Mar 10, 2011

Namaste..

"Hish India. Sumpah aku tak datang dah sini. Kotornya. Ni baru New Delhi, ibu negara dia. Kalo pergi tempat lain entah macam mana la agaknya kan?".

"Bawak kereta tak boleh sabar sikit ke? Asyik hon je. Seminit tu tak sah berlalu tanpa hon. Sana situ sini semua kereta bunyikan hon. Semua pencemaran lah ada kat sini. Pencemaran udara, air, pencemaran bunyi pun ada. Isk.. Isk.. Isk.. India.. India.."

"Apa?? Hotel takde heater.? Beku weh beku. Suhu bawah 10 degree takde heater. Macam mana nak tidooo.."

Apa? Tulah my first impression about India. I went there on 2nd of January for two weeks with four other JPA scholars. Budak-budak batch la ni.

Satu pesan, don't judge a book by its cover.

We went to New Delhi, capital of India [India Gate], Jaipur [Amber Fort, City Palace, Hawa Mahal, Jantar Mantar, Nahargarh Fort], Ranthambore [Jungle Safari], Fatehpur Sikri, Agra [Taj Mahal, Agra Fort, Baby Taj, Mehtab Bagh, Sikandra], Mathura [Krishna Janambhoomi], Varanasi [view of Aarti, River Ganges, Sarnath] then back to New Delhi [Jama Masjid, Red Fort, Parlianment House, President House, Lotus Temple].

******************************

6 January 2011 -On the way to Agra from Ranthambore-

Actually i refused to write about my journey to India as for me nothing to share pun. Tapi, semakin lama dekat sini, makin banyak benda aku lihat, makin banyak perasaan aku rasa. So i decided to write it down in this book (konon-konon diari lah). Today is my 5th day in India. 5 days kat sini dah cukup untuk buka mata aku untuk mengerti apa itu LIFE, kehidupan. 

Kehidupan bagi aku adalah tempat untuk have fun, tempat untuk hidup selesa, tempat untuk dapat apa yang kita nak, tempat untuk glamour. Sebab bila semua tu tak ada, orang akan kata 'alaa.. takde life laa.'

Tadi aku tengok kat luar tingkap kereta. Ramai budak-budak jalan kaki tepi jalan, pegang buku kat tangan. "Oh nak pergi sekolah rupanya". So aku pandang la kiri kanan cari mana sekolah mereka. Mak ai, jauh gila bergerak baru aku jumpa sekolah mereka. Tu pun satu bangunan yang buruk dan kecil je. Bayangkan aku yang naik kereta ni pun rasa jauh ni pulak mereka. Semangat mereka rela bersusah payah untuk menimba ilmu. Tiba-tiba aku rasa sebak, aku nak pergi sekolah tak sampai 500 m tu pun mak aku yang hantar dengan kereta. Kalau mak ambil lambat, mula la protes buat muka tak puas hati. Aku tak pernah bersyukur dengan hidup aku. Aku tak tak pernah bersyukur yang aku masih ada mak. ㅠㅠ


Kami berhenti tepi jalan bila nampak ada orang jual guava. Fresh dari kebun. Semua mek-mek ni mengidam nak makan guava masa kat jaipur lagi so bila nampak je guava, we were like 'Uncleeee.. Stopp! we wanna buy guava!". Serentak dan kuat pulak tu. Comel kan kami? Hehe.. Aku pun turun la, aku nampak this one pretty girl. Dia temankan mak dia jual guava. Dia nampak kesejukan. Bayangkan suhu around 5 degree tapi dia pakai selipar jepun tu je, pastu baju sehelai, seluar sehelai. Dia balut badan dia dengan blanket guni tu. Tapi walaupun kesejukan, dia masih tersenyum. So pretty and sweet. Aku pergi ke kereta, ambil winter coat aku then aku panggil dia. Aku sarungkan coat tu kat badan dia. Dia sangat happy, nak-nak winter coat tu ada bulu-bulu. Semua orang kat situ pun happy, mak dia nak hadiahkan aku guava tapi aku tolak sebab aku memang berniat nak kasi baju tu kat anak dia. Then, dia and anak dia datang hantar aku sampai kat kereta. 


Aku sebak lagi. Benda buruk and tak berharga tu pun mereka appreciate sangat-sangat. Aku tak pernah cukup dengan apa yang aku ada sekarang. Hotel tak ada heater tu pun aku bising-bising tanpa aku fikir macam mana mereka sepanjang hidup mereka tak pernah ada heater and tidur pun dalam khemah je and lagi menyedihkan, ramai yang tidur di tepi-tepi jalan. Aku Selalu mengeluh. Aku tak pernah appreciate orang yang ambil berat pasal aku. Aku sedar, hidup mewah, hidup selesa, hidup glamour, bukanlah definasi kehidupan. 

Kehidupan adalah bila seseorang itu berusaha untuk kekal hidup dalam apa jenis keadaan sekalipun. Bukan hidup hanya disuap dan dimanjakan. Aku.. Aku tak dapat terus menulis sekarang. Terlalu tersentuh hati aku dengan kehidupan mereka disini...

*****************************


Tett.. Itu sahajalah diari saya sepanjang saya berada di India. Satu hari je saya tulis. The next day dah malas sebab writting is not my passion ;p

Summary nya, India memang best especially the fooood especially samosa.! And i bet, u guys tak akan jumpa kat mana-mana negara yang kat jalan raya dia ada semua benda ni pada satu masa ; lorry, bus, van, kereta, tut-tut, motor, bicycle, unta, kuda, keldai, lembu, kerbau, anjing, kambing sehinggalah cik bab*. Macam-macam anda boleh tengok, macam zoo pun ada. Bila naik kereta lalu kawasan kampung, anda boleh tengok kanak-kanak buang ayaq besaq tepi jalan, bila kereta lalu, sempat pula dia lambai-lambai. Comel..



Pergi India saya nasihatkan ambil travel agent. Sebab transportation and tempat tinggal dah diuruskan semua. Pening jugak if nak gamble macam tu je. Then, jangan kasi sedekah dekat siapa-siapa pun walaupun anda rasa kasihan sangat-sangat sampai nak menangis tengok yang tidur tepi jalan, yang tak ada kaki, yang dukung anak atau yang kurus gila sebab bila dah kasi kat sorang, semua akan serbu anda. Perhatian, jangan sandar-sandar dekat dinding or pagar-pagar sebab orang lelaki kat sana suka jadikan tempat tu sebagai tandas.! Jangan lupa beli saree, pashmina and silk. Tapi hati-hati jangan sampai tertipu dengan quality fabric tu. And jangan makan makanan sembarangan. Perut mereka dah imune dengan makan-makan tepi jalan, tapi kita yang selalu dimanjakan ni mungkin akan diarrhea (kami try beli sekali but alhamdulillah tak ada sakit-sakit pun).

Conclusion nya, India sangat berbeza dengan Korea. If anda ada kelapangan and budget yang cukup, banyakkanlah melancong ke negara luar terutamanya negara yang taraf hidupnya rendah, kerana ianya salah satu medan untuk kita lebih mengerti apa itu kehidupan. Jauh perjalanan, luas permandangan.


21 comments:

  1. Love this entry.harus bersyukur dengan apa yang kita ada. :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...saudari sgt bermurah hati sampai sanggup menghadiahkn jaket itu...Hanya Allah dpt membalasnya..wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yessss..orang India yg kaya pon x buat macam tu..awak sangat2 baik hati...& comel!!

      Delete
  3. saya nak nangis da tadi.. tapi tetiba ada tett
    (-.-)"

    ReplyDelete
  4. hehe.. nadzirah, saya taknak la emo sgt. takut kang org cakap apa lak tgk awak nangis baca blog saya. haha.. ;p

    ReplyDelete
  5. kt pakistan pun sama~~~ i've been there!! best~~~~ tp org nye agak bahaya(nenek sy ckp) hehee..
    nice entry!! love it~~

    ReplyDelete
  6. yes...India is totally awesome!the places, the people, the foods...jauh beza dengan Malaysia...nice entry btw...

    ReplyDelete
  7. T.T .... talking about India..kite same. i really dont want to go there ..tp lepas baca entry ni... im thinking.why not :-)

    ReplyDelete
  8. baru pegi jugk last february. bout a week. rse pengalaman yang same jugak :)

    ReplyDelete
  9. As salam...first time buka blog fara...really love your blog, jadi mcm nak baca lagi, nak baca lagi..best. dan entri Namaste sgt2 tersentuh. akak bangga dgn fara walaupun muda dan jauh dr keluarga, fara masih boleh kekal sbg muslimah yg baik...akak doa moga Allah permudahkan segala urusan fara di sana..amin.

    ReplyDelete
  10. Salam...
    Akak setuju dgn Pn Ct Baizura. Akak pun suka baca blog fara ni. and ni pun 1st time akak baca blog fara...
    Akak juga pernah sampai NewDelhi,Agra, Jaipur dan Kashmir.... juga merasai pengalaman yg sama ngan Fara... bersetuju ngan apa yg fara katakan ttg India. Kita akan bersyukur dgn apa yg kita ada pd hari ini dgn melihat kehidupan diorg disana.... bg Akak, kat India tu, klau miskin mmg miskin sgt2, klau kaya, memang kaya sgt2. jurang yg agak besar.....

    ReplyDelete
  11. i've been there in 2010. yes! India is really just like you hve described. memang bnyak pengajaran yg sya dpt msa pegi sna, especially---> bersyukur !

    ReplyDelete
  12. baiknye hati kak fara.. ^_^

    ReplyDelete
  13. Nabi s.a.w bersabda : "Sesungguhnya di dalam diri manusia ade seketul daging.Apabila ia baek,maka baiklah seluruh jasad.Apabila ia buruk,maka buruklah seluruh jasad..Maka daging itu adalah hati manusia"

    U have that value farah..thats gud..sonok bce entri2 awk.bleh refresh kn hati ni..rjin2 update plizz..thanks..

    Assalamualaikum w.b.t..

    ReplyDelete
  14. Oops, u visited some of the worst places in India. U went to Jaipur, but u shud have gone to Udaipur and Jaisalmer.

    Mathura and Varanasi are one of the worst place. Loads of animals, as HIndus worship cow so they leave them on the road.

    Tajmahal, the grave yard. Rather than that u shud have choosen to fly to Kashmir.

    U haven't gone to Southern India. There is huge difference between South and North India. South is much more developed and educated.

    If u want visit india then make a trip to South India
    1. Kerala - damn good for back waters...its the most beautiful place
    2. Mysore - famous for Tipu Sultan fort, a muslim king who shaked the british empire.
    3. Hyderabad - famous for Nizams, Authentic Biryani, pearls and Muslims.

    ReplyDelete
  15. nak jugak merasa hidup kat sana. baru kita dapat rasa keperitan hidup mereka. i love this entry , thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  16. "Kehidupan adalah bila seseorang itu berusaha untuk kekal hidup dalam apa jenis keadaan sekalipun."

    i'll keep dis in my mind and my heart for a good lesson learnt...
    Insya Allah...

    ReplyDelete