Usai solat Maghrib petang itu, Ara memandang langsir tingkapnya. Ingin dia pandang ke luar jendela seperti ayat-ayat yang sering dibacanya di dalam novel-novel tetapi apakan daya, lepas maghrib mak pesan kena tutup tingkap, takut jin masuk rumah. Jadi dia hanya mampu memandang langsir jendela sahaja. Dia mengangkat badan gempalnya dari sejadah. Dipicit-picit lengan dan belakang badannya. Entah kenapa, sejak hampir setahun yang lalu, badan Ara sering sakit-sakit seperti ada sahaja makhluk yang tidak menyenangi transformasi dirinya.
Laptop usang di atas katil dihidupkan.
[Offline Message]
Nadia cun : Buzz! Salam Ara. Selamat Hari Raya Korban.
Tiba-tiba air suam-suam kuku mengalir di pipinya.
"Eh, atap rumah aku bocor ke?", detik hati kecil Ara kehairanan.
Rupanya dia tidak sedar yang titisan air suam-suam kuku itu adalah air matanya. Sebak saat dia terbaca perkataan 'korban' itu. Mungkin sebak terkenangkan nasib lembu dan kambing yang bakal disembelih besok hari untuk dibuat korban. Tetapi itu bukan perkara utama yang dikenangkannya. Ara sebak kerana pada tahun inilah pertama kalinya dia mengerti erti pengorbanan. Sudah hampir setahun dia membuat transformasi, transformasi kearah hidup yang dicari selama 27 tahun hidupnya di bumi Allah ini. Sebelum ini dia ada menyertai usrah dan banyak menghadiri majlis keagamaan. Tetapi dia masih belum ready untuk membuat pengorbanan. Pengorbanan meninggalkan kesenangan dunia.
"Terima kasih Allah kerana memilih aku sebagai penerima hidayahMu".
Air matanya semakin mengalir laju seakan air terjun di Taman Pertanian Sekayu, Terengganu. Transformasi yang dilakukan Ara yang pada awalnya hanya sekadar kecil-kecilan tidak disangka membawa impak yang besar dalam hidupnya kini.
"Adakah aku sudah betul-betul ready untuk korbankan lembu, eh silap, korbankan kenikmatan hidup aku yang serba nikmat sekarang ini? Mungkin masih terlalu awal?".
Inilah soalan yang sering berlegar di benaknya yang tidak begitu pandai menjawab soalan (terbukti dengan keputusan SRPnya). Walaupun transformasi Ara sudah hampir setahun tetapi dia masih merangkak untuk bangun, bertatih, berjalan dan berlari di jalan Islam.
"Alhamdulillah Ara, semoga istiqamah".
Kata-kata yang sering dia dapat dari kenalan-kenalan diawal transformasinya. Ara tidak cantik dan berbadan gempal tetapi sifatnya yang friendly menarik ramai orang untuk mendekatinya yang kekadang membuat dia perasan cantik seorang diri. Support dari kenalannya banyak membantu dia untuk terus istiqamah sehingga ke hari ini.
Tetapi, kekadang dirasakan sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan pengorbanan hidupnya. Ara berasa letih, letih berperang dengan nafsu yang mengajak dia kembali kepada jalan hidupnya yang penuh nikmat dulu, letih membutakan mata hatinya dihadapan kelazatan dunia. Ara kini bukan seperti Ara yang dulu. Setiap hari dia berkorban. Dia mengorbankan waktu tidurnya untuk bermunajat di malam hari. Dia mengorbankan hartanya untuk bersedekah ke jalan Allah. Dia mengorbankan tenaganya untuk keluar berdakwah kepada kenalan rapat. Dia mengorbankan hatinya supaya tidak tersungkur dalam cinta nafsu kepada jejaka idaman.
Tiba-tiba, sedang air matanya deras mengalir, mulutnya tersenyum lebar tetapi dicover menjadi senyum dalam hati kerana kuatir dianggap gila jika dilihat rakan sebiliknya. Ara memberitahu saya (boleh pulak macam ni? hehe) dia senyum kerana dia tahu, pengorbanannya itu bukan sia-sia. Pengorbanan itu disaksikan Illahi. Dia tidak kisah jika pengorbanannya tidak dibalas oleh manusia kerana dia yakin dengan janji Allah yang menyediakan Syurga Firdausi untuk hambaNya yang sabar. Itulah yang dicarinya selama 27 tahun hidupnya ini, 'Pengorbanan ke jalanMu, Ya Rabbi'.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
[ 9:111 ]
gogo...faraa..
ReplyDeletetengah feeling2 pon bleh gelak bc citer nih...
ReplyDeletenaiseee
cite ko lg mantap kot napi.. haha.. tq2
ReplyDeletetry this blog- wwww.salafus-sholih.blogspot.com
ReplyDeletenice:)