Mar 1, 2011

Demi Masa..

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Selepas dua bulan menyepikan diri (dari blog), kini saya kembali.! Hehe.. Dua bulan. Jika dikira panjang juga masanya ye, tapi pejam celik pejam celik, dua bulan dah berlalu. Sama lah macam hidup kita di dunia ini. Katakan sekarang umur  kita 22 tahun (12 march ni birthday saya.! yeay), tengok pada angka memang lama, tapi kita sendiri selalu cakap, "rasa macam baru masuk sekolah, rasa macam baru je ambil SPM, rasa macam baru je fly, etc". Tup tap tup tap, ajal dah memanggil. Nampak kan.? Kalau kita tak hargai setiap detik yang berlalu, tersangatlah rugi kita. Islam jelas menerangkan tentang masa..

 


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[ 103:1-3 ]




Cuti kali ni Alhamdulillah lebih bermakna berbanding cuti-cuti yang sebelumnya. Sejajar dengan hidup saya yang lebih bermakna dan tenang sejak hijrah saya pada Ramadhan yang lepas. Sungguh, hati akan menjadi tenang dengan banyak mengingati Allah swt.

Apa yang saya buat dua bulan ni.? Ce cite ce cite (haha.. banyak sangat tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah). Awal Januari saya menjejakkan kaki ke India. Negara yang dimana kisah kehidupan mereka mampu membuatkan air mata saya menitis. Kesusahan hidup tidak menghalang mereka untuk melemparkan senyuman dan ketawa. Akhir Januari adik-beradik saya datang ke Korea, nak merasa snow katanya. Alhamdulillah, nasib mereka baik, esoknya salji turun dengan sangat lebat selebat lebatnya. Semua main snow tak hengat dunia pastu mula lah kesejukan. 

Then saya pulang ke Malaysia selama sebulan. First week sibuk dengan majlis perkahwinan cousin saya. Semangat sangat saya conteng muka sampaikan tetamu yang datang ada yang tanya ,"Ni ke anak daranya?". Padahal jadi pengapit je. Hehe.. Mak Long saya dah tak ada, Ayah Long pula sakit. So sebab rumah kami dekat, mama lah yang jadi tuan rumah. Kagum saya dengan mama, tak kenal penat lelah. Hari-hari ulang alik jaga Ayah Long, pastu uruskan majlis tu macam uruskan majlis anak sendiri. Tak pernah bersungut. Mama.. You're my idol. Ececeeh.. Pastu temankan my kakak balik KL. Time tu agak bosan la sikit sebab rumah dia tak ada internet. Tapi ok jugak tak ada internet so dapat la khatam beberapa siri majalah Solusi. Banyak info yang dapat. Alhamdulillah.. Rakan-rakan kat Malaysia selalu lah baca majalah ni. Best.! (saya pun baru first time baca ;p). 

Then balik Terengganu, banyak habiskan masa dengan mama. Temankan mama pergi rumah kawan-kawan dia and kawan-kawan arwah nenek. Yang paling saya ingat, ikut mama pergi usrah. Semangat bawa buku siap, tapi sampai sana banyak tersengih je sebab tak berapa faham apa yang diorang discuss sebab banyak guna bahasa dulu-dulu. Haha.. Kelakar pulak bila ingat balik. Seminggu last tu sempat jadi volunteer kat Taman Sinar Harapan. Kat sana, saya rasa sangat kerdil sebab dikelilingi ramai manusia yang istimewa.

Sekarang, saya dah selamat sampai di Korea. Baru dua hari kat sini tapi dah rindu Malaysia. Rindu pergi masjid dengar kuliah maghrib dengan mama, rindu pagi-pagi nak tengok rancangan favourite Tanyalah Ustaz, rindu nak jadi cikgu kat Taman Sinar Harapan and rindu air kelapa.!! InshaAllah akhir June ni saya balik Malaysia lagi. Yeayy.. :)

So pesan saya, gunalah masa terluang anda dengan sebaik-baiknya. Ingatlah, hidup di dunia ini tak lama. Dunia ibarat ladang. Bukan ladang biasa tetapi ladang buat bekalan hidup di akhirat. Demi masa..




4 comments:

  1. farah,sama lah,

    sy pon suka baca solusi

    majalah yg baik,boleh katakan kak long sy ada setiap isu dye. mmg tak rugi bila baca ;)

    ReplyDelete
  2. balik june jugak ke?
    inshaAllah sy pun balik june/july.
    nanti boleh laa gi program same2. dah ade geng. yeay~! ^^

    ReplyDelete
  3. cik aryu. hee tu lah. kalau kat msia kan best tiap2 bulan boleh baca :)

    zetty : sy blk akhir june. yeayy.. jom gi sama2~~

    ReplyDelete
  4. salam kakak fara. boleh emailkan pd saya email kakak. saya nak tanya sesuatu yang peribadi. hrp akak blh tlg, ladykirana43@gmail.com

    ReplyDelete