Jul 12, 2013

Sindrom Ketika Tarawih

  
Salam Ramadan. Harap masih ramai yang kenal saya ni. Hikhik.. Maap ler lama sikit cuti menaip ^^

Straight to the point, datang Ramadan makanya dapatlah lagi kita lihat beberapa sindrom yang OMG yang selalu berlaku semasa tarawih di masjid, surau atau musolla baik di Malaysia, di Korea, di Mekah, di Madinah mahupun di Malaysia, di Korea, di Mekah, di Madinah. Hehe ulang sama je sebab pernah terawih dekat empat negara ni je setakat ni. Negara lain mungkin sama, mungkin tidak.

Actually masa solat fardhu lain pun sindrom ni ada cuma mungkin jemaah masa tu tak ramai jadi susah sikit untuk perasan. Ia bukanlah sindrom yang kronik, jika ramai yang sudi melupakan kepentingan diri dan rela memudahkan urusan orang lain, inshaAllah boleh diatasi dengan mudah. Calon-calonnya adalah..

PERTAMA. Sindrom 'My territory. Park at your own risk.'


Haaa, pernah jumpa sindrom ni.? Datang masjid, bawa sejadah sendiri, hampar. Pilih kedudukan berhampiran kipas atau di sebelah tiang atau pintu supaya mudah keluar. Bila imam seru untuk betulkan saf, golongan yang ada sindrom ni dengan yakin engggan berganjak dari 'territory' mereka itu. Tidak kira saf depan masih kosong atau safnya sendiri tidak rapat, mereka masih tegar di situ. Bila jemaah sekeliling bagi isyarat kepada mereka supaya sempurnakan saf, buat-buat tak pandang atau terus mula solat atau pandang dan suruh jemaah lain yang sempurnakan. Familar kan.?

Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat)." [HR Abu Daud]

Kita hanya perlu menggunakan kurang 50 kalori tenaga untuk melangkah ke tepi mahupun bergerak ke hadapan untuk penuhkan saf yang 'rongak', tetapi subhanAllah, langkah itu adalah langkah yang sangat dicintai Allah. Nampak kecil pada mata, tapi usahanya besar di sisiNya. Manakan tidak, kurang sempurna solat kita jika saf jemaahnya kurang sempurna. MashaAllah, hanya dengan berganjak beberapa langkah, kita telah berjaya sempurnakan solat jemaah-jemaah lain juga. Tak sempat berpeluh pun kan.? Nak Allah sayang tak.? Lepas ni, pakat berebut peluang untuk rapat-rapatkan saf ya kenalanku.! Jangan tolak orang lain sudah.

Oh, kadang-kadang kita dah rapat-rapat tapi masih ada jemaah yang kurang peka tentang ini. Ingat,  jika kita terus solat tanpa cakna dengan saf kita yang tidak sempurna itu, solat kita juga dua kali lima jadinya. Jangan kita lepas tangan pula. Mainkan sedikit peranan. Mungkin kita boleh mengajak mereka dengan lembut dengan berkata, "Boleh penuhkan saf.? Besar pahala kamu kerana tolong sempurnakan solat jemaah lain.". Senang kan.? Kalau tak dengar jugak, starlight je dahi dia. Haaa.


KEDUA. Sindrom 'Awas! Saf bengkang bengkok di hadapan.'


Haaa, sindrom ni lagi banyak boleh nampak kan.? (Maap ler terover pula bengkang bengkok gambar hiasan ni ha). Tapi sindrom ni memang agak kronik. Boleh kata hampir semua saf macam ni. Tak ramai yang peka dengan seruan kepentingan meluruskan saf ketika solat. Sangat penting.

Dari sahabat Nu'man bin Basyir ra: Dulu Rasulullah meluruskan saf kami sehingga seakan beliau meluruskan anak panah, sampai beliau menganggap kami telah memahaminya. Beliau pernah keluar pada suatu hari, lalu beliau berdiri sampai beliau hampir bertakbir, maka tiba-tiba beliau melihat seseorang yang membusungkan dadanya dari saf. Maka beliau bersabda, "Wahai para hamba Allah, kalian akan benar-benar akan meluruskan saf kalian atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian berselisih." [HR Muslim]

Jika dikenang zaman Rasulullah dahulu, tentera islam pada zaman itu sangat berdisiplin. Apa rahsianya.? Salah satunya adalah kerana disiplinnya mereka dalam meluruskan saf. Masih tidak nampak apa relevannya.? Ok cuba tengok barisan kawat dalam tentera. Barisannya lurus macam diukur dengan pembaris baq hang.! Kita tengok pun kagum kan.? Nampak disiplin, tersusun dan teratur. Untuk rekod, Rasulullah adalah pengasas as-saf, sistem barisan dalam perang. Jadi, disiplinnya kita dalam meluruskan saf dapat membantu kita untuk disiplin dalam kehidupan seharian juga.

Bagi saya, melurus dan merapatkan saf mampu menyatukan hati umat islam. Mana tak nya, bahu I bersentuhan dengan bahu you, kaki I bersentuhan dengan kaki you. Loving kan bunyinya.? Secara tak langsung ia dapat menimbulkan rasa rendah diri dalam diri, tak kira kita kaya atau miskin, cantik atau hodoh (cantik itu subjektif ok hoho), busuk atau wangi, semua duduk rapat-rapat, erat-erat menandakan yang kita ni sama manusia di sisi Allah. Gittew..


KETIGA. Sindrom 'Give way, I'm praying.'


Haaa, sindrom ni dapat dilihat di masjid yang anjurkan solat tarawih 20 rakaat dan agak sesak dengan jemaah. Sebilangan besar memilih untuk bertarawih 8 rakaat sahaja. Bagi yang memilih untuk solat sunat witir di sana, mereka akan mencari ruang-ruang untuk lakukannya sebelum pulang. Tetapi, ada sesetengah mereka ini kurang bijak dalam pemilihan tempat untuk bersolat witir. Mereka memilih untuk terus solat di kedudukan solat tarawih mereka walaupun tempat itu berhampiran jalan keluar jemaah-jemaah lain yang memilih untuk tidak berwitir. Ada juga yang bersolat di bahagian belakang ruang solat kerana tidak mahu bercampur dengan jemaah yang bertarawih 20 rakaat tanpa sedar mereka menyebabkan jemaah lain terpaksa lalu di hadapan mereka untuk ke pintu keluar. So selfishy fishy right.? Bukankah kita disarankan Allah supaya memudahkan urusan orang lain.?

Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." [HR Muslim]

Hambik kau.! Dapat ganjaran dunia akhirat sekali. 2 in 1. Actually I just do not know what to comment on this matter. Macam... benda ni basic kan.? Semua orang boleh fikir tempat-tempat begitu sangat tidak sesuai untuk solat, terutama pada 'peak hour' macam tu. Saya yakin mereka juga sedia maklum yang tempat itu kurang sesuai, cuma mungkin mereka terlupa untuk fikir tentang kebajikan jemaah-jemaah lain sekali. Susah kita sikit tidak apa, asal memudahkan ramai saudara lain. Macam saya cakap tadi, tak sampai 50 kalori pun tenaga yang perlu diguna untuk kita cari tempat yang lebih sesuai :) (panjang juga komen rupanya)

  
Ok, dah habis dah makcik membebel. Kepada mereka yang menghadapi sindrom ini, mungkin boleh pertimbangkan concern saya ini. Pada yang menjadi mangsa sindrom ini, mungkin boleh sebarkannya kepada orang ramai supaya kita dapat kawal sindrom ini dari melular. Semoga Ramadan ini menjadi titik tolak perubahan kita, dan semoga perubahan kita menjadi magnet kepada orang sekeliling untuk menarik mereka berubah juga.


*gambar hiasan di atas menggunakan jemaah muslimat bukan kerana saya anti lelaki tetapi kerana senang nak lukis sebab tak perlu lukis tangan dan kaki. Hehe.. Jadi untuk fair and square, saya sertakan gambar jemaah mulimin yang saya google di bawah ini. Kekeke kbai.!


   

82 comments:

  1. sindrom nombor satu tu,teringat ally ada bagitau dalam mhi pagi tadi..hehe
    yup sebaiknya bila nak solat rapatkan saf semua,ada hikmah disebaliknya bila sentuh rapat2 tu,aura positif sentuhan antara satu sama lain,tu rasa tenang bila solat..selalu pasan benda2 macam ni..pengkongsian yg baik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul saya pernah dengar jugak pasal tu dan saya pernah rasa tenangnya solat bila saf lurus bahu rapat antara satu sama lain.

      Delete
  2. hehe mmg ada kt mne2 sndrom ni

    ReplyDelete
  3. hehe mmg ada kt mne2 sndrom ni

    ReplyDelete
  4. salam kak farah.. saya baru fikir pasal hal ni semalam. kadang-kadang mereka memilih untuk solat disebelah orang yang mereka kenal sahaja sebab itu sampai tak nak berganjak, bagi saya sebelah siapa kita solat bukan masalah , yang penting khusyuk dalam solat dpt kita tingkatkan bila kita dh yakin depan kiri kanan belakang kita dah bina saf yang sempurna. :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas entri yang sangus bagus. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. kdg2 kalau tak rapat sgt sbb taknak org sebelah terduduk kat kaki time tahiyat akhir..lagi2 kalau yg sebelah tu saiz badan besar- kata my anak dara hihi.walau apapun alasannya rapat kan saf adalah dituntut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..walhal boleh je kalau sempit kita duduk mcm tahiyat awal tu...sbb itu sunat je..tapi sebab org takot terduduk ats kaki,xleh kata apa la..kita yg paham tu kenalah cuba sdaya upaya utk tegur org sebelah kita

      Delete
  7. betul,selalu sangat jumpa macam ni.x mau rapatkan saf.jauh-jauh je

    ReplyDelete
  8. yg simptom pertama mmg sllu jd..xtau sbb malas ke..atau malu dgn org sbelah yg xkenal..

    ReplyDelete
  9. Setuju..msg2 bw sejadah size bsr..ruang dah la kecik..sedih:(
    Lps tu ramai lg jemaah x muat..dn bwk anak bntang sejadah anak lps tu anak x solat kluar..lps tu sejadah anak tetap d ctu x d bkk wlu pn anak x solat..anak kecik2 mmg la cth yg baik bw ke surau/msjid tp byk yg mnganggu suasana..jd x khusyuk solat..semua sindrom tu ada :(

    ReplyDelete
  10. menular, bukan melular..hehe..xpe2, pkongsian anda amat bermanfaat..mmg sllu nmpk situasi2 mcm nie blaku..hmm, speechless dibuatnye..

    ReplyDelete
  11. salam. terima kasih atas perkongsian. memang betul pon. tapi kan, dlm case lain cmne erk? contohnya yg buat tue adalah makcik2, pangkat mak-mak kite. cmne nk tegor scara berhikmah.? anyone? :)

    ReplyDelete
  12. kak farah!hehe...dah lama sy tunggu akak update blog:)

    ReplyDelete
  13. to saya bukan kamu: saya juga punya masalah yang sama. satu sejadah untuk satu orang makcik. bila minta jom dirapatkan (dengan berlembut InsyaAllah) katanya nanti susah... aduhai. =(

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah..syukran jazilan kak Farah..
    Baru td saya mghdapi sindrom ni.
    Sangat bermanfaat.
    Jazakillahu khairan kasira
    :)

    ReplyDelete
  15. saya pernah solat subuh di masjid putrajaya, makcik sebelah saya ni letak handbagnya dekat sebelah, macam mana nak rapatkan saf. nak tegur takut sebab dia lebih tua dari saya T_T

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    mmg byk sindrom2 tu semua..selalu sgt nampak..semoga kita semua dpt berubah kearah kebaikan..:)

    ReplyDelete
  17. Same goes to me too. sesetengah org degil betul bila org suruh rapatkan saf dan penuhkan saf depan. masing2 nak rapatkan ke kanan or kiri masing2 instead of cantum dan rapatkan menjadi satu saf yg sempurna. nak tegur tapi kita ni sgt kecik, maklumlah semua lebih tua dr kita. rasanya macam mana ye cara terbaik nak tegur supaya tak terguris hati mereka2 ni. hmp.

    ReplyDelete
  18. As salam..
    setuju sangat dengan perkongsian dari sis Farah.. actually mmg itu lar yang berlaku.. di Musolla kat umah saya sindrom yg prtama. still dgn pendirian. hampar sejadah and dtg lwat. org lain tkut nk naik duk tmpat die tkut kn masam muka lak. sindrom yg ke 2,3 da trjadi kt Masjid time solat trawih td.. tp mak cik sblah sy tu pgang tgn sy dan org sebelah die dlu nk bg xrenggang. then bru die solat.. time nak solat td sy duk tepi tiang, tp ade sorg makcik tgur sy suh sy berganjak ketmpat lain sbb die solat dgn anak die, sy xkisah lar dan berganjak ke tepi. then saf tu mcm da xmuat sebab ank die 3 org sdangkn kt dpn saf kosong, sy pun ape lgi, naik jer duk depan, senang. mk cik td solat dgn anak2 die..

    ReplyDelete
  19. no 1 tu mmgla.
    nak aritu kena plak ngn mkcik2 ni.
    rpat kekanan mkcik kri trik ke die. pastu mkcik kanan plak trik .
    eish.
    xpaham.
    nak marah kang org tua.
    last2 sy rapat je kekanan.
    mkcik tu mlas nk rpt ke sy sbb mlas alih sjdah kecik die kot
    or mmg dia dh tetp pndrian or ntahla..
    sampai witir berenggang dgn sy ..
    ermmm..

    ReplyDelete
  20. Salam.stakat ni tmpt yg sy pg solat mesti ada syndrome2 ni..n yg ssh sket sbb slalu org yg lbih tua bt bnda cenni.jd serba xkena pulak kita ni.ni ada satu lg syndrome sy nk kongsikan sbb jd kt area sy..syndrome bwk ank kecik,bwak ank kecik ternyata jelas sngat bagus utk mndidik ank2 dr awl agr ringan kaki ke masjid@surau..tp dh terang2 tulis dlm papan tnda 'di harapkan para jemaah kanak2 solat di ruang kanak2@ saf belakang.dan kadang2 akn diingatkan smula oleh imam.tp sdih bila org sbelah yg bwak ank 3,4 thn buat xendah je.klau tkot ank tu mnagis ke si ibu boleh je tmnkn dia di saf blakang skali.(sedih pulak smpai nk mluah2 ni)Penah dengar kalau bdak2 yg xckop umr@baligh msuk dlm saf,akn ptuskan saf dan jemaah bkn lah terbatal solatnya ttp batal solat jemaahnya kerana ptus saf.jd kesiankan lah jemaah lain yg hdir ke surau@msjid utk mndpatkan phala solat berjemaah tp jd solat sorang2 pulak.Wassalam

    ReplyDelete
  21. Salam. Sangat setuju dengan post ni terutama yang no 1 dan 2. Saya bersolat di hadapan mereka yang bersolat duduk. Bila kami nak selarikan saf, orang di belakang minta kami ke depan sedikit kerana mereka tak ada ruang untuk rukuk (kerana susunan kerusi yang agak ke depan). Selesai solat, jemaah di sebelah pula menegur kerana saf bengkang bengkok. Dalam dilema jadinya. =( Lagi satu, selain dari jemaah yang tak nak rapatkan saf, ada jemaah yang solat dan letak beg-beg mereka di sebelah kaki mereka instead of kat depan. Jadi lagilah tak boleh nak rapatkan saf. Banyak benda ni terjadi dengan golongan yang lebih tua. Lagi satu pengalaman, ketika solat di kampung (kesemuanya jemaah yang lebih tua), semuanya solat menggunakan satu sejadah each (sejadah menegak). Kami sekeluarga bingung tengok.

    ReplyDelete
  22. Salam. Kadang-kadang bila tengok solat jemaah kat tv boleh nampak yg saf yang depan sekali selalunya tak rapat, dan yg peliknya selalunya org2 besar/kenamaan yg akan solat di saf hadapan, tapi takkanlah disebabkan mereka VIP/VVIP saf tak boleh rapat?

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah.. di Mesir, jemaahnya sgt mementingkan saf.

    ReplyDelete
  24. Sindrom nilah yang risau sangat time solat berjemaah kat masjid @ surau mane-mane pon. Kdg-kdg bila tegur makcik sebelah suruh rapatkan saf sebab ruang ada lagi, dia gerak sikit aje. Tanak lari dari sejadah, tanak lari dari kipas.

    Pelik betul. Sedangkan imam pun dah cakap suruh rapatkan saf. Serba salah rasanya nak solat dengan saf yang tak rapat kiri kanan. Bila kita rapatkan, dia jarakkan pulak. Huhuhu

    ReplyDelete
  25. assalam kak farah...
    terima kasih atas perkongsian, mohon share ye.. saya minta izin ni... :)
    sebenarnya dah lame lalui masalah ini, isu 1 sejadah 1 orang tu lagi lah. hurmm. kalau kita je tahu, org buat taktau mmg susah. kadang2 orang tahu, tapi buat2 taktahu. nak tegur, ada jgk makcik2. kadang2 bahu pun tak tersentuh... macamanee. hurmm.

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum,penulisan yang baik...sebahagian jemaah sayang nk berganjak dr 'port' masing-masing.......tengok dlm tv utk solat jumaat pon saf depan sekali pon cam gitu......

    ReplyDelete
  27. salam kak farah.. perkongsian yang sangat bermanfaat.. mohon share ye.. sebenarnya dah banyak entri kak farah yg di share tanpa minta keizinan terlebih dulu.. maap yer. mohon dihalalkan. untuk entri2 lepas ni pun nk share ye (minta izin in advance). hehehe... macam mana nk contact kak farah personally? kalau boleh bagi emel.... tahniah n semoga kak farah sekeluarga di rahmati Allah.. amin..

    ReplyDelete
  28. pengkongsian info yg sangat berguna...

    *starlight tu yg tak thn! muahahaha!!



    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum..isu menarik untuk perkongsian bersama..adakah symptoms ini menggambarkan muslim hari ni dah x bersatu...unity n brotherhood adalah elemen yg penting dalam islam..tetapi apa yang terjadi hari ini menunjukkan nilai brotherhood tak lagi diambil berat n dipraktiskan...ramai jemaah yang hadir dengan sikap nafsi-nafsi dan tak peka saranan agama untuk luruskan saf yang penting aku solat n balik orang kiri kanan aku orang asing and I dont bother even to smile at them apa lagi nak bersentuhan rapat2 dengan mereka sangat rimas! Hope kita yang sedar dpt praktis esok tegur (taaruf) dengan jemaah kiri n kanan sebelum mula solat so that x la kekok klu nk rapat dgn dorg or nk suruh dorg betulkan saf:)

    ReplyDelete
  30. hehehehe.. memang sindrom ni ada masa solat tarawih.. semua pakat xnk rapat.. dok lea membatu ket tepi dinding tu.. macam melekat j tengok.. punya xnk tinggalkan tempat landing dia.. opsss

    ReplyDelete
  31. yup memang tersangat la betul sindrom....saya pon x faham macam mana nak bagi org rapatkan saf masa solat terawih..solat fardhu blh plak rapat...

    ReplyDelete
  32. Yes..memang betul,padahal kita sedia maklum..rapat saf ketika berjemaah la paling bagus..

    ReplyDelete
  33. Klu solat kat masjid or surau mang byk tjadi syndrom ni..tpi Alhamdullilah,solat terawih kat pusat islam uitm,kurang tjadi syndrom2 ni.agaknya sbb rmai makmum muda2..Org muda ni knowledgable skit..hihi..

    ReplyDelete
  34. ye, perkogsian yg bagus..
    kat tempat sye pun cm tu..
    bile diajak untuk penuhkan saf depan, msti diorg buat2 tak nampak..
    jd, terpaksalah teruskan solat..
    kalau makcik2 tu plak ade yg selfishy fishy... katenye bagilah peluang budak muda ke saf depan plak.. bole plak cm tu kn??
    yg bawak sejadah satu hal.. die bentang ibarat die solat sorang pas tu tak bg kongsi.. memang akan renggang lah safnye.
    kdg2 ade sesetengah yg terbatal solat die/die nk keluar kejap tapi die letak telekung kat tmpt die dduk td supaya tak de org akn amek tmpt die.. acane tu??

    ReplyDelete
  35. Iyer.. Saf tu menunjukkan perpaduan kita semua.. Jom join GA saya!

    ReplyDelete
  36. Bener banget...
    Kalo di daerah ku, Untuk syindrom pertama dan ke dua yang paling banyak kayaknya.....

    ReplyDelete
  37. Salam sis...soalan ni out of topic sbnrnye hehe...nk tny gochujang & doenjang tu halal x?sbb browse2 rcp korea byk yg letak benda tu,nmpk cam sedap tp xtau halal ke x..g giant ada jmpa tp x phm ingredientsnye plak huhuu

    ReplyDelete
  38. kak farah, please support my new blog. http://whiteroses2013.blogspot.com/. anyway, ain pembaca setia blog akak. :-)

    ReplyDelete
  39. bukan masa terawih saja.lepas solat isyak.magrib.asar.zuhur.subuh berjemaah, kalau namanya berjemaah di masjid memang begitu...
    sempurna yang tidak sempurna

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah.. dapat ilmu dari perkongsian... Terima kasih ;)

    ReplyDelete
  41. Salam Kak Farah :)

    Sorry for spamming sikit. Saya tak tahu macam mane nk contact Kak Farah. Try jugak dekat fanpage Kak Farah kat fb but cant PM you. Anyway sy nk tnya ada any suggestion tak U mane untuk buat master di Korea dlm bidang Software Engineering. Tolong share ye mane2 U yg Kak Farah tahu yang elok :)

    Thank you Kak Farah :)

    ReplyDelete

  42. wow! is wonderful. it's the inventor or very good and keep trying possibility.
    Friv 2

    kizi

    ReplyDelete
  43. sindrom no 1 yg paling tak best sekali. ada sekali tu kita betulkan saf depe, kene marah. belum lagi sindrom sorang sejadah yang lain jangan rapat..

    ReplyDelete
  44. sis farah .. sy ambil satu gambar ye , untuk entri di blog .. hee ..
    jemput singgah ~
    akupunyasatuhati.blogspot.com

    ReplyDelete
  45. just stop by.dah lame akak comel ni tak update.just missing ur writing.
    http://cikcahayabulan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  46. ada gak saf bengkang bengkok agahaa

    ReplyDelete
  47. All About Business Online --->> http://pajabin.ga
    Cara Mendapatkan Asuransi untuk Bisnis Online Anda --->> http://www.pajabin.ga/2015/01/asuransi-untuk-bisnis-online.html
    Beberapa Tips Internet Marketing --->> http://www.pajabin.ga/2015/01/tips-internet-marketing.html
    5 Cara Meningkatkan Bisnis Online di Tahun 2015 --->> http://www.pajabin.ga/2015/01/bisnis-online-2015.html
    Dasar SEO Algoritma Google 2015 --->> http://www.pajabin.ga/2015/01/dasar-seo-algoritma-google-2015.html
    5 Cara Mudah Menghasilkan Uang Dari Internet --->> http://www.pajabin.ga/2015/01/5-cara-mudah-menghasilkan-uang-dari.html

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum Kak Farah..perkongsian yang amat berguna..tetapi ramai yang ambil remeh sume "sindrom" tu..
    harap kak farah sudi jenguk ke blog saya
    orang ganu kite :)
    ainmatvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  49. salam farah & all, tolong baca post di bawah, its so important:
    http://anjungrakyat.blogspot.com/2013/11/melayu-adik-beradik-yahudi.html

    Lee Wai Meng.

    ReplyDelete
  50. http://indoogle.net/galaupoker-com-agen-judi-taruhan-poker-dan-domino-terpercaya/
    GALAUPOKER.com Agen Judi Poker dan Domino, Taruhan Poker Dan Domino Uang Asli Terpercaya

    http://indoogle.net/dragonpoker88-com-agen-texas-poker-dan-domino-online-indonesia-terpercaya/
    DRAGONPOKER88.COM AGEN TEXAS POKER DAN DOMINO ONLINE INDONESIA TERPERCAYA

    http://indoogle.net/cahayapoker-com-agen-judi-poker-dan-domino-uang-asli-online-terpercaya-indonesia/
    CAHAYAPOKER.COM AGEN JUDI POKER DAN DOMINO UANG ASLI ONLINE TERPERCAYA INDONESIA

    http://indoogle.net/rajapoker88-com-agen-texas-poker-dan-domino-online-indonesia-terpercaya/
    RAJAPOKER88.COM AGEN TEXAS POKER DAN DOMINO ONLINE INDONESIA TERPERCAYA

    ReplyDelete
  51. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  52. Salam Ramadan..mari tingkatkan amal sama2..

    ReplyDelete
  53. susahla..da cuba....auntie2 xmau....sakit lutut katanye, lagi2 bila nak tahyatul

    ReplyDelete
  54. Informasinya menarik.

    Sekedar berbagi informasi, kami Wagner Grosir Sandal Gunung menjual: Sandal Gunung Indoor, Sandal Gunung Outdoor, Sandal Gunung Cowok, Sandal Gunung Pria, Sandal Gunung Wanita, Sandal Gunung Anak.
    Dijamin Sandal Gunungnya Nyaman, Kuat dan Bagus. Menerima juga pembuatan Sandal Gunung Custom dengan merk atau brand sendiri.

    ReplyDelete
  55. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda #

    Jom follow blog klik profil

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum, saya Ahmad dari Indonesia, senang bertemu dengan anda, blog anda sangat islami, salam ukhuwah islamiyah.

    ReplyDelete
  57. Without a TV show, foreign Filipinos can watch online shows on Pinoy Tv for free at flexible times.

    ReplyDelete
  58. "Thank you for nice information
    Please visit our website unimuda and uhamka . . . . . . . . . . . . . . . .

    ReplyDelete