirat. So saya pun nak ajukan juga soalan ni untuk kenalan-kenalan dunia akhirat saya~ ^^


Before that, 
Fikirkan satu negara yang anda idam sangat sangat sangat nak pergi. Then tiba-tiba anda ditawarkan untuk menyertai satu pertandingan yang hadiahnya anda boleh pilih satu negara untuk anda lawati and tinggal kat sana seumur hidup. Semua cost kehidupan anda kat sana sepanjang hidup anda akan ditanggung oleh penaja pertandingan tersebut. Sepanjang pertandingan tu, akan ada satu camera yang akan ikut anda kemana-mana setiap masa. Camera akan merakam kehidupan anda, dari anda bangun tidur, gosok gigi, pergi class or kerja, makan, mandi, tidur balik and semua-semua lah everyday sampailah tarikh pertandingan tu tamat. Syarat pertandingan ni, anda perlu berkelakuan seperti yang dikehendaki penaja. Jika anda tak behave, tak buat apa yang dikehendaki, markah anda akan dimerit. Sebaliknya, jika anda behave, buat segala apa yang dikehendaki, markah anda akan didebit. Di akhir pertandingan, peserta yang melepasi markah-markah yang ditetapkan akan terpilih ke negara idaman mereka itu.

Ok, sekarang cuba bayangkan..

NEGARA IDAMAN adalah SYURGA
PERTANDINGAN adalah DUNIA
PENAJA adalah ALLAH
CAMERA adalah PEMERHATIAN ALLAH
MARKAH DIMERIT adalah DOSA
MARKAH DIDEBIT adalah PAHALA


Soalannya,
Q : Untuk menang 'pertandingan' dan hidup selesa selamanya di 'negara idaman' yang ditaja oleh 'penaja', apakah yang perlu anda tambah ? 'markah dimerit' ataukah 'markah didebit' ? Dan bagaimanakah anda akan behave dihadapan 'camera' ??

Jawapannya,
A : Tepuk dada tanya IMAN. 


Susah tak soalan saya?? Kacang je kannn..? Lagi senang dari soalan exam kita. Hehe..Semoga kita semua dapat Full Marks. Sayang semuaaaaaa.. <3





6 comments:

  1. iman da terjwab..huu...

    ReplyDelete
  2. semoga anda dapat pergi negara idaman anda tu :)
    inshaAllah..

    ReplyDelete
  3. jom.. kerana HIDUP bukan selama nye bertongkat kan langit sampai MASA kita pergi jua..

    ReplyDelete
  4. Syukran Jazilan sis atas perkongsian...dh byk berubah tgk sis ni...semoga dlm keredhaan Allah sentiasa..insyaallah...

    ReplyDelete
  5. syukran. hehe.. alhamdulillah.
    sis harap sis istiqamah lah. inshaAllah. kena kawen cepat2 ni. hehe.. ;p

    ReplyDelete