Jul 12, 2013

Sindrom Ketika Tarawih

  
Salam Ramadan. Harap masih ramai yang kenal saya ni. Hikhik.. Maap ler lama sikit cuti menaip ^^

Straight to the point, datang Ramadan makanya dapatlah lagi kita lihat beberapa sindrom yang OMG yang selalu berlaku semasa tarawih di masjid, surau atau musolla baik di Malaysia, di Korea, di Mekah, di Madinah mahupun di Malaysia, di Korea, di Mekah, di Madinah. Hehe ulang sama je sebab pernah terawih dekat empat negara ni je setakat ni. Negara lain mungkin sama, mungkin tidak.

Actually masa solat fardhu lain pun sindrom ni ada cuma mungkin jemaah masa tu tak ramai jadi susah sikit untuk perasan. Ia bukanlah sindrom yang kronik, jika ramai yang sudi melupakan kepentingan diri dan rela memudahkan urusan orang lain, inshaAllah boleh diatasi dengan mudah. Calon-calonnya adalah..

PERTAMA. Sindrom 'My territory. Park at your own risk.'


Haaa, pernah jumpa sindrom ni.? Datang masjid, bawa sejadah sendiri, hampar. Pilih kedudukan berhampiran kipas atau di sebelah tiang atau pintu supaya mudah keluar. Bila imam seru untuk betulkan saf, golongan yang ada sindrom ni dengan yakin engggan berganjak dari 'territory' mereka itu. Tidak kira saf depan masih kosong atau safnya sendiri tidak rapat, mereka masih tegar di situ. Bila jemaah sekeliling bagi isyarat kepada mereka supaya sempurnakan saf, buat-buat tak pandang atau terus mula solat atau pandang dan suruh jemaah lain yang sempurnakan. Familar kan.?

Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat)." [HR Abu Daud]

Kita hanya perlu menggunakan kurang 50 kalori tenaga untuk melangkah ke tepi mahupun bergerak ke hadapan untuk penuhkan saf yang 'rongak', tetapi subhanAllah, langkah itu adalah langkah yang sangat dicintai Allah. Nampak kecil pada mata, tapi usahanya besar di sisiNya. Manakan tidak, kurang sempurna solat kita jika saf jemaahnya kurang sempurna. MashaAllah, hanya dengan berganjak beberapa langkah, kita telah berjaya sempurnakan solat jemaah-jemaah lain juga. Tak sempat berpeluh pun kan.? Nak Allah sayang tak.? Lepas ni, pakat berebut peluang untuk rapat-rapatkan saf ya kenalanku.! Jangan tolak orang lain sudah.

Oh, kadang-kadang kita dah rapat-rapat tapi masih ada jemaah yang kurang peka tentang ini. Ingat,  jika kita terus solat tanpa cakna dengan saf kita yang tidak sempurna itu, solat kita juga dua kali lima jadinya. Jangan kita lepas tangan pula. Mainkan sedikit peranan. Mungkin kita boleh mengajak mereka dengan lembut dengan berkata, "Boleh penuhkan saf.? Besar pahala kamu kerana tolong sempurnakan solat jemaah lain.". Senang kan.? Kalau tak dengar jugak, starlight je dahi dia. Haaa.


KEDUA. Sindrom 'Awas! Saf bengkang bengkok di hadapan.'


Haaa, sindrom ni lagi banyak boleh nampak kan.? (Maap ler terover pula bengkang bengkok gambar hiasan ni ha). Tapi sindrom ni memang agak kronik. Boleh kata hampir semua saf macam ni. Tak ramai yang peka dengan seruan kepentingan meluruskan saf ketika solat. Sangat penting.

Dari sahabat Nu'man bin Basyir ra: Dulu Rasulullah meluruskan saf kami sehingga seakan beliau meluruskan anak panah, sampai beliau menganggap kami telah memahaminya. Beliau pernah keluar pada suatu hari, lalu beliau berdiri sampai beliau hampir bertakbir, maka tiba-tiba beliau melihat seseorang yang membusungkan dadanya dari saf. Maka beliau bersabda, "Wahai para hamba Allah, kalian akan benar-benar akan meluruskan saf kalian atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian berselisih." [HR Muslim]

Jika dikenang zaman Rasulullah dahulu, tentera islam pada zaman itu sangat berdisiplin. Apa rahsianya.? Salah satunya adalah kerana disiplinnya mereka dalam meluruskan saf. Masih tidak nampak apa relevannya.? Ok cuba tengok barisan kawat dalam tentera. Barisannya lurus macam diukur dengan pembaris baq hang.! Kita tengok pun kagum kan.? Nampak disiplin, tersusun dan teratur. Untuk rekod, Rasulullah adalah pengasas as-saf, sistem barisan dalam perang. Jadi, disiplinnya kita dalam meluruskan saf dapat membantu kita untuk disiplin dalam kehidupan seharian juga.

Bagi saya, melurus dan merapatkan saf mampu menyatukan hati umat islam. Mana tak nya, bahu I bersentuhan dengan bahu you, kaki I bersentuhan dengan kaki you. Loving kan bunyinya.? Secara tak langsung ia dapat menimbulkan rasa rendah diri dalam diri, tak kira kita kaya atau miskin, cantik atau hodoh (cantik itu subjektif ok hoho), busuk atau wangi, semua duduk rapat-rapat, erat-erat menandakan yang kita ni sama manusia di sisi Allah. Gittew..


KETIGA. Sindrom 'Give way, I'm praying.'


Haaa, sindrom ni dapat dilihat di masjid yang anjurkan solat tarawih 20 rakaat dan agak sesak dengan jemaah. Sebilangan besar memilih untuk bertarawih 8 rakaat sahaja. Bagi yang memilih untuk solat sunat witir di sana, mereka akan mencari ruang-ruang untuk lakukannya sebelum pulang. Tetapi, ada sesetengah mereka ini kurang bijak dalam pemilihan tempat untuk bersolat witir. Mereka memilih untuk terus solat di kedudukan solat tarawih mereka walaupun tempat itu berhampiran jalan keluar jemaah-jemaah lain yang memilih untuk tidak berwitir. Ada juga yang bersolat di bahagian belakang ruang solat kerana tidak mahu bercampur dengan jemaah yang bertarawih 20 rakaat tanpa sedar mereka menyebabkan jemaah lain terpaksa lalu di hadapan mereka untuk ke pintu keluar. So selfishy fishy right.? Bukankah kita disarankan Allah supaya memudahkan urusan orang lain.?

Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." [HR Muslim]

Hambik kau.! Dapat ganjaran dunia akhirat sekali. 2 in 1. Actually I just do not know what to comment on this matter. Macam... benda ni basic kan.? Semua orang boleh fikir tempat-tempat begitu sangat tidak sesuai untuk solat, terutama pada 'peak hour' macam tu. Saya yakin mereka juga sedia maklum yang tempat itu kurang sesuai, cuma mungkin mereka terlupa untuk fikir tentang kebajikan jemaah-jemaah lain sekali. Susah kita sikit tidak apa, asal memudahkan ramai saudara lain. Macam saya cakap tadi, tak sampai 50 kalori pun tenaga yang perlu diguna untuk kita cari tempat yang lebih sesuai :) (panjang juga komen rupanya)

  
Ok, dah habis dah makcik membebel. Kepada mereka yang menghadapi sindrom ini, mungkin boleh pertimbangkan concern saya ini. Pada yang menjadi mangsa sindrom ini, mungkin boleh sebarkannya kepada orang ramai supaya kita dapat kawal sindrom ini dari melular. Semoga Ramadan ini menjadi titik tolak perubahan kita, dan semoga perubahan kita menjadi magnet kepada orang sekeliling untuk menarik mereka berubah juga.


*gambar hiasan di atas menggunakan jemaah muslimat bukan kerana saya anti lelaki tetapi kerana senang nak lukis sebab tak perlu lukis tangan dan kaki. Hehe.. Jadi untuk fair and square, saya sertakan gambar jemaah mulimin yang saya google di bawah ini. Kekeke kbai.!


   

Jan 16, 2013

Puding Roti Kunfayakun


Assalamualaikum wbt..

Kembali aku ke sini. Hehehe.. Oleh kerana tugasan sebagai pelajar telah selesai (Alhamdulillah) jadi sekarang aku ialah suri rumah sepenuh masa. Suri rumah sepenuh masa gittew. Hikhik.. Jadi entry kali ni pun tema dia masak-memasak seiring dengan status aku sekarang ;p

Aku nak share resipi puding roti yang aku reka sendiri. Huhu 'reka sendiri' tu yang tak menahan tu. Bunyi macam terer je masak kan.? Sejarah resipi ni macam ni, ada roti lebih nak expired pastu sayang nak buang so godek-godek la resipi tapi most of them macam complicated sikit pastu bahan-bahan yang ada kat rumah (rumah kat Korea) terhad. Jadi try la alter sendiri (tolak tambah darab bahagi) resipi-resipi yang terjumpa jadilah Puding Roti Kunfayakun (kikikii siap ada nama baq hang). Hidang kat kawan-kawan (sorry iols guna roti yang nak expired hidangkan uols hewhew) sekali ramai lak yang tanya resipi (bab ni macam kembang sikit. eh astaghfirullah..) ;D

So, sebab dah lama janji dengan dorang nak share resipi bergambar kat blog, harini baru puan suri rumah ni rajin nak menaip kembali. Weee tahniah kepada diri sendiri..

Let se gooo~~

BAHAN BAHAN

Gula : 1 cawan
Majerin : 5 sudu besar
Fresh milk : 800ml
Roti : 15 keping
Telur : 1 biji
Esen vanila : 1 sudu kecil (untuk hilangkan hanyir telur. takde pun takpe)
Choco chip : secukup rasa untuk hiasan





CARA CARA

1. Baca basmallah, selawat, senyum dan penuhkan hati dengan kasih sayang (rahsia masakan best) :D



2. Pastu gaul ratakan gula dan majerin dalam mangkuk hayun besar.



3. Tuang fresh milk kedalam acuan.



4. Carik-carikkan roti, masukkan kedalam acuan and gaul sebati.



5. Then masukkan telur dan esen vanila. Macam biasa, gaul gaul gaul.. (gaya oppa gangnam style)



6. (exceptional) Cover loyang dengan aluminium foil.



7. Tuang acuan ke dalam loyang. Kalau ada roti lebih, boleh carik-carikkan, tabur dan tekan2 sikit atas acuan so nanti atas puding tu jadi garing sikit dan nampak ciri-ciri kerotiannya.



8. Tabur choco chip sesuka hatimu. Nak ganti dengan raisin or nak biarkan kosong pun bisa.



9. Masukkan dalam oven 150°C, 20-30 minit (kalau still lembik, boleh tambah masa) dan..



Kunfayakun.. SIAP.!!! 



Boleh hidang panas or sejuk ^^




Pesanan penaja.! Step-step tu untuk mereka yang rajin, kalau yang kurang rajin (husnuzon, nak jimat masa kan ;p) abaikan step-step tu, campur terus semua bahan dalam mangkuk dan gaul pastu tuang dalam loyang habis cerita. 

So selamat mencuba, boleh alter sendiri ikut selera dan bahan yang ada, dan boleh la namakan puding roti uols tu ;D

Annyong.!

    

Oct 21, 2012

Kebergantunganku


Assalamualaikum wbt. Lama kan saya menyepi.? Hehee.. Sepi saya membawa satu soalan.

Ce teka apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang dari kita..?

.
.
.
.
.
.
.


Saya pernah mengajukan soalan yang sama kepada suami saya. Jawab beliau, “Sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita sayang tu milik kita.”

“Bingo.! Betul betul betul.. Tu salah satu hikmahnya. Tapi harini Farah nak fokuskan bahawa hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah”, balas saya dalam perbualan kami di sebuah kedai makan tempoh hari.

  
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’

  
Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita sering bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada ayah kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan baik kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kita. Kita nak shopping kita minta suami belanja kita (#eh)

Hikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung uols”.

Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha Mendengar itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium je. Kalau betul kita hanya bergantung pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang.  Dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.

Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih. Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada.  Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal.

Sementara itu, saya ada lagi satu soalan.

Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya.?

Ya, sudah tentu Rasulullah bukan.? Jom kita perhati kembali kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan penulisan saya kali ni.

Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda.  Tinggallah baginda bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat, Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.

Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah sebegini.

Justeru (justeru gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap dugaan.  Dan sentiasa remind diri, kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah. Annyong.!



   
   
   

May 11, 2012

Takut Terasing

   
Semua orang ingin berubah, I mean changing from bad to good. Saya jamin, berani kerat jari (weehee, gurau je, tak berani pun) semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah." sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri yang sentiasa bermonolog dalaman. Ya, sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci.

Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah pun. 

"eh yeke..? alamak, i ollz tak sedar lah."

Ya, kita perlu sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Kemaksiatan makin bertambah, jenayah juga begitu. Jelas sekali bilamana maksiat tidak lagi asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan.

Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.

Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia. 

Saya juga pernah menjadi 'mereka' di atas. Hidup terlalu untuk dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup (c'mon la, tak hot la kan pakai cakap macam ustazah ni kan). Tetapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul". Hidup memang enjoy tetapi seperti ada yang tidak kena. Kenapa..? 왜.? 왜..? Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.


Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing”. 
[HR Muslim]



Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.? 

Saya ulang sekali lagi ayat saya di atas, 
"Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah."

Persoalannya,

"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.?"

(noktah)


  

Mar 27, 2012

Dengan dua kali lafaz

       
"aku terima nikahnya, nurfarahin binti romli dengan maskahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai."

"SAH..?"

"sah.. sah.."


alhamdulillah, alhamdulillah. alhamdulillah. Allahuakbar, air mataku berderai. badan menggigil dan seluruh badanku panas (tapi aku cover la kan, banyak camera kotttt uollzz). perasaan ketika itu tidak dapat aku ungkap dengan kata-kata. seperti ada suatu kuasa yang masuk ke dalam diri. mungkin itu cara Allah menyatakan padaku bahawa "engkau bukan lagi hak ibu bapamu. sekarang engkau adalah hak sepenuhnya insan bernama ally iskandar bin mohd mardzi. ketaatanmu adalah kepada dia. redhaKu kepadamu adalah bergantung kepada redhanya kepadamu."

sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan 'sudah dua bulan' atau 'baru dua bulan' kadang datang silih berganti. 'sudah dua bulan' tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ㅠ.ㅠ). 'baru dua bulan' tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.


suami, merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


kalau dulu... orang ketiga selepas Allah dan Rasul ialah ibubapa, sekarang ialah suami. wajarlah, selepas berkahwin dosa aku ditanggung oleh suami. ketaatan aku jatuh kepadanya. jadi, aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. supaya jika baginya apa yang aku buat dan mana yang aku pergi itu tidak wajar, bolehlah suamiku menasihati aku terlebih dahulu. walau mungkin zahirnya pada aku tiada apa-apa, tetapi mungkin tidak baginya. telah Allah tulis bahawa imamku adalah dia, pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku, yang tahu mana yang baik, mana yang buruk untukku adalah dia.

kalau dulu... semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku. kami kan 'satu' ;) aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku. sebenarnya, sebelum kahwin pun aku memang perlu berhati-hati dalam percakapan (itu pesan Allah). 

kalau dulu... aku hanya seorang student, sekarang tidak lagi. jadual tidur yang tidak teratur dan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti keramaian menyebabkan aku sering lupa untuk menjaga kesihatan diri. aku petik kata-kata suami aku, "now, you're not just a student. you're now a student, a wife and a soon-to-be mom. please take care of your health" (jangan speculate, masa entry ini ditulis, penulis masih berbadan satu ;p). kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi untuk 'membawa orang' (kena tambah berat badan niiiii..). jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri.

kalau dulu... aku suka meng'expose'kan diri, sekarang aku belajar untuk lebih exclusive hanya untuk suami aku. iya lah, yang memberi kebahagiaan kepadaku adalah dia, yang menjaga makan pakaiku adalah dia, yang memberi zuriatku adalah dia (dari Allah tetapi melalui dia) dan yang melayan karenah aku bershopping pun dia (dia lagi. weehee syoknya kawen ;p). jadi wajarlah aku meletakkan suamiku paling atas dari yang lain. ia juga pada masa yang sama mengajar aku untuk lebih menjaga hijabku. 

********************

banyak lagi perkara yang telah aku belajar, tetapi masih terlalu banyak yang perlu aku belajar. kadang-kadang aku juga sendiri lupa dengan apa yang telah aku belajar, tetapi teguran dan nasihat dari suamiku kembali menaikkan semangat untuk terus belajar dengan lebih gigih. motif hidup kita adalah untuk mendapatkan redha Allah. untuk mendapat redha Allah, aku, sebagai wanita perlu mendapatkan redha suami terlebih dahulu. inshaAllah, sama-sama kita berusaha.

selepas berkahwin, aku dapat merasai dengan sendiri ayat yang selalu aku dengar dan baca iaitu "perkahwinan dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan". semoga Allah meredhai usaha kita dan menghadiahkan kita kebahagiaan yang berkekalan. kebahagiaan yang sama ada boleh dirasa atau 'dilihat' (mungkin boleh dilihat dengan perubahan size badan suami kita: rujuk gambar 'hiasan' di bawah. ahaks). indahnya islam.
 :)



*sorry ambil masa yang lama untuk buat entry baru. kasi 'surprise' sikit (konon2)*

  

Dec 3, 2011

Dahan yang kuat

   
"Kenapa ana tengok lately ni status ukhti macam di luar kebiasaan sikit.?", Hana memulakan pertanyaan. Cuba mengorek apa sebenarnya yang bermain di fikiran rakan sekolah menengahnya itu. Hana bagai dapat menghidu, Umairah seperti sedang bertarung dengan sesuatu. Rakan baik lah katakan..

"Di luar kebiasaan macam mana tu Hana.? Tak ada apa-apa lah.", Umairah masih bermain kata-kata.

"Entahlah, ana pun tak tahu tapi ada rasa lain sikit lah, bukan macam biasa. (smiley). Apa-apa pun jaga diri ya.?"

Pada mulanya Umairah jual mahal, mengelak untuk membicarakan pertarungan hatinya. Mengharapkan Hana untuk berusaha mengorek tetapi apabila melihat Hana mengakhiri ayatnya begitu, Umairah tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mengurangkan sedikit beban yang tertanggung di hati. Dia yakin, rakannya itu pasti dapat membantu, seperti kebiasaan.

"Nampak macam ana ada problem ke.?". 

Hana tersenyum, berjaya juga rupanya dia buat-buat tidak endah.

"Takde la nampak macam ada problem pun. Kalau ada problem pun, harap-harap tak seberat mana ujian Dia. Semoga ukhti sabar dan redha dengan semuanya. Ada apa-apa ana boleh tolong.?", Hana bertanya dengan rendah dirinya. Baginya, kalau tidak berjaya selesaikan masalah sekalipun, at least dapat menjadi pendengar.

"Betul.. betul.. Ana takde masalah pun. Hehe..", Umairah mula membuka mulut.

"..just macam kadang-kadang teguran orang tu buat ana down. Sebaliknya ana perlu bangkit, bukan down. Ana tahu tu tapi kadang-kadang susah."

"Selagi usaha kita tu betul, mungkin tak sedap di mata manusia, tapi dekat Tuhan, mungkin itu yang lagi Dia redha. InshaAllah.. You're expecting this kan.?", cubaan Hana untuk menyelami perasaan rakan baiknya itu.

"Ada yang cakap ana share pom pang pom pang tapi diri sendiri pun tak betul, belajar tak habis tapi dah nak tunjuk pandai. Salah ke ana apa yang ana buat ni ukhti.? Ana tahu ana banyak lagi kekurangan diri, tapi ana harap dengan share apa yang perlu tu lah ana dapat belajar perbaiki diri."

Belum sempat Hana menyampuk, Umairah terus menyambung.

"Ana tahu ana jahil sangat, betul-betul belajar konsep sebenar islam pun baru setahun jagung. Memang masih banyak yang ana tak tahu. Ana perlukan teguran yang dapat memotivasikan diri untuk terus thabat. Tetapi kadang-kadang 'nasihat-nasihat' tu buat ana takut untuk berdakwah. Buat ana rasa tak layak..."

"Ana faham apa yang ukhti rasa. Mereka tak tahu apa yang telah kita lalui. Kebanyakan mereka menilai apa yang mereka nampak pada hari ini. Mengharapkan kesempurnaan. Be positive, mereka hanya inginkan yang terbaik untuk kita cuma mungkin mereka lupa untuk bermain kata-kata. Ini adalah proses yang perlu dilalui orang yang sedang 'transform' macam kita. Jangan biar teguran itu berjaya mematahkan semangat kita, sentiasa perbaiki diri. Layak tak layak, tu hak Allah. Yang penting usaha.", Hana cuba mencelah. Memahami apa yang rakannya perkatakan. Sangat memahami, kerana dia juga pernah merasakan yang sama. Dan yang paling penting, yang mententeramkan dia adalah Umairah sendiri. Kelakar tetapi itulah realitinya. 

Hana meyambung lagi, "Ukhti tahu tak, ukhti pernah post something, that gives me a very deep meaning.? Infact, it clarifies everything. Here.."

'Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?'

Cukup dengan ayat itu untuk membuatkan Umairah bersemangat kembali. Ya, ALLAH.

Walaupun Hana cuma mengulang kembali kata-kata yang pernah Umairah kongsi dengannya, itu sudah cukup bermakna buat Umairah. Kita manusia, kekadang kita kuat, kekadang kita lemah. Kekadang kita ingat, kekadang kita lupa.

Sebab itu kita perlukan rakan yang selalu mengingatkan, yang selalu memberi kita semangat dan dorongan. Kita semua masih belajar, masih membentuk diri. Perlukan sokongan yang kuat untuk berpaut, kata-kata semangat menjadi pendorong. Memerlukan rakan yang bagai dahan yang kuat, untuk kita terus tegar berpaut. Bukan dahan yang rapuh..

Ukhuwwah Fillah. PEACE ^^
   
  

Nov 30, 2011

Untuk apa ujian ini..?

   
Setelah terbangun dari lena yang panjang penangan panadol dan musim sejuk di sini, saya merajinkan diri membalas messages dan emails yang sudah lama terperuk di inbox. Email yang bertarikh 15 nov 2011, baru sempat saya buka tadi. Saya tidak mengenali pemilik email, sepertimana beliau tidak mengenali saya. Mungkin email saya beliau dapat dari page blog facebook saya. Beliau memperkenalkan diri. 

"Oh, pangkat kakak", bisik hati saya. 

Email yang separa panjang itu saya baca. Beginilah saya mengreply nya. Saja ingin berkongsi, mungkin juga menjadi panduan untuk mereka yang mengalami dilema yang sama..

**************************************************************************

Salam akak. Maaf saya sangat sibuk kebelakangan ini. Ni baru berkesempatan check email. Maaf buat akak tunggu lama. Berbesar hati akak percayakan saya untuk menceritakan masalah, maaf juga jika saya tidak dapat membantu sepertimana yang akak harapkan. Tapi saya akan cuba sedaya upaya, dengan izin Allah.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang akak hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu.? Sebab Allah tak sayang akak.? Tak.! Sebab Allah sayang akak. Allah nak buat akak lebih kuat. Allah tak uji orang yang Dia tak sayang. Kalau Allah tak sayang akak, Dia akan biarkan je akak, tak hiraukan akak. Dan Allah yakin akak boleh hadapi ujian ni. Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan akak untuk terima ujian ni. Adakah akak akan salahkan Dia..? 

Farah yakin, dengan ujian ni, buat akak lebih dekat dengan Allah kan.? Manusia memang macam tu, macam saya, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat akak lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..

Akak seorang yang kuat.! Saya percaya. Kalau tak, masakan Allah bagi akak ujian macam ni. Dan akak berhak untuk dapat orang yang lebih baik daripada cinta-cinta akak sebelum ni..! Ambil ibrah (pengajaran) dari semua yang dah berlaku tu. Setiap orang ada cerita mereka tersendiri.

Akak dah terima ujian yang kuat sebelum kahwin. Nanti bila dah kahwin, datang ujian-ujian lagi, akak tak heran dah, kacang je nak hadapi sebab akak pernah hadapi ujian yang lebih kuat.

Saya sangat berpegang teguh kepada dua ayat di atas. Panduan hidup saya. InshaAllah. Sangat membantu apabila ujian-ujian saya datang.

Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan
hari-hari kita sentiasa cerah :)

Oh, akak minta doa kan.? Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati.

Akak letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, akak akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan.

Luka memang pedih. Tapi sedalam mana pun luka tu, pasti terubat. Ada parut.? Kan banyak je yang jual ubat parut sekarang. Sorry sarcastic sikit. Tapi yakinlah,

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]

*****************************************************************************
Begitulah saya akhiri email saya. Masih menunggu reply dari kakak itu... Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
















오늘이 지나고 또 언제까지라도 
우리 사랑 영원하길 기도하고 있어요..


  
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...