Oct 4, 2010

Sehidup semati

"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik,
tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

     Ayat ni lah yang menjadi topik perbualan aku dan seorang rakan seperjuangan dunia akhirat aku semalam. Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Yela.. Umur baru 21 tahun. Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia (ceewahh..).

     Bagi si adam, tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. Anda diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. Jadi, bermula dari usia muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda. Baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. Buruk bimbingan anda... (fikir-fikir la sendiri).

     Bagi si hawa pula, anda juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda (uik, terasa pulak. ngee..)

     Tempoh perkenalan yang lama diantara si dara dan si teruna juga bukanlah perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh 'berkenal-kenalan' yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya "Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak". Dalam masa berkenal-kenal mesti la kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita, Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki. Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr). Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak. Dulu cakap nak tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la. Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan).

      Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika 'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur).


********************

"Mama.. Rasa nak kahwin la", aku menggedik.
"Hamboi!! Gatalnya.. Calon dah ada ke?".
"Hee.. Tgh cari la ni. Susah la mama. Duk kat korea ni, jauh dari family. Pastu rasa macam nak ada orang bimbing je takut jadi macam dulu balik".
"Eleh, gatal tu gatal jugak (mama memang sangat memahami. chaitt). Tapi kalau betul nak cari suami, cari la yang boleh bimbing. Yang boleh sama-sama naik motor (awat ntah motor jadi pilihan mama) pergi solat jemaah kat masjid. Yang boleh ajar awak mengaji. Pastu nanti kalau awak dah meninggal, dia boleh pergi kubur mengaji untuk awak macam Pakcik Yunus (bukan nama sebenar) tu", mama bagi nasihat sebagai orang yang sudah banyak berpengalaman.

   Pakcik Yunus tu aku kenal la. Lorong rumah aku lak setentang dengan tanah perkuburan Islam (seram sejuk jugak balik lewat malam-malam). Dulu pagi-pagi time nak pergi sekolah selalu lah nampak kereta Pakcik Yunus ni parking depan pagar tanah perkuburan tu, pastu nampak la kelibat beliau di depan kubur arwah isterinya. Mama cakap Pakcik Yunus ni lepas solat jemaah subuh kat masjid, terus pergi kubur arwah isterinya untuk mengaji dan bersihkan kubur sebagai janji mereka untuk sehidup semati. Last winter time aku balik bercuti pun Pakcik Yunus still meneruskan rutin harian beliau.

"Inilah maksud sehidup semati rupanya", hati aku berdetik memahami. 

     Sehidup semati bukan nya macam kau punya pasangan mati, pastu kau pun bunuh diri nak mati bersama sebab kan dah janji dulu masa kemaruk bercinta dulu-dulu nak sehidup semati. Tunaikan janji punya pasal. Sehidup ni bagi aku berjanji untuk hidup bersama bagi tujuan untuk meneruskan dakwah Islam. bersama-sama memperdalamkan hal agama, saling bimbing-membimbing dan memperoleh zuriat yang halal. Manakala semati pula bermakna sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan yang telah meninggal dunia baik si isteri mahupun si suami supaya masih segar di akal fikiran kita tentang kewujudan pasangan kita ini seolah-olah dia masih hidup bersama kita. Bukan melupakan atau meratapi pemergiannya.

"Bestkan mama arwah Mak Esah (bukan nama sebenar) dapat suami macam tu? I pun nak cari calon macam tu la. Boleh jadi imam untuk I setiap hari. Pastu nanti I dah mati, dia tak sibuk cari pengganti. Oh, indahnya duniaaa..".
"Dunia je, akhirat??", hoinggg.. Kena libas ngn mama.
"Ye.. Ye.. Lagi sekali. Oh, indahnya dunia akhiratttt.. Hehe..".

********************

"Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang."
[30:21]

26 comments:

  1. nice post cik fara =)
    semoga istiqamah..
    insyaAllah, bile sampai seru..Allah will send Mr. Perfect (the one yg blh bimbing u soon)..
    usaha, doa dan tawakkal ok?^^

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Segala puji dan syukur kepada Allah atas petunjuk dan hidayah yang telah diberikan, atas nikmat Islam dan pelbagai lagi nikmat yang tidak terhitung banyaknya.

    Sekadar berkongsi; antara nikmat terbesar bekerluarga adalah ketika kita (suami) berjaya membawa isteri sujud bersama-sama. Percayalah perasaan itu hanya Allah sahaja yang mengetahui.

    Semoga penulis mendapat suami yang baik, dan terus dilimpahkan rahmat, berkat, serta mendapat petunjuk.

    Yang baik dari dtgnya dari Allah, yang buruk adalah silap saya sendiri.

    ReplyDelete
  3. salam,wow.nice articles..jarang ni dngr perempuan nk kawin cepat biar dpt tutp perkara2 yg xsepatutnye...best tull..huhu..
    anyway,gd luck..
    pali ss spm 2005

    ReplyDelete
  4. slm..skadar bkongsi pndpt n pndngan..^^
    umur nie bkn ssuatu ukuran persediaan utk ke alam pkahwinan..kalo nak ckap ready?..smpai bile2 msia nie xkan ready..yg pling pntg adalah sntiasa cri ilmu..kalo da umur 30 pn xsemestinya ilmu d dada da ckup..bile hati da terdetik nga seruan perkahwinan,mulakanlah langkah..cari ilmu sedalam2..last,dalam mencri psangan, tyalah diri sndri..adakah diri kita nie da cukup sempurna n terbaek utk pasangan??
    all da best to u..wsalam..^^

    ReplyDelete
  5. kagum dgn PC Yunus. PC Yunus ftw!!!

    ReplyDelete
  6. hurm...aku cemburu orang dapat hidayah ni.

    ps: nice post, biasalah tu...yg penting jd realistik dlm semua perkara.

    ReplyDelete
  7. doalah untuk menjadi yang terbaik...moga Allah pertemukan dengan yang terbaik dengan kita...

    dan doalah untuk mendapat hidayahNya kerana ianya tidak datang bergolek tapi harus dicari dan diburu^^,

    ReplyDelete
  8. oh. idk why, tp i menanges tatkala membace article ini. oh.indah hidop dunia n akhirat,dpat suami yg selalu membimbing kita ke jalan-Nya..

    ReplyDelete
  9. nice article farah. i love this. samasama kita mencari lelaki yang boleh membimbing kita di dunia dan akhirat. amin :)

    ikharazali <3

    ReplyDelete
  10. i like this...nice artical..hopefully bkal suami kita nanti dpt mnjadi suami d dunia & akhirat...amin<^_^>

    ReplyDelete
  11. farah, kak ez copy quote eh!

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah.. banyak yang bg pandangan.
    pastu ramai ye yang excited kalau cakap pasal kawen2 ni kan!!! hehe..
    siapa2 yang nak share tu silakan, usah segan silu :)

    ReplyDelete
  13. wau akak...sedap ja jalan cerita akak...hebat ni...gd luck utk next entry...jannah follow yeee...hehe..

    ReplyDelete
  14. eee. kalau pasal kawen-kawen ni cepat je kan.? haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah..btul tu kak kalau pasal kahwin semangat terus.he3x.all the best kak farah..moga di kurniakan zuriat yg soleh n solehah..amin..

      Delete
  15. eh best blog kau.berpikir sejenak aku tatkala habis membace sume entry..muhasabah skejap..keep it up

    ReplyDelete
  16. salam...Kak Farah,sy suke bce kisah nie....heee...sme mcm sy,nk cri seorang pembimbing.....mintak share ye kak Farah....

    ReplyDelete
  17. semoga berbahagia dunia akhirat bersama Mr perfect Ally iskandar :p

    ReplyDelete
  18. share ths statement bleh x farra?? :)

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Salam, ukhti :) Subhanallah, moga Allah terus kekalkan rahmat hidayah...teruskan berkarya untuk Islam,kak :) ^^

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. salam kak farah..nama kita sama la..hehe
    farah bru je 22 tahun..stju sgt ngan article akak ni..farah pon doa moga kawen awal jgk..bukan gatal,tpi nk jaga hati takut terjatuh dlm gaung nafsu nanti...apa-apa pun..all da best k farah ea..salam 1 akhirat..:)

    ReplyDelete
  23. SALAM KAK farah. kita pun asa nak kwen awal. tapi DIA stdy lagi.. hmm so kita kna tggu dia hihi. ma dia cakap kalau nak jugak, nikah gntung dulu.. still dalam pbincangan ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...