Nov 28, 2010

Hijab Poem

HIJAB POEM

You look at me and call me oppressed
Simply because of the way I’m dressed
You know me not for what is inside
You judge the clothing I wear with pride
  
My body is not for your eyes to hold
You must speak to my mind
Not my feminine mould
I’m an individual
I’m no man’s slave
It’s Allah’s pleasure that I only crave
  
I have a voice so I will be heard
For in my heart I carry His word
“O ye women, wrap close your cloak
So you won’t be bothered by ignorant folk”
  
Man doesn’t tell me to dress this way
It’s law from God that I obey
Oppressed is something I’m truly not
For liberation is what I’ve got
  
It was given to me many years ago
With the right to prosper, the right to grow
I can climb mountains or cross the seas
Expand my mind in all degrees
  
For God Himself gave us liberty
When He sent Islam to you and me!
 
  
-By Sister Fatme H. Jaber from USA-




   

Kecewa kerana cinta?

Kecewa kerana cinta?? Kalaulah cinta ILLAHI yang kau cari, kau tidak mungkin dikecewakanNya.
Satu phrase yang tiba-tiba popped out dari minda petang ini. Mungkin terlalu banyak terbaca status Facebook kenalan-kenalan yang sedang di alam keresahan dimainkan cinta manusia. 
 
****************************
"Kau mana tahu Diana, kau pernah bercinta?".
Oh, terasa sedikit kurang normal ya jika tidak pernah bercinta. 
"Kau tak laku. Kau jual mahal sangat. Kau bajet hot habes la tuh?".
Berfikir sejenak. Mugkin ada kebenarannya. 
"Ah.. Biarkan aku tak laku daripada dimainkan oleh cinta macam kau! Kecewa. Menangis berhari bermalam. Makan tidak, minum tidak", balas aku tapi hanya didalam hati. Aku hanya melemparkan senyuman. Tidak ingin menambahkan lagi luka dihatinya. Tapi aku menambah jugak, sekadar untuk membuatnya berfikir.
"Kau ingin cinta yang tak mungkin buat kau kecewa, Zura?".
"Eh, apa kau ni? Aku masih sayangkan Fik tau. Berani pulak kau nak kenalkan aku pada kawan lelaki kau untuk ubat kekecewaan aku ni? Kau ingat cinta aku ni main-main ke?".
Aku senyum. Memang cinta itu buta, bisu, pekak dan tidak dapat ditafsir menjadi satu makna yang sama bagi setiap orang kerana cinta tiada mata, mulut, hidung mahupun jasad seperti manusia. Tetapi perasaan cinta diciptakan oleh Allah maka Dialah yang mengetahui selok belok cinta yang sebenarnya.
"Cuba kau bercinta dengan Allah. Sebab Dia takkan mungkin buat kau kecewa". 
Noktah. Itu sahaja ayat terakhir yang keluar dari mulut aku untuk buat Zura tenang.
****************************

  
Saya sering menjadi Doctor Love. Ada yang berpangkat kakak dan adik datang bertanya pandangan saya tentang masalah cinta yang sedang keruh di hati mereka. Bagus. Kerana pengalaman cinta mereka membuatkan saya bisa menjadi Doctor Pakar Love. Hehe.. Petang ini, ingin saya berkongsi antara nasihat-nasihat yang biasa saya lemparkan kepada mereka. Anggaplah saya juga melemparkan nasihat ini kepada anda. Jadi, SAMBUTTTTT ! :p 
   
Saya cuba ringkaskan sebab saya tahu, tak ramai yang suka baca article panjang-panjang. (sebab saya pun sebenarnya tak suka baca. hikhik..)
   
Saya tahu bercinta sebelum kahwin tidak digalakkan di dalam islam tetapi saya juga tahu yang cinta ini sangat hebat penangannya. Bagi mereka yang bercinta, cinta sudah ibarat menjadi darah daging mereka. Membuang perasaan cinta itu ibarat membuang sedikit darah daging mereka. Bagi yang kuat, mereka kental dan cool sahaja jika darah daging mereka dihiris tapi bagi yang kurang kental pula, darah daging itu perlu dibuang secara halus, tidak kasar dan berhati-hati supaya sakitnya tidak terasa.

Jadi, nasihat saya pada mereka yang sedang bercinta, jika anda rasa pasangan anda sekarang adalah yang terbaik dan anda tidak ingin kehilangannya, percepatkanlah process ijab kabul. Tidak bersedia? Nanti nak kasi anak orang makan apa? Masih muda? Ingatlah, perkahwinan dituntut dalam Islam. Ini  juga sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,


"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.


Tapi bagi mereka yang pingin menjauhkan diri dari cinta,  kerana khuatir terjebak dengan maksiat dan zina,  saya lebih suka menggunakan pendekatan ini. Ianya memerlukan tiga process yang boleh dilakukan oleh mereka untuk meninggalkan sesuatu amalan.

1. Mengurangkan
Anda boleh mengurangkan masa anda berhubung dengan pasangan anda itu. Bak kata lain, jangan terlalu kerap in contact with each other (cehh, cakap omputih gitu). Tahan diri daripada call or message tentang benda-benda yang remeh. Bila perlu atau 'terlalu' rindu sahaja anda contact dia. Mungkin mula-mula sehari sekali, then seminggu sekali, then sebulan sekali, then then then..

2. Meninggalkan
Selepas 'then then then..', anda mungkin sudah kuat dan bersedia untuk meninggalkan cinta manusia itu. Jadi mohon kekuatan Allah untuk anda tinggalkan pasangan anda itu. Bak kata orang, clash cara baik. Niat anda baik, maka Allah akan memberikan yang lebih baik untuk anda. Jika pasangan anda tadi memang jodoh anda, mustahilkah suatu hari nanti anda akan bercinta semula dengannya atas cinta yang suci? Tiada yang mustahil bagi Allah.

3. Menjauhkan
Selepas anda sudah meninggalkannya, sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan hati anda setiap saat. Ingat, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Dia tak akan duduk goyang kaki saja melihat perubahan baik anda itu. Jadi sentiasalah berwaspada dengan bisikan syaitan. Jadi jauhkan diri anda dari terjebak dalam cinta manusia lagi seperti menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.
  
"Habis, kalau kami tak berusaha menegakkan cinta itu atau tidak berusaha mencari cinta, macam mana kami nak ketemu cinta kami?"

Anda akan bertemu cinta yang suci suatu hari nanti sekiranya anda mendahulukan cinta Illahi.
AllahuAlam :) 

Pssst : Panjang jugak jadinya >.<;; Hehe.. Enjoy~

   
  

Nov 18, 2010

Perjuangan menuntut pengorbanan

Usai solat Maghrib petang itu, Ara memandang langsir tingkapnya. Ingin dia pandang ke luar jendela seperti ayat-ayat yang sering dibacanya di dalam novel-novel tetapi apakan daya, lepas maghrib mak pesan kena tutup tingkap, takut jin masuk rumah. Jadi dia hanya mampu memandang langsir jendela sahaja. Dia mengangkat badan gempalnya dari sejadah. Dipicit-picit lengan dan belakang badannya. Entah kenapa, sejak hampir setahun yang lalu, badan Ara sering sakit-sakit seperti ada sahaja makhluk yang tidak menyenangi transformasi dirinya. 

Laptop usang di atas katil dihidupkan.

[Offline Message]
Nadia cun : Buzz! Salam Ara. Selamat Hari Raya Korban.

Tiba-tiba air suam-suam kuku mengalir di pipinya.

"Eh, atap rumah aku bocor ke?", detik hati kecil Ara kehairanan.

Rupanya dia tidak sedar yang titisan air suam-suam kuku itu adalah air matanya. Sebak saat dia terbaca perkataan 'korban' itu. Mungkin sebak terkenangkan nasib lembu dan kambing yang bakal disembelih besok hari untuk dibuat korban. Tetapi itu bukan perkara utama yang dikenangkannya. Ara sebak kerana pada tahun inilah pertama kalinya dia mengerti erti pengorbanan. Sudah hampir setahun dia membuat transformasi, transformasi kearah hidup yang dicari selama 27 tahun hidupnya di bumi Allah ini. Sebelum ini dia ada menyertai usrah dan banyak menghadiri majlis keagamaan. Tetapi dia masih belum ready untuk membuat pengorbanan. Pengorbanan meninggalkan kesenangan dunia.

"Terima kasih Allah kerana memilih aku sebagai penerima hidayahMu".

Air matanya semakin mengalir laju seakan air terjun di Taman Pertanian Sekayu, Terengganu. Transformasi yang dilakukan Ara yang pada awalnya hanya sekadar kecil-kecilan tidak disangka membawa impak yang besar dalam hidupnya kini.

"Adakah aku sudah betul-betul ready untuk korbankan lembu, eh silap, korbankan kenikmatan hidup aku yang serba nikmat sekarang ini? Mungkin masih terlalu awal?". 

Inilah soalan yang sering berlegar di benaknya yang tidak begitu pandai menjawab soalan (terbukti dengan keputusan SRPnya). Walaupun transformasi Ara sudah hampir setahun tetapi dia masih merangkak untuk bangun, bertatih, berjalan dan berlari di jalan Islam.

"Alhamdulillah Ara, semoga istiqamah".


Kata-kata yang sering dia dapat dari kenalan-kenalan diawal transformasinya. Ara tidak cantik dan berbadan gempal tetapi sifatnya yang friendly menarik ramai orang untuk mendekatinya yang kekadang membuat dia perasan cantik seorang diri. Support dari kenalannya banyak membantu dia untuk terus istiqamah sehingga ke hari ini.

Tetapi, kekadang dirasakan sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan pengorbanan hidupnya. Ara berasa letih, letih berperang dengan nafsu yang mengajak dia kembali kepada jalan hidupnya yang penuh nikmat dulu, letih membutakan mata hatinya dihadapan kelazatan dunia. Ara kini bukan seperti Ara yang dulu. Setiap hari dia berkorban. Dia mengorbankan waktu tidurnya untuk bermunajat di malam hari. Dia mengorbankan hartanya untuk bersedekah ke jalan Allah. Dia mengorbankan tenaganya untuk keluar berdakwah kepada kenalan rapat. Dia mengorbankan hatinya supaya tidak tersungkur dalam cinta nafsu kepada jejaka idaman.

Tiba-tiba, sedang air matanya deras mengalir, mulutnya tersenyum lebar tetapi dicover menjadi senyum dalam hati kerana kuatir dianggap gila jika dilihat rakan sebiliknya. Ara memberitahu saya (boleh pulak macam ni? hehe) dia senyum kerana dia tahu, pengorbanannya itu bukan sia-sia. Pengorbanan itu disaksikan Illahi. Dia tidak kisah jika pengorbanannya tidak dibalas oleh manusia kerana dia yakin dengan janji Allah yang menyediakan Syurga Firdausi untuk hambaNya yang sabar. Itulah yang dicarinya selama 27 tahun hidupnya ini, 'Pengorbanan ke jalanMu, Ya Rabbi'.



"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
[ 9:111 ]

  

Nov 17, 2010

Jika aku...


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu

Amin
Ya Rabbal Alamin..






  

Nov 2, 2010

Pertandingan dengan hadiah lumayan

Assalamualaikum wbt..

Harini tiba-tiba rasa nak bersoalan-soalan. Actually soalan ni diajukan oleh seorang rakan seperjuangan dunia akhirat. So saya pun nak ajukan juga soalan ni untuk kenalan-kenalan dunia akhirat saya~ ^^


Before that, 
Fikirkan satu negara yang anda idam sangat sangat sangat nak pergi. Then tiba-tiba anda ditawarkan untuk menyertai satu pertandingan yang hadiahnya anda boleh pilih satu negara untuk anda lawati and tinggal kat sana seumur hidup. Semua cost kehidupan anda kat sana sepanjang hidup anda akan ditanggung oleh penaja pertandingan tersebut. Sepanjang pertandingan tu, akan ada satu camera yang akan ikut anda kemana-mana setiap masa. Camera akan merakam kehidupan anda, dari anda bangun tidur, gosok gigi, pergi class or kerja, makan, mandi, tidur balik and semua-semua lah everyday sampailah tarikh pertandingan tu tamat. Syarat pertandingan ni, anda perlu berkelakuan seperti yang dikehendaki penaja. Jika anda tak behave, tak buat apa yang dikehendaki, markah anda akan dimerit. Sebaliknya, jika anda behave, buat segala apa yang dikehendaki, markah anda akan didebit. Di akhir pertandingan, peserta yang melepasi markah-markah yang ditetapkan akan terpilih ke negara idaman mereka itu.

Ok, sekarang cuba bayangkan..

NEGARA IDAMAN adalah SYURGA
PERTANDINGAN adalah DUNIA
PENAJA adalah ALLAH
CAMERA adalah PEMERHATIAN ALLAH
MARKAH DIMERIT adalah DOSA
MARKAH DIDEBIT adalah PAHALA


Soalannya,
Q : Untuk menang 'pertandingan' dan hidup selesa selamanya di 'negara idaman' yang ditaja oleh 'penaja', apakah yang perlu anda tambah ? 'markah dimerit' ataukah 'markah didebit' ? Dan bagaimanakah anda akan behave dihadapan 'camera' ??

Jawapannya,
A : Tepuk dada tanya IMAN. 


Susah tak soalan saya?? Kacang je kannn..? Lagi senang dari soalan exam kita. Hehe..Semoga kita semua dapat Full Marks. Sayang semuaaaaaa.. <3