Apr 2, 2011

Punca gangguan jin

 
Assalamualaikum wbt..

Sekadar perkongsian di awal bulan April ini (bukan april fool ye), berkenaan 'abang' jin saya. Hehee.. Semakin hari semakin banyak kes-kes yang melibatkan gangguan makhluk halus, sama ada pesakit itu menyedarinya atau tidak. Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada berkenaan punca jin mengganggu manusia, sebagai langkah berjaga-jaga supaya kita tidak bakal menjadi 'sasaran jin'. Bak kata orang putih, prevention is better than cure.


PUNCA-PUNCA JIN DAN SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA

1. Jin menyintai manusia sama ada jin jantan menyintai manusia wanita atau jin betina menyintai manusia lelaki.

2. Manusia menyakiti jin dengan mencurahkan air panas ke atasnya (tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ) atau seorang terjatuh ke atasnya dari tempat tinggi atau kencing ke atasnya, menebang pokok tempat kediamannya dll.

3. Jin sengaja menzalimi manusia tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;
- Ketika manusia sedang dikuasai oleh perasaan terlalu marah, terlalu sedih dll.
- Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
- Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
- Ketika lalai dari mengingati Allah.  
 
4. Mensyirikkan Allah.
["Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Al Jinn : 6]  
 
5. Melakukan pelbagai maksiat kerana syaitan suka kepada orang menderhakakan Allah.

6. Diganggu sihir.

7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid.

8. Terdapat gambar-gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.

9. Ada anjing atau loceng di dalam rumah.
["Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng." - HR Muslim]

10. Memasuki tempat-tempat jin (hutan, tandas, tempat pembuangan sampah, pantai...) tanpa membaca doa perlindungan.

11. Kanak-kanak keluar bermain pada waktu Maghrib.
["Apabila masuk waktu malam atau senja, masukkan anak-anak kamu kedalam rumah kerana syaitan berkeliaran ketika itu. Dan pada waktu malam, kuncilah pintu-pintu dan sebutlah dengan nama Allah kerana syaitan tidak boleh membuka pintu yang dikunci dengan nama Allah." - HR Muslim]

12. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudah dilahirkan.
["Tiada seorang pun anak-anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya. Sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa) sahaja." - HR Bukhari]

13. Manusia tidak berjemaah maksudnya suka bersendirian, fikiran dan jiwa kosong.

14. Malas menuntut ilmu.


"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." 
[ 17 : 82 ]
 

So itulah yang dapat saya kongsikan. Sesiapa yang rasa dirinya mungkin ada gangguan, cepat-cepat lah jumpa mana-mana pusat rawatan islam yang boleh dipercayai (sesiapa yang berminat boleh PM saya, nanti saya tolong searchkan mana-mana pusat yang berdekatan dengan anda), takut makin lama makhluk halus ni ada dalam badan kita, makin susah nanti nak dibuang.

Wallahua'lam.













Saja letak gambar salah seorang perawat yang digilai ramai ;p
Ashraf Muslim, perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.



[sumber: IMT dan bahan bacaan]


 

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Macam mana kita nak tahu yang kita diganggu jin?

    ReplyDelete
  2. salam sis.. nak tanya pasal ni .. Ada anjing atau loceng di dalam rumah.. klu pasal anjing tu saya faham lah.. yg bab loceng tu yg saya tidak berapa faham.. harap sis boleh tolong jelaskan.. pertama kali dalam hidup saya dengar pasal tidak boleh ada loceng dalam rumah.

    ReplyDelete