Dec 3, 2011

Dahan yang kuat

   
"Kenapa ana tengok lately ni status ukhti macam di luar kebiasaan sikit.?", Hana memulakan pertanyaan. Cuba mengorek apa sebenarnya yang bermain di fikiran rakan sekolah menengahnya itu. Hana bagai dapat menghidu, Umairah seperti sedang bertarung dengan sesuatu. Rakan baik lah katakan..

"Di luar kebiasaan macam mana tu Hana.? Tak ada apa-apa lah.", Umairah masih bermain kata-kata.

"Entahlah, ana pun tak tahu tapi ada rasa lain sikit lah, bukan macam biasa. (smiley). Apa-apa pun jaga diri ya.?"

Pada mulanya Umairah jual mahal, mengelak untuk membicarakan pertarungan hatinya. Mengharapkan Hana untuk berusaha mengorek tetapi apabila melihat Hana mengakhiri ayatnya begitu, Umairah tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mengurangkan sedikit beban yang tertanggung di hati. Dia yakin, rakannya itu pasti dapat membantu, seperti kebiasaan.

"Nampak macam ana ada problem ke.?". 

Hana tersenyum, berjaya juga rupanya dia buat-buat tidak endah.

"Takde la nampak macam ada problem pun. Kalau ada problem pun, harap-harap tak seberat mana ujian Dia. Semoga ukhti sabar dan redha dengan semuanya. Ada apa-apa ana boleh tolong.?", Hana bertanya dengan rendah dirinya. Baginya, kalau tidak berjaya selesaikan masalah sekalipun, at least dapat menjadi pendengar.

"Betul.. betul.. Ana takde masalah pun. Hehe..", Umairah mula membuka mulut.

"..just macam kadang-kadang teguran orang tu buat ana down. Sebaliknya ana perlu bangkit, bukan down. Ana tahu tu tapi kadang-kadang susah."

"Selagi usaha kita tu betul, mungkin tak sedap di mata manusia, tapi dekat Tuhan, mungkin itu yang lagi Dia redha. InshaAllah.. You're expecting this kan.?", cubaan Hana untuk menyelami perasaan rakan baiknya itu.

"Ada yang cakap ana share pom pang pom pang tapi diri sendiri pun tak betul, belajar tak habis tapi dah nak tunjuk pandai. Salah ke ana apa yang ana buat ni ukhti.? Ana tahu ana banyak lagi kekurangan diri, tapi ana harap dengan share apa yang perlu tu lah ana dapat belajar perbaiki diri."

Belum sempat Hana menyampuk, Umairah terus menyambung.

"Ana tahu ana jahil sangat, betul-betul belajar konsep sebenar islam pun baru setahun jagung. Memang masih banyak yang ana tak tahu. Ana perlukan teguran yang dapat memotivasikan diri untuk terus thabat. Tetapi kadang-kadang 'nasihat-nasihat' tu buat ana takut untuk berdakwah. Buat ana rasa tak layak..."

"Ana faham apa yang ukhti rasa. Mereka tak tahu apa yang telah kita lalui. Kebanyakan mereka menilai apa yang mereka nampak pada hari ini. Mengharapkan kesempurnaan. Be positive, mereka hanya inginkan yang terbaik untuk kita cuma mungkin mereka lupa untuk bermain kata-kata. Ini adalah proses yang perlu dilalui orang yang sedang 'transform' macam kita. Jangan biar teguran itu berjaya mematahkan semangat kita, sentiasa perbaiki diri. Layak tak layak, tu hak Allah. Yang penting usaha.", Hana cuba mencelah. Memahami apa yang rakannya perkatakan. Sangat memahami, kerana dia juga pernah merasakan yang sama. Dan yang paling penting, yang mententeramkan dia adalah Umairah sendiri. Kelakar tetapi itulah realitinya. 

Hana meyambung lagi, "Ukhti tahu tak, ukhti pernah post something, that gives me a very deep meaning.? Infact, it clarifies everything. Here.."

'Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?'

Cukup dengan ayat itu untuk membuatkan Umairah bersemangat kembali. Ya, ALLAH.

Walaupun Hana cuma mengulang kembali kata-kata yang pernah Umairah kongsi dengannya, itu sudah cukup bermakna buat Umairah. Kita manusia, kekadang kita kuat, kekadang kita lemah. Kekadang kita ingat, kekadang kita lupa.

Sebab itu kita perlukan rakan yang selalu mengingatkan, yang selalu memberi kita semangat dan dorongan. Kita semua masih belajar, masih membentuk diri. Perlukan sokongan yang kuat untuk berpaut, kata-kata semangat menjadi pendorong. Memerlukan rakan yang bagai dahan yang kuat, untuk kita terus tegar berpaut. Bukan dahan yang rapuh..

Ukhuwwah Fillah. PEACE ^^
   
  

32 comments:

  1. kawan yg baik ialah kwn yang akan akan mngur kesalahan n sentiasa mmperbaiki kesalahn kita..

    first time join blog ni.jomla visit blog siti.

    ReplyDelete
  2. pandangan manusia.hanya inginkan kesempurnaan

    ReplyDelete
  3. ana rasa pesanan ni amat mendalam..

    "sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam
    kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu. kerana aku juga
    pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah
    apabila dia telah sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
    maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

    (imam hassan al basri)


    “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada ALLAh) dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.”
    (2 : 153)

    ReplyDelete
  4. salam farah..sy baru follow ur blog..n if kamu x kisah..singgah la my blog nk follow yea..boleh share cerita..(^_^)

    ReplyDelete
  5. hye, nt ble free come visit my blog k. done folow u. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. .
    klu farah ada masa, datang la ke blog sy k. .

    ReplyDelete
  7. Salam, mesti semakin bahagia ni..
    Salam dari jauh (Malaysia jer)..

    Kak Salina
    www.kasihsalina.com

    ReplyDelete
  8. Salam farah, semoga berbahagia selalu ek..dah follow dah, nnt ada masa farah follow blk blog saya ni ek..jomwayangku.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum farah. saya pun selalu mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. insyaAllah nasihat2 awak akan saya jadikan peringatan. saya sangat setuju "Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?".

    Sejahat-jahat manusia tapi apabila dia bertaubat dia lebih mulia disisi Allah berbanding manusia yg selalu mengumpat dan tidak pernah bertaubat.

    terima kasih farah sbb selalu memberikan nasihat yg menjadikan blog awak ni sangat bermakna bagi saya.
    ^_^

    ReplyDelete
  10. saya terlupa nak wish. selamat pengantin baru farah & Ally. "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan". Aminnn ya Rabb.
    ^_^

    ReplyDelete
  11. salam singgah sini..sblm ni sy hny bace artikel sis je tak sangka sis lah org yg disebut2 tu..huhuhuh..(masih tak percaye)tahniah atas masjid yg dibina..barakalahhu lakum..jmputlah singgah di teratak usang sy..^_^

    ReplyDelete
  12. Congrats to Farah & Abg Ally. Semoga bahagia ke akhir hayat!
    ikhlas dari Belog Patrick Star

    ReplyDelete
  13. Congrats on your wedding! Moga bahagia hingga ke syurga.. Akak link blog Farah ya.. jemput ke blog akak http://hebatkan.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  14. barakallahulakuma...moga jodoh berpanjangan dengan izinNya..

    salam ukhwah (",)

    ReplyDelete
  15. Tahniah Farah,
    semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  16. artikel yg amat memberi kesan scr mendalam. teruskan dlm perjuangan mu wahai muslimah.

    ReplyDelete
  17. Selamat Pengantin Baru. Semoga mendapat rumahtangga yang penuh dengan mawaddah & rahmah bersama Saudara Ally Iskandar :)

    ReplyDelete
  18. Selamat Pengantin Baru.. Semoga kekal sehingga hujung nyawa.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  19. kita selalu lupa tentang pandanganNya..

    *silalah update dear. dah Feb 2012 ni.. :-)

    ReplyDelete
  20. Hebat! Sekalong tahniah kepada insan yang bernama Ally Iskandar. Satu penantian yang tak sia-sia - dipertemukan jodoh dengan seorang wanita yang mungkin masih kurang dalam segi umur (jangan marah Farah, saja Mommy mencuit!) tetapi begitu berilmu. Alhamdulillah, anak siapa ni? Bertuah sungguh, sejuk perut ibunya.

    ReplyDelete
  21. ade susur galur from sabah ke??

    #maaf cume brtanya..

    ReplyDelete
  22. Umairah? Hana? Ya saya kat sini.. Hahaha wek

    ReplyDelete
  23. I personally think your article is awesome! I am intrigued with much of your information and am persuaded to agree with you after reading your material. I'm hoping you'll add more articles on this topic.
    y8 kizi

    y8
    juegos friv

    ReplyDelete