Aug 17, 2011

Tahajjud Cinta. part1

  
Lagi beberapa hari, dengan izinNya, kaki ini akan melangkah ke Baitullah tanah suci. Tak terucap kiranya perasaanku. Sebenarnya aku sedikit gugup. Layakkah aku menjadi tetamuNya..?

Terngiang kembali kata seorang akhwat,
"Kenapa cepat sangat.?"

Aku tersenyum. Yelah kan, kenapa cepat sangat..?

Memang keputusanku ke sana agak mengejut. Pada mulanya aku merancang untuk berpuasa di negara Timur Tengah tetapi tiba-tiba fikiranku, alang-alang ke belah sana, baik terus aku tunaikan umrah. Sementara diberi kelapangan umur dan waktu. Dapat juga aku merasa pengalaman berbuka dan tarawih di Masjidil Haram serta menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Tambahan, aku masih belum bekerja, tak perlu aku fikirkan cuti yang perlu dipohon. Aku masih belum berumah tangga untuk memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul.

"Umrah yang dilaksanakan di bulan Ramadhan pahalanya seperti melaksanakan haji bersamaku."
[HR ANAS]

Tak aku nafikan, agak sibuk aku mencari teman sana sini supaya dapat ke sana bersama-sama. Yelah kan, banyak jugak kisah tak elok aku dengar pernah berlaku kat sana sampai seorang kenalan aku tak jadi ikut aku kerana kuatir keselamatan diri. Aku pula, masih dengan sikapku nekad untuk ke sana. Pergi bersama keluarga.? Aku bukan dari keluarga berada. Bagiku, yang menjadi pelindungku bukan teman di sisi tetapi Yang Maha Pelindung. Mungkin tiada kenalan untuk ke sana, tetapi aku yakin, aku bukan berseorangan, ada Allah bersama-samaku.

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka. Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, 
"Jangan takut, ALLAH bersama kita."

Tidak pernah aku sangka, begitu Dia permudahkan jalanku ke sana. Alhamdulillah, Yang Maha Pemurah. Rezeki aku dicukupkanNya. Setiap bulan aku baiki buku kira-kira untuk mencukupkan keperluan belanja. Seorang kenalan di Facebook pula telah ikhlas hati untuk menjadi orang tengah antara aku dan agensi umrah sementara aku masih di Korea kerana kekangan untuk berhubung. Papa dan mamaku jugak memberi kepercayaan untuk melepaskan aku ke sana seorang diri walau pada mulanya mereka agak bimbang. MashaAllah, sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jalanku dibuka mudah.

Kenalan di luar sana,
lebih-lebih lagi yang 'still single',
lebih-lebih lagi yang masih belajar,
lebih-lebih lagi yang belajar di luar negara,

..ayuh gunakan masa ini untuk menjejakkan kaki ke tanah di mana terdapatnya tapak-tapak kaki para pejuang islam.! Kenapa.?

Kerana,
sementara kita masih bebas dari tanggungjawab rumah tangga,
sementara kita masih punyai 'gaji' tanpa perlu bekerja,
sementara kita masih belum masuk alam pekerjaan, 
sementara kita masih gagah fizikal dan mental,
sementara kita masih punyai cuti yang lama.

Sungguh, telah Allah permudahkan jalan kita ke sana, tinggal kita yang mengiakannya.


[Dikarang beberapa hari sebelum keberangkatan ke Madinah al-Munawarah]



 
Sebelum berangkat ^^


Jabal Rahmah ; balik umrah seminggu bertemu jodoh ;)

Iftar di perkarangan Masjidil Haram


Suasana Kaabah selepas Tarawih

     


  

38 comments:

  1. Allah permudahkan segala jalan menuju kepada taqwa, malah mereka yang bertaqwa memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka. "... Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya...." Al-Quran Surah At-Talaq ayat 2-3 (65:2)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....bestnye dh pi Tanah Suci..allahamdulillah..doakan sye dpt gi sne jgk..

    ReplyDelete
  3. Salam Farah..1st time baca blog farah...Alhamdulillah...Allah mudahkan urusan Farah...bestnya...nice to know you.. =)

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan...suka dgn penulisan dlm blog nie..:)

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan buat farah...Sy tertarik dengan isi kandungan blog farah..banyak pengetahuan bagi sy yg masih mempelajari..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum farah..tanx sgt2 diatas semua perkongsian yg bermanfaat ni..harap anti terus berkarya..jazakallahu khairan kathira.. :)

    ReplyDelete
  7. teringin juga kesana..tp masih blom mampu dr segi kewangannya. Insyaallah satu hari nnt

    ReplyDelete
  8. Baitullah memang sentiasa dirindu...harap2 dipermudahkan lagi untuk menjadi tetamuNYA sekali lagi

    ReplyDelete
  9. salam dik...

    alhamdulillah...akak penah ke sana ...ramadhan 2004, umoq pun lom msk 30th masa tuuu...p pun tanpa kuarga...tanpa perancangan awal tp ALLAH bg rezeki dan dipermudahkan...macam tak caya...masih rindu ^___^

    ReplyDelete
  10. insyallah ada rezeki saya pun teringin nk pergi........moga dipermudahkn perjalanan sya ya....

    ReplyDelete
  11. kak farah...
    sy suka baca semua blog kak farah
    keteguhan,kesungguhan,keberanian kerana bertunjangkan nama ALLAH membuatkan kita menjadi semakin kuat...
    Insyaallah segalanya dipermudahkan oleh-Nya~~~

    ReplyDelete
  12. bercita2 jugak hendak berpuasa di sana...Insyaallah satu hari nnt...

    ReplyDelete
  13. Farah..hati2 bila bercerita...takut riak datang menyapa.

    ReplyDelete
  14. farah..jom dtg mesir~!rasa puasa kt sini:)

    ReplyDelete
  15. Tipulah kalau semua umat islam kata tak nak pergi Mekah..Mudah2ah kita semua dapat jejak ke sana walau sekali..amin

    ReplyDelete
  16. terima kasih untuk entry yg brmanfaat ni....bnyk mmberi sya motivasi..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt... sister...sekaran "single mingle" dah tak boleh pergi lah...
    tapi alhamdulillah... mujur dah lepas semua tuntutan haji dan umrah...
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  18. Tahajud Cinta | Tanyalah Ustazah
    Oleh: Ustazah Nourul Iman Niamat

    InsyaAllah Bermanfaat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...