May 2, 2011

Kesenangan satu ujian juga..

  
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana aku masih lagi bernyawa di dunia ini sambil memerhatikan keindahan alam ciptaanNya walaupun masa yang diberikan 24 jam sehari dirasakan tidak cukup untuk menyelesaikan tugas-tugas harian. Masa yang tidak cukup atau kita yang tidak mencukupkan masa.?
 
Rindu. Rindu berkongsi pendapat dan sedikit ilmu yang diperolehi dengan kenalan di sini.
  
Lagi rindu. Lagi rindu kepada Sang Kekasih. Kehidupan sehari-hari semakin dirasakan selesa sehingga mungkin keselesaan itu berjaya menjarakkan diriku denganNya. Benar kata mereka, keselesaan juga satu dugaan. 
   
Bicara kenalanku, "Allah tak sayang akak ke.? Sebab hidup akak sekarang ok je, tak ada masalah and dugaan. Orang cakap Allah bagi hambaNya dugaan tanda Dia sayang dia. Tapi kenapa Allah tak kasi akak dugaan.? Allah tak sayang akak ke.?"
 
Jawapannya di situ, tertulis beribu tahun dahulu, di situ, di dalam Buku kita,


"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[21 : 35]
  

2 comments:

  1. betul 2 farah..senang 2 pn dugaan gk kan.. kerana dia boleh buat kita lalai..

    ReplyDelete
  2. sy suke bace entri awak....sejuk je hati ni...mcm awak bg inspirasi utk sesorang tu dekat ngan PenciptaNya

    ReplyDelete