Sep 21, 2010

Ko nak kahwin eh??

"Fara, ko nak kahwin eh?".
"Awat lak? Tibo-tibo hang tanya camtu?".
"Haha.. Takde.. Ko tiba-tiba berubah. Mesti ko nak kahwin ni.".
"Awat? kena tunggu nak kahwin ke baru nak berubah? Ape daaa..".

      

Terima Kasih TUHAN, masih diberikan umur dan waktu untuk aku lebih mengenali ISLAM

 

"Da start pakai tudung?? Hahahaha.. Kenapa tak tunggu Hari Merdeka je??". Gelak panjang pulak mama ni, ingat nak sayu-sayu ke anak dia nak berubah ni. "Yelaaaa.. Orang cakap betollah. Tapi tudung tak banyak. Ada tudung hitam je. huuu..". "Alhamdulillahhh.. Berkat doa mama siang malam.", ketika itu jelas terpancar di mata mama aku sinar kegembiraan (walaupun time tu tengah Skype nampak kabur-kabur je.hehe..). Ustaz Trimizi ada cakap, berlipat kali gandalah pahala seorang anak yang menggembirakan hati ibu bapanya lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Aku dipilih Allah untuk menjadi salah seorang daripada golongan itu.


******************************

29 August 2010 [19 Ramadhan 1431]

     Harini kena pergi Kursus Intensif Perubatan Islam Level 1 Part 2 (aku memang suka hadiri majlis ilmu sebab bagi aku, dari situlah aku dapat cari kunci untuk buka hati aku yang keras ketong (keras gila dalam loghat Terengganu) ni), so pakai tudung la, hormati majlis orang kata kan. "Lawa jugak aku pakai tudung.", sengih aku perasan sorang-sorang. "Nak terus pakai ke tak eh? Alaa.. Nanti2 la. Aku dah beli clip rambut bunga-bunga tu, subang pun dah beli untuk raya nanti. Kalau pakai tudung takkan nak buang je? Tak hot la nanti raya kat embassy. Pastu seluar2 pendek tu semua. Ada lagi yang baru beli, tak pakai pun lagi. Membazir tu amalan syaitan (fasih pulak cakap pasal agama time ni).", keluh hati hitamku.

     So habis je kursus tu aku dengan Yayok (bukan nama sebenar. haha..) menaiki subway pulang ke Incheon, rumah kami. Memang subway ni jadi transport utama student-student Malaysia di South Korea ni, keadaan aku harini pun sama jela dengan hari-hari yang lain cuma yang berbeza, aku pada harini berhijab. Sebelum ini pernah beberapa kali aku menaiki subway berhijab tapi aku rasa sangat malu sebab Koreans semua akan tengok aku pelik. Astaghfirullah hal azim. Tapi apa yang peliknya harini, aku tak rasa malu malah aku merasa bangga. Bangga kerana hijablah yang dapat membezakan aku, seorang Muslim dengan non-Muslims (dah la mata aku pun sepet macam korean-korean tu semua). Aku rasa lebih direspect orang sekeliling yang memandang, bukan lagi rasa malu. 

     Tapi hati hitamku masih mencari alasan,"Nak pakai tudung ke?? Tapi nanti dah tak leh dah la nak berfashion-fashion. Pastu nanti dah tak boleh dah la nak jadi model macam Kate Moss. Aku ni pun solat tak jaga, baik aku jaga solat dulu pastu baru pakai tudung. Sayang la nak buang baju-baju lama tu. Bla tu bla ni bla bla..". Tapi Alhamdulillah masih ada lagi warna putih dalam hatiku yang berkata, "Fara, tu semua perkara dunia. Perkara dunia semakin dikejar semakin jauh sebaliknya perkara akhirat semakin dikejar semakin dekat. Nak tunggu sampai bila lagi?? Kalau ajal kau malam ni jugak?? Nak mati katak?? Nauzubillah Fara.". 

 

 "But you prefer the worldly life. While the hereafter is better and more enduring"

[87:16~17]

 

     Kunfayakun. Tiba-tiba hati keras ketongku ini sebak (bukan senang beb aku nak touching-touching camni. Hilang macho aku). Aku pejamkan mata, aku tarik nafas panjang-panjang dan hembus. Bersaksikan bulan dan bintang Ramadhan, aku nekad dalam hati untuk mula berhijab dan mendalami Islam dengan lebih mendalam. Aku suarakan hasrat aku pada Yayok, gembiranya rakanku itu sampai hampir menitiskan air mata katanya. Aku sampai di rumahku, terus call mama then, aku cari balik buku-buku agama yang aku bawa before fly dulu (selepas 2 tahun lebih aku membelinya). Aku solat sunat, menitis air mata (lagi sekali hilang macho aku) kesyukuranku kepada Ilahi.. Terima Kasih Allah. Kau Maha Bekuasa.

******************************

 

Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun pertama dimana aku tidak mensia-siakan 10 malam terakhir Ramadhan. Aku tekankan, bukan mudah untuk sesuatu perubahan. You fight to hold on and you fight to let go. And I found that change is not easy. I'm struggling to change everything I did before, the way I enjoyed my life, those clothes, those friends I hang out with and so many more. Sometimes Aku rasa jealous tengok my friends enjoying their life like I used to live before (I know I shouldn't feel that way) but it just came across my mind. And also rasa menyesal, "kenapa aku berubah kearah ini?'". But when those thoughts came, I motivate myself. I should thank God because he chose me, aku tak patut rasa menyesal, I should thank Him !!

 

Now aku rasa lagi dekat dengan Dia and also my family and friends. Aku tahu iman aku masih tidak kuat. Aku sangat takut suatu hari nanti, aku kembali semula kepada lifestyle aku sebelum ini. Aku berharap agar Allah sentiasa bagi aku petunjuk dan hidayah dan kuatkan hati aku hadapi dugaan macam tu. At the same time, aku sendiri kena cari hidayah itu and ubah hidup aku sikit demi sikit. InsyaAllah.. Aku juga perlukan sokongan keluarga dan rakan-rakan kenalan. Alhamdulillah so far, sokongan kenalan-kenalan especially di Facebook lah yang memberi aku kekuatan.

 

Ayuh bersama-sama kita berubah kearah kebaikan jom! ^^

 

53 comments:

  1. tabahkan hati.ujian akan tiba.ujian itu akan menguatkan kita semua.

    ReplyDelete
  2. salam,fara.mmg btul,nak berubah dari satu perkara ke satu perkaara mmg memerlukan kekuatan.nak dapatka kekuatan tu,selalulah berdoa padaNya.doakan senjata kita org Islam?
    fara tak perlu rasa takut,malu dll sbb ingat ramai org sayang fara.
    Allah dah buka hati,so jgn biarkan ia ditutup semula sbb smua perkara2 dunia ni.InsyaAllah fara,sabar dan slalu berdoa agar ditetapkan hati ok?
    i always pray 4 u ^^

    ReplyDelete
  3. panjang gile.. tahniah haha boleh tulis novel ni. wei karipap aku!!!

    ReplyDelete
  4. Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.. =)

    ReplyDelete
  5. u rock babe !!!

    i also wanna cry saw u wearing tudung. ^^

    ReplyDelete
  6. keep going sis...lantak la orang kate ape...yg ke syurga bukan member yg tolong.but ourself...alhamdulillah u change better...Allah x kan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tu sendiri x nak ubahnye..BTW..blog ko best r...haha..slamat ari raye..maaf zahir...

    ReplyDelete
  7. fara..

    good to hear bout the changes you've made..
    god bless you!!:D

    ReplyDelete
  8. fara, terharu bc blog fara, pape pun truskan pjuangan fara k you can do it, Gud Luck n Tke Cre

    ReplyDelete
  9. I'm impressed, saya masih dalam proses mencari. and tetiba tgk anda, rasa inspired, but not just yet. Urhh. Sikit lagi, I need to know more. Tapi, nice one Fara, inspiring. ;)

    ReplyDelete
  10. gembira melihat anda.. x mengapa perlahan2.. Allah sentiasa memberi pertolongan bagi mereka yang mahu menolong diri mereka sendiri.. tulisan dia atas memberi peringatan kepada diri ini.. terima kasih...

    ReplyDelete
  11. -budak comel dari tanah gersang-September 21, 2010 at 2:10 PM

    Insya Allah.. berubah secara beransur-ansur.. i hope that u dont change so drastically by gradually because " Allah suka perbuatan yg kecil tetapi berterusan'.. dont be so rush kerana susah nak mantain.. all da best 2 u.. and remember u are CHOOSEN one to receive this hidayah!! appreciate it! luv u as sister!

    ReplyDelete
  12. menangis kut bca post ni..go2 fara..alhamdulillah bukan senang tuk dipilih Allah tuk berubah n istiqamah..yang penting,hati kita ikhlas dan byakkan amalan2 yang boleh dekatkan dri dgn ALlah..Allah dah tjukkan betapa sayangnya dia kat fara,jgn sia2kan ksih sayng Allah^^

    ReplyDelete
  13. kte mengejar pandangan Allah, bkan nye pandangan manusia.

    ReplyDelete
  14. good job gurl....istiqamah k..

    ReplyDelete
  15. yea, fara dh ada blog..
    update selalu tau..
    and nnt make ur blog look more happening just like ur personality ;)

    ReplyDelete
  16. may Allah bless what u are doing sis :)

    ReplyDelete
  17. seronok sgt baca. rs untungnya fara dpt hidayah Allah. pesanan sy, istiqamahlah wpun ssh macam mana pun.. sbb ganjarannya lumayan.. nothing comes for free, jd msti ada cabarannya. dan ble teringt je kenangan silam, rs mcm nk back to old lifestyle, ingtlah pendek sgt umur kte kat dunia ni..carilah bekalan sebyk mungkin. sy doakan fara dr jauh. insyaAllah, moga Allah sentiasa lindungi fara :) 힘내!

    ReplyDelete
  18. mmg terbaek a fara! alhamdulillah..

    ReplyDelete
  19. wa support lu...ingtlah..bukan sng nak dapat hidayah dari Allah..Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  20. As salam...
    Alhamdulillah...
    teruskan.. moga istiqamah dalam kehidupan...
    Kuatkan semangat...
    Biar senang di dunia, bahagia dia akhirat. Amin ya Rabb...

    ReplyDelete
  21. "Ya Allah…jgn dipalingkan hati ini…setelah Kau berikan hidayahMu kpda ku…bantulah hmbaMu ini…dlm mdidik hatiku…amin"

    :)

    ReplyDelete
  22. u have us, kak fara~
    i also cried read this post..

    ReplyDelete
  23. be strong..u can do it!!!

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah...first time aku bc blog yg criter psl prubhn diri,bagus2..perubahn yg cmni harus dikongsi. InsyaAllah truskan dan kekalkan usaha amal tu. Amin.

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah...tahniah! jgn lepaskan peluang yg Allah bg ni..akak adalah org yg terpilih.. yakinlah, Allah akan sentiasa ada sebagai pendengar dan pemerhati yg setia.. cayok2!! aja2 fighting! mesti syaitan nangis bila baca blog ni.. =)

    ReplyDelete
  26. Glad to read this entri. Peliharalah ia..will always pray for u insyaAllah

    ReplyDelete
  27. the man who want to change on 12th, died on 11th <<---harap2 kita semua x jd mcm ni..nauzibillah

    terus tabahkan dri farah..Allah bersama2 org yg sabar...
    :)

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah..syukur..

    ReplyDelete
  29. Salam dear...
    Alhamdulillah... sungguhpun agak terlambat tp akak sangat2 terharu baca artikel ni... kak yasmin jarang on fb tau... arini nampak farah punya profile pic, berhijab... tertanya2 pada diri "eh, farah mmg dah berhijab ke?", lately kakmin mmg rajin sket add adik2 kat korea... so tadi terus kak min add farah...dan lepas tgk fb farah n bc blog fara(especially this post) baru akak tau kisahnya... akak sgt2 terharu... menitis air mata tanda gembira dan mencemburui farah jugak... tak smua orang dapat HIDAYAH besar mcm ni... istiqamah dan terus kan lagi pencarian ye... ALLAH menyayangi smua hamba2Nya tapi tak ramai yg sedar... dan percayalah, DIA terlalu menyintaimu dik... terima kasih jugak sbb dah buatkan akak mula tertanya2 pada diri semula di mana letakkan akak sekarang ni? LOVE YOU DEAR... tahniah dan syabas...

    ReplyDelete
  30. farah,main alat muzik bertali tu salah dari segi agama n also suara tu pun aurat..sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzik bertali salah di sisi agama? yg aku tau, selagi tidak melalaikan, tidak melambatkan solat, perkara tu xsalah...ISLAM xmelarang umatnya utk berhibur selagi ianya tidak melalaikan...klu suara tu aurat....mmg betul

      Delete
  31. da lama tunggu nak tahu titik perubahan dalam idop awak..
    alhamdulillah~
    nice..and kekal kan..
    =)

    ReplyDelete
  32. Salam farah, seronok baca,sy share dgn kawan2 perempuan saya ye ;p .. and Anonymous 13May, tak salah jika untuk diri sendiri,hiburan diri dan, tujuan kebaikan,spt dakwah dsbg, ramai ulama' yg mengatakan hukumya harus,..wallahualam... janji ianya tidak melunakkan suara yg boleh menaikan syahwat,lalai menginati Allah, atau btujuan ke arah maksiat..haram hukumnya, wallahualam.. boleh cari sendiri dan tanya kpd ustaz yg pakar.. salam

    ReplyDelete
  33. tahniah kak farah.. semoga sentiasa istiqamah..insyaAllah.. :) Allah tlg kalau kite berniat baik.. kak farah jjang! ^_^

    ReplyDelete
  34. Tersentuh hati baca entri ni...saya doakan semoga farahin sentiasa berada dalam payungan rahmat serta perlindungan Allah. InshaAllah :)

    ReplyDelete
  35. saya gembira baca entri ini...semoga perubahan anda akan berkekalan dan semoga anda mendapat hidayah dari allah.amin.....

    ReplyDelete
  36. Syahidatul Ainn:
    Alhamdulillah...semoga apa yang kak farah buat ni menjadi ikutan remaja sekarang..menitis air mata bila baca "But when those thoughts came, I motivate myself. I should thank God because he chose me, aku tak patut rasa menyesal, I should thank Him !!" thanks 4 those motivated word...<3 akak..!

    ReplyDelete
  37. kamu menjadi inspirasi saya...bukan senang nk tinggal kn apa yng kite do before..baju2, seluar pendek, & mcm2 lagi la...but itu sume dunia...yng kekal hanya di akhirat...pray for me supaya kuat iman ini utk terus berubah

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah.. kak fara tlh terpilih oleh Allah utk diberi hidayah-Nya.. semoga kak fara istiqamah dlm mjd muslimah y terbaik di sisi Allah + sokongan + bimbingan suami n keluarga.. =))

    ReplyDelete
  39. hi fara...this story,same cm mine....i da byk kali terpk tok berhijab...tp byk tol halangan....lg plak bile berhijap,my fiancee nak i btl2 berhijab...fully cover H2T(head2toe).....

    tp pk mcm2...xde bju yg sesuai,nak beli baju2 suar2 tudung baru yg sopan2 nk pk duit lg...lg plak ngh praktikal kan...so fulus tu sipi2 je.....


    doakan saye ye.....rindu nk bertudung...cume ati msih ade ragu2... :)

    ReplyDelete
  40. As salam .. Allah ..bla bc entry ni ...Keadaan kite cm same la ..Alhamdulilah ..Allah Beri hidayah Pada kite .. Sy pun bru hijrah taun lps ..Dlu sy free hair ... skrg sy da stat bertudung ..cm awk jgk ... sdg mendalami ilmu agama jgk ..Hebat Allah ... T.T ,,Smga Allah tetapkan hati kita spy istiqamAH ..dan d bwh lindugannya ..Aamiin ..

    ReplyDelete
  41. Assalam akak, minta copy beautiful word ni ye :) shukran.

    ReplyDelete
  42. maksud yer, akak pon berhijrah? thniah...sy juga dalam proses hijrah dalaman n luaran...doakan saya.

    ReplyDelete
  43. wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah,.. yang akan mmbahagiakn syurga, di dlm rumah tngga,. hope kak farah bahagia ngan abg ally smpai akhir hayat, insyaAllah.. sy suka sgt baca blog akk.. really motivate me :)

    ReplyDelete
  44. Menangis bace :') Keep it up Sis! Bukan senang jadi pilihan Allah, kan?^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...