Salam Ramadan. Harap masih ramai yang kenal saya ni. Hikhik.. Maap ler lama sikit cuti menaip ^^
Straight to the point, datang Ramadan makanya dapatlah lagi kita lihat beberapa sindrom yang OMG yang selalu berlaku semasa tarawih di masjid, surau atau musolla baik di Malaysia, di Korea, di Mekah, di Madinah mahupun di Malaysia, di Korea, di Mekah, di Madinah. Hehe ulang sama je sebab pernah terawih dekat empat negara ni je setakat ni. Negara lain mungkin sama, mungkin tidak.
Actually masa solat fardhu lain pun sindrom ni ada cuma mungkin jemaah masa tu tak ramai jadi susah sikit untuk perasan. Ia bukanlah sindrom yang kronik, jika ramai yang sudi melupakan kepentingan diri dan rela memudahkan urusan orang lain, inshaAllah boleh diatasi dengan mudah. Calon-calonnya adalah..
PERTAMA. Sindrom 'My territory. Park at your own risk.'
Haaa, pernah jumpa sindrom ni.? Datang masjid, bawa sejadah sendiri, hampar. Pilih kedudukan berhampiran kipas atau di sebelah tiang atau pintu supaya mudah keluar. Bila imam seru untuk betulkan saf, golongan yang ada sindrom ni dengan yakin engggan berganjak dari 'territory' mereka itu. Tidak kira saf depan masih kosong atau safnya sendiri tidak rapat, mereka masih tegar di situ. Bila jemaah sekeliling bagi isyarat kepada mereka supaya sempurnakan saf, buat-buat tak pandang atau terus mula solat atau pandang dan suruh jemaah lain yang sempurnakan. Familar kan.?
Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat)." [HR Abu Daud]
Kita hanya perlu menggunakan kurang 50 kalori tenaga untuk melangkah ke tepi mahupun bergerak ke hadapan untuk penuhkan saf yang 'rongak', tetapi subhanAllah, langkah itu adalah langkah yang sangat dicintai Allah. Nampak kecil pada mata, tapi usahanya besar di sisiNya. Manakan tidak, kurang sempurna solat kita jika saf jemaahnya kurang sempurna. MashaAllah, hanya dengan berganjak beberapa langkah, kita telah berjaya sempurnakan solat jemaah-jemaah lain juga. Tak sempat berpeluh pun kan.? Nak Allah sayang tak.? Lepas ni, pakat berebut peluang untuk rapat-rapatkan saf ya kenalanku.! Jangan tolak orang lain sudah.
Oh, kadang-kadang kita dah rapat-rapat tapi masih ada jemaah yang kurang peka tentang ini. Ingat, jika kita terus solat tanpa cakna dengan saf kita yang tidak sempurna itu, solat kita juga dua kali lima jadinya. Jangan kita lepas tangan pula. Mainkan sedikit peranan. Mungkin kita boleh mengajak mereka dengan lembut dengan berkata, "Boleh penuhkan saf.? Besar pahala kamu kerana tolong sempurnakan solat jemaah lain.". Senang kan.? Kalau tak dengar jugak, starlight je dahi dia. Haaa.
KEDUA. Sindrom 'Awas! Saf bengkang bengkok di hadapan.'
Haaa, sindrom ni lagi banyak boleh nampak kan.? (Maap ler terover pula bengkang bengkok gambar hiasan ni ha). Tapi sindrom ni memang agak kronik. Boleh kata hampir semua saf macam ni. Tak ramai yang peka dengan seruan kepentingan meluruskan saf ketika solat. Sangat penting.
Dari sahabat Nu'man bin Basyir ra: Dulu Rasulullah meluruskan saf kami sehingga seakan beliau meluruskan anak panah, sampai beliau menganggap kami telah memahaminya. Beliau pernah keluar pada suatu hari, lalu beliau berdiri sampai beliau hampir bertakbir, maka tiba-tiba beliau melihat seseorang yang membusungkan dadanya dari saf. Maka beliau bersabda, "Wahai para hamba Allah, kalian akan benar-benar akan meluruskan saf kalian atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian berselisih." [HR Muslim]
Jika dikenang zaman Rasulullah dahulu, tentera islam pada zaman itu sangat berdisiplin. Apa rahsianya.? Salah satunya adalah kerana disiplinnya mereka dalam meluruskan saf. Masih tidak nampak apa relevannya.? Ok cuba tengok barisan kawat dalam tentera. Barisannya lurus macam diukur dengan pembaris baq hang.! Kita tengok pun kagum kan.? Nampak disiplin, tersusun dan teratur. Untuk rekod, Rasulullah adalah pengasas as-saf, sistem barisan dalam perang. Jadi, disiplinnya kita dalam meluruskan saf dapat membantu kita untuk disiplin dalam kehidupan seharian juga.
Bagi saya, melurus dan merapatkan saf mampu menyatukan hati umat islam. Mana tak nya, bahu I bersentuhan dengan bahu you, kaki I bersentuhan dengan kaki you. Loving kan bunyinya.? Secara tak langsung ia dapat menimbulkan rasa rendah diri dalam diri, tak kira kita kaya atau miskin, cantik atau hodoh (cantik itu subjektif ok hoho), busuk atau wangi, semua duduk rapat-rapat, erat-erat menandakan yang kita ni sama manusia di sisi Allah. Gittew..
KETIGA. Sindrom 'Give way, I'm praying.'
Haaa, sindrom ni dapat dilihat di masjid yang anjurkan solat tarawih 20 rakaat dan agak sesak dengan jemaah. Sebilangan besar memilih untuk bertarawih 8 rakaat sahaja. Bagi yang memilih untuk solat sunat witir di sana, mereka akan mencari ruang-ruang untuk lakukannya sebelum pulang. Tetapi, ada sesetengah mereka ini kurang bijak dalam pemilihan tempat untuk bersolat witir. Mereka memilih untuk terus solat di kedudukan solat tarawih mereka walaupun tempat itu berhampiran jalan keluar jemaah-jemaah lain yang memilih untuk tidak berwitir. Ada juga yang bersolat di bahagian belakang ruang solat kerana tidak mahu bercampur dengan jemaah yang bertarawih 20 rakaat tanpa sedar mereka menyebabkan jemaah lain terpaksa lalu di hadapan mereka untuk ke pintu keluar. So selfishy fishy right.? Bukankah kita disarankan Allah supaya memudahkan urusan orang lain.?
Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." [HR Muslim]
Hambik kau.! Dapat ganjaran dunia akhirat sekali. 2 in 1. Actually I just do not know what to comment on this matter. Macam... benda ni basic kan.? Semua orang boleh fikir tempat-tempat begitu sangat tidak sesuai untuk solat, terutama pada 'peak hour' macam tu. Saya yakin mereka juga sedia maklum yang tempat itu kurang sesuai, cuma mungkin mereka terlupa untuk fikir tentang kebajikan jemaah-jemaah lain sekali. Susah kita sikit tidak apa, asal memudahkan ramai saudara lain. Macam saya cakap tadi, tak sampai 50 kalori pun tenaga yang perlu diguna untuk kita cari tempat yang lebih sesuai :) (panjang juga komen rupanya)
Ok, dah habis dah makcik membebel. Kepada mereka yang menghadapi sindrom ini, mungkin boleh pertimbangkan concern saya ini. Pada yang menjadi mangsa sindrom ini, mungkin boleh sebarkannya kepada orang ramai supaya kita dapat kawal sindrom ini dari melular. Semoga Ramadan ini menjadi titik tolak perubahan kita, dan semoga perubahan kita menjadi magnet kepada orang sekeliling untuk menarik mereka berubah juga.
*gambar hiasan di atas menggunakan jemaah muslimat bukan kerana saya anti lelaki tetapi kerana senang nak lukis sebab tak perlu lukis tangan dan kaki. Hehe.. Jadi untuk fair and square, saya sertakan gambar jemaah mulimin yang saya google di bawah ini. Kekeke kbai.!