Jun 3, 2011

Tips Menutup Aurat

Assalamualaikum wbt.. 

Dah nak masuk first anniversary 'penghijrahan besar' saya. Sejak haritu sampailah sekarang, masih tidak putus-putus soalan yang saya terima, berminat benar mereka dengan kisah itu. Dan kebanyakan mereka wanita. Soalan hot yang ditanya adalah berkenaan aurat. Yelah, saya setahun yang lepas dan saya yang sekarang... hurm.. semua sedia maklum agaknya, tak perlu saya cerita.

Saya memang suka bercerita. Dan berkongsi pengalaman. Dan kebanyakan yang bertanya meminta pendapat, bagaimana untuk kekal istiqamah dalam berhijab. Saya juga tidak berani berbual panjang kerana saya sendiri masih baru, dan akan kekal kuatkah saya untuk kekal istiqamah kelak hari.? Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.. Amin. Saya juga sedar saya masih tidak berjaya menutup aurat dengan sempurna. Dan ianya bukan perkara yang mudah untuk saya lakukan. Saya bertarung dengan nafsu. Jadi saya ambil keputusan untuk bertarung secara halus, perlahan dan teratur. Takut nanti jika berlari, akan tersungkur lagi.

Hari ini, saya berbesar hati untuk berkongsi TIPS MENUTUP AURAT. Sudah tentu mustahil tip ini dari saya. Tip ini saya dapat dari majalah Solusi Isu#26 tempoh hari semasa di Malaysia. Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat...

1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR bahawa tunuttan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.




37 comments:

  1. smoga Allah memberi kekuatan kepada mu...

    ReplyDelete
  2. akhirnye terjawab,hehe. -bau2 bacang

    ReplyDelete
  3. salam kak Farah :)
    moga kak Farah sntiasa ISTIQAMAH walau apa yg terjadi...
    berkata Abu Sulaiman ad-Darani
    "Sesiapa yang dua harinya (semalam dan hari ini) sama sahaja, dia RUGI.Sesiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam, dia celaka(mal'un)"
    moga Allah xgolongkan kita dlm golongan yg rugi dan celaka~nauzubillah

    Allah tahu hati kita :)

    ReplyDelete
  4. salam..sis..saya teringin...tapi...susahnye nak berubah ke arah kebaikan..astaghfirullah..lemah sgt sy nie..T.T

    ReplyDelete
  5. i nak tanya, boleh x perempuan letak gambar kt facebook yg dia pakai lawa2 tapi tutup aurat. sebab nanti lelaki pun akan tengok jugak kn gmbr tu. u pun letak je gmbr yg mcm tu? tp ustaz i kte x elok, klu bleh dia suro jgn upload gmbr mcm tu. i confuse ni, mcm mna ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah rsa kerdil dr ku padaMu....takot akan akhiratmu Ya Allah...

      Delete
  6. itulah, saya pon terbaca macam tu juga dan saya dah delete dah semua gambar saya even gambar saya berjubah... Sebab saya mahu suami saya sahaja yang nampak kecantikan saya...

    ReplyDelete
  7. mungkin juga bab2 gambar ni kena slow2 sikikt kot kan..sebab keghairahan kita uplod gambar kekadang tanpa sedar.. saya pun ambil masa dulu, lepas kawin slow2 saya deleta gambar saya...

    ReplyDelete
  8. saya pown baru jewk melakukan penghijrahan besar dalam hidop saya walaupun perkara ini sudah lama diwajibkan bagi seorang perempuan muslim.diharapkan tips ini dapat membantu saya mengekalkan keadaan saya sekarang.

    ReplyDelete
  9. as salam,farah... t'nyata halangan utk ke arah kebaikan terlalu byk halangannyer... tips ni amat berguna utk bt sy mmperbaiki dan mperbaiki lg keadaan dan akhlak saya.. insyaAllah.. kunfayakun...

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah... sy pon sedang berusaha berhijrah ke sesuatu yang diredhai.. Aminn..;)

    ReplyDelete
  11. sedang berusaha ke arah yg lbh baik..thanx for the info

    ReplyDelete
  12. boleh tak buat tutorial macam mana akak pakai

    ReplyDelete
  13. tq kak farah for the tips......semoga kita sama2 diberi kekuatn untuk berubah menjadi lebih baik............saya juga sedang cuba untuk berubah menjadi lebih baik walaupon sukar tapi sya yakin kekuatn saya dtg dri Allah swt......

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, sis.. semoga kt sama2 istiqamah menuju redha Allah. Amin

    ReplyDelete
  15. sy masih mencuba utk jd lebih baik:)
    in shaa Allah..semoga dpermudahkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...