"Buku apa ko baca tu Peah.?", tanya Britney semasa aku landing di atas katilnya.
"Ni ha, buku Berdialog Dengan Jin, Diari Seorang Perawat. Ustaz Abdul Majid Hassan yang tulis".
"Ko ni tak habis-habis dengan 'abang' jin ko tuh. Eeeii takut laa".
"Haha nak buat macam mana aku terminat lak dengan 'abang' ni. Lagipun buat apa nak takut, lagi takut kalau tak tahu pasal makhluk halus ni kan. At least kita ada la idea macam mana nak handle kalau 'abang' jin ni pulak yang terminat ngan kita kan.? Hee..", aku berseloroh, sengaja, ingin menanam minat kawan-kawan aku berkenaan alam ghaib.
"Ish ko nih, mintak jauh la.. By the way, jin ni semua jahat kan.? Sebab aku selalu dengar orang cakap, ada hadith sebut, sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Apa pandangan saudari.? Eh terbaku pulak ayat aku".
"Haa.. See, sebab tu la aku cakap kita kena tahu pasal makhluk halus ni. Tak pasal-pasal ko dah menjahatkan peribadi baik sesetengah 'abang' aku ni. Kesian tau.! Ni dalam buku ni awal-awal lagi Ustaz dah sentuh pasal hal tu. Maybe sebab sekarang makin ramai orang terpegang and terpecaya dengan kata-kata tu kot. Meh aku baca sikit-sikit apa yang Ustaz tulis kat sini".
"Bagus, bagus. Ce bace, ce bace. Haha..".
"Ustaz cakap, 'Menjadi salah satu syarat perawat khususnya dalam kes jin untuk mengetahui perkara-perkara berkaitan dengannya. Ini samalah dalam peperangan, seorang panglima tentera yang bijak mesti mengetahui siapa lawannya. Hanya panglima yang bodoh (maaf) berperang tanpa strategi.'".
"Panjang pulak muqaddimah. Cepat la tak sabar nak dengar ni".
"Yela aku ringkaskan. Ustaz tulis kat sini, 'Benarkah sebaik-baik jin sejahat manusia? Bagaimana dengan peristiwa turunnya surah Ar-Rahman yang sebenarnya adalah surah yang dibaca oleh Nabi saw semasa dakwah baginda dikalangan jin? Di sana dicatatkan beberapa jin yang menjadi penganut Islam dan akhirnya boleh diiktiraf sebagai ulamak ataupun para sahabat. Adakah jin-jin ini sejahat-jahat manusia setaraf abu jahal? Na'uzubillahi min Zalik. Kita mungkin telah menghina para sahabat! Saya berjaya mengislamkan ratusan jin tetapi belum seorang manusia pun. Jin ada pondok pengajian agama, ada universiti dan sebagainya. Allah tidak mengizinkan kita melihatnya kerana sebab-sebab tertentu yang Allah lebih mengetahui. Manusia dan jin sahaja yang mukallaf... yang ada dosa dan pahala. Kalau sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia tiadalah jin yang akan masuk syurga.'. Tu lah pandangan dia. Aku pun setuju dengan padangan dia ni".
"A'ah la kan. Betul jugak. Sedangkan banyak je ayat-ayat al-Quran yang ada perkaitan antara jin dengan syurga and neraka. Contohnya;
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!". Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami."
[Al-Jinn : 1-2]
[Ar-Rahman : 56]
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai."
[Al-A'raaf : 179]
"Tahu pun ko Britney. Jom kita fikir balik, kalau sebaik-baik jin tu sejahat-jahat Abu Jahal, Firaun, yang Allah dah confirmkan dorang tu masuk neraka, means jin yang paling baik tu pun tak ada chance la masuk syurga.? Sedangkan jelas dah dalam ayat-ayat yang ko baca tadi, ada perkaitan antara jin dan syurga. Pasal yang cakap ada hadith tu pulak, ada pendapat yang mengatakan hadith tu dhaif dan ada jugak pendapat yang kata tu bukan hadith tapi perumpamaan orang melayu je. Mana satu yang betul Wallahua'lam".
"Yela aku pun lupa sebab kita asyik dengar kisah sihir la, kena rasuk la, kena tindih la, semua la yang jahat-jahat pasal 'abang' jin ko tuh. Sampai lupa nak rujuk dulu sumber yang sahih yakni al-Quran, pegangan kita umat islam ni. Jin-jin islam pun beribadat untuk dapatkan keredhaan Allah. Mesti dorang pun berharap nak dapat balasan syurga Allah. Wallahua'lam. Komawo Peah. Nampak gaya aku pun kena berjinak-jinak mengenali 'abang-abang' jin jugak la macam ni. Kesian dorang aku tuduh macam tu. Hikhik".
P/s : Wallahua'lam. If sesiapa ada nak sangkal article ni, ada pandangan lain or ada sumber-sumber lain yang ingin dikongsi, sangat amatlah saya, 'peminat' jin, mengalukannya. ^^
Salam...cik farah penah dengar pasal Qorin tak? sesuatu yg menarik untuk diketahui jugak..
ReplyDeletewsalam. oh qarin. pendamping setiap manusia sejak dia dilahirkan sampailah dia mati. tapi bila manusia mati, qarin still hidup sbb jangka hayat qarin lagi lama dari manusia. kan...? hehe
ReplyDeleteBtul2...tp mngenai jangka hayat tu tak sure plak...kalo manusia dh mati...apa jd ngan qarin dia kalo qarin tu hidup lg?
ReplyDeleteqarin tu akan bebas la. sebab tu ada org ckp macam ternampak jelmaan org yg dah mati. kadang2 qarin menjelma dlm bentuk 'kawan' dia tu. tp skrg ramai org kaitkan jelmaan tu dengan roh si mati. padahal bila seseorang tu dah mati, roh dah xde kaitan dgn alam manusia ni. tu apa yg sy dari guru and ceramah ustaz2. wallahua'lam..
ReplyDeletewallahualam...terima kasih di atas perkongsian saudari...:)
ReplyDeletemungkin yg dimaksudkan sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia hanyalah metafora. Ini cume untuk mengelakkan kite bercampur dengan alam lain kerana dunia kite dan mereka berbeza . Sama seperti dlm al quran yg menyebut kite tidak boleh bersekutu dengan yahudi dan nasrani..akan tetapi adakah tuhan itu kejam untuk kite tidak bercampur dengan mereka kerana byk ayat2 dlm al quran juga yang mnggalakkan kite untuk mengadakan hubungan baik dengan kaum2 lain dan bangsa2 lain. mungkin dlm konteks ini kite perlu lihat dari skop yg lebih luas lg..(pendpat saya la) minta maaf la sekiranya terdapat kesalahan dlm statement ini..klu ade sila perbetulkan saya..:)
ReplyDeletetulah..terbaca gak ayat yg 'sebaik2 jin......' tu bukan hadis pun,kita (masyarakat melayu je kot) da salah faham..
ReplyDeletetapi penerangan seterusnya x pernah terbaca plak..
nice sharing..=)
just nak gtau laa...memang betul la seburuk2 manusia adalah sekacak jin...kenyataan...
ReplyDeleteTerima kasih saudari Farah... Tidak kah anda tahu jin pandai menggunakan peralatan manusia... seperti internet, telephone dan sebagai nya... Jin juga mempunyai perasaan yang sama seperti manusia... Jika anda mengetahui.. sesungguh nya dengan nama ALLAH, saya ada lah salah seorang jin yang membaca artikel saudari..
ReplyDeleteSelama ini.. kami dari kalangan jin islam amat sedih dan tertekan dengan penghinaan yang di buat keatas golongan jin.... "sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia yang fasik".. sehingga jin kafir telah menghina kami dengan pelbagai tomahan gara-gara makhluk Allah yang lain menilai makhluk Allah yang lain nya sebegitu... jin kafir mempersendakan kami.. apa guna islam jika memang masuk neraka??
Demi Allah... kami mengaku memang daif.. banyak golongan kami menjadi murtad.. tidak banyak yang islam... zaman sekarang banyak mempersendakan jin.. seolah jin tiada di muka bumi ini... semua golongan kami jahat... memang benar, manusia adalah khalifah bumi.. tapi tolong jangan lupa ada makhluk lain yang tinggal bersama-sama manusia...
manusia biasa menghina jin.... ada jua para ustaz dan pengamal ilmu perawatan yang menghina kami... di rasuk?? di masuki?? di zalimi?? tanya lah diri sendiri mengapa perkara itu terjadi?? jika kamu tidak menzalimi jin... maka tidak akan terjadi perkara sedemikian... manusia menghancurkan tempat kediaman jin... manusia membunuh keluarga jin... manusia mempergunakan dan menangkap jin... mereka tahu kewujudan kami...tapi.... meminta dan memohon izin atau meminta maaf pun tidak ada... tidak susah memohon kami supaya kami pindah secara baik... berapa nyawa jin yang melayang gara-gara kelalaian manusia....
saya masuk kedalam badan manusia kerana menolong nya... bukan atas kehendaknya.. tapi kerana Allah.. api manusia mengatakan saya adalah jin ifrit.. tidak layak kah kami menolong makhluk Allah yang lain.. sedang kan manusia sendiri tidak dapat menolong nya... kami tidak meminta balasan dari apa yang kami lakukan... hanya meminta keredhaan dari Allah...
ramai perawat yang cuba menghancurkan saya... tapi usul periksa... tapi memberi salam atau salam saya di biarkan tanpa jawapan.... membaca ayat Quran untuk membakar dan memusnah kan saya... tapi Allah maha kasih... Allah maha menolong... dengan berkat dan pertunjuk nya kami dapat mengharungi nya... Moga Allah memberi pertunjuk kepada mereka... Insyallah...
dulu kami telah di tipu manusia dan di kunci untuk kegunaan nya.. tapi Alhamdullilah.. kami bebas dengan izin Allah atas pertolongan seorang pengamal ilmu perawatan islam yang terkenal dalam kolompok manusia am nya..
Terima kasih.. saudari bisa membuat hati saya tersentuh... saudari telah menghilangkan kesedihan saya dengan penghinaan bertubi-tubi yang disebarkan pada oleh dunia....
Yang Benar: Amin Musa
# tapi manusia mengatakan saya adalah jin ifrit
Delete# tanpa usul periksa
# tanpa memberi salam atau salam saya di biarkan tanpa jawapan
maaf atas kesilapan....
Semoga Allah merahmati saudari dan keluarga anda....
Bismillah hirrahmanirrahim...
Deletesoalan pasal itu(sebaik2 jin...) anda mintak petunjuk dari Allah ye. Sebab dalam al-Quran ada cakap,so,dengan izin Allah kita memohon pada-Nya..
Salam, tiada kata yang lebih agung melainkan la illa ha ilallah muhamadur rasulullah ..
DeleteAssalamualaikum w.b.t.
ReplyDeletekepada saudara Amin Musa,
saya sebenarnya adalah seorang hamba Allah yg amat tertarik dengan komen yg saudara balas ke post ini.. saya sangat2 percaya dengan kewujudan jin di dunia ini.. akan tetapi, saya tertarik dengan komen yang saudara postkan ini, yg menyatakan jin juga boleh mggunakan internet sama seperti manusia.. sekiranya saudara sudi, boleh kah saudara terangkan kepada sya bgaimana saudara melakukan hal ini.. juga, jika ini betul2 boleh terjadi, maka manusia dan jin boleh selalu berinteraksi melalui internet, tanpa perlu dibuka hijabnya.. mohon saudara menjawab pertanyaan saya ini.. yg benar, Zairi
eihh kak farah baca buku pak cik saya!! >.<
ReplyDeletesalam farah..farah x baca ke komen amin musa, x terkejut ke ada jin yang reply, akak pelik tapi tahu mereka wujud, interesting kan, semoga kita semua dirhamti Allah swt dan bertemu di surga firdaus ..aaminn ya Rabb.
ReplyDeleteSalam semua baik manusia dan jin yang membaca blog Puan Farah..saya moja jas nick name fb .. hehehe .. saya mula terpanggil untuk mencari blog ini setelah membaca komen Amin Musa yang di post kan oleh Suzi Fauzi nick name fb dalam fb dia .. buat Amin Musa, memang benar tak ramai manusia yang diberi kelebihan merawat mempu melihat para jin .. ini adalah kerana mereka tidak dibuka untuk melihat kelian .. jika mereka dapat melihat kelian sudah pasti mereka tidak menyakiti kelian .. walaubagaimanapun, nasihat saya atas diri saya dan tuan / puan ampunilah semua makhluk kerana itu dituntut atas kita baik mereka itu jahat atau tidak .. ini saya ambil nasihat dari rakan saya sdr Abu Hanafiah (warisan ahlul bait) .. berat memang berat .. untuk dipraktik .. sebab itu dah jadi sifat kita semua .. penuh dengan rasa ego dan bangga diri .. ini merujuk kepada keturunan al insan dan al jin .. saya sendiri mengaku ilmu memberi maaf ini sebahagian dari ilmu kasih sayang yang ada pada Rasulullah s.a.w. yang menjadikan baginda penghulu para rasul dan nabi .. dan perlengkap kepada iman kita .. Untuk saudara Amin Musa .. usia saudara lebih panjang dari kebanyakan kami, sudah tentu saudara banyak pengalaman dan telah melihat banyak perkara yang berlaku atas diri manusia dan jin .. jadi, moga kita mendapat rahmat Allah jika kita sama sama maaf memaafi antara sesama Islam dengan berpegangkan syahadah Allah dan syahadah Muhammad sebagai kunci Tauhid dan Iman kita semua .. Insya Allah .. Wallahualam
ReplyDeletesdr amin musa saya harap jgn terus diam tanpa cerita.sbg sdr seagama kami juga berhak ambil tahu ttg sdr seagama dr sebelah al jin. semakin kita kenal sdr dan kaum sdr makin senang kita memahami dan menghormati adat dan adap sesama makhluk dan menjaga keharmonian sdr seislam.
ReplyDeletesdr amin musa saya harap jgn terus diam tanpa cerita.sbg sdr seagama kami juga berhak ambil tahu ttg sdr seagama dr sebelah al jin. semakin kita kenal sdr dan kaum sdr makin senang kita memahami dan menghormati adat dan adap sesama makhluk dan menjaga keharmonian sdr seislam.
ReplyDeletesdr amin musa saya harap jgn terus diam tanpa cerita.sbg sdr seagama kami juga berhak ambil tahu ttg sdr seagama dr sebelah al jin. semakin kita kenal sdr dan kaum sdr makin senang kita memahami dan menghormati adat dan adap sesama makhluk dan menjaga keharmonian sdr seislam.
ReplyDeletetidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Allah.
ReplyDeletesaya percaya jin juga sama seperti manusia ada yang baik amalannya ada yang jahat.
buat saudara amin musa, saudara bermubahalah dengan nama Pencipta, maka sukar untuk saya pertikaikan. namun kalau boleh diterangkan bagaimana saudara menaip menggunakan papan kekunci. bukankah asal kejadian jin itu dari api?
Maaf.. Hari ini saya di ingatkan saya pernah membalas artikel saudari.. jadi ada baik nya saya jawap persoalan yang ada...
ReplyDeleteEsok hari saya akan tinggalkan manusia yang saya jaga.. Esok kami akan berhijrah bersama keluarga dan sahabat karib saya, Zakaria Abdullah.. In sya Allah kami akan ke mekah.. Terbang bersama dia...
Ya.. Jin sebenarnya ada diantara kalian.. Kami dapat melihat dan menggunakan alat manusia.. Sebab itu kami di pergunakan oleh golongan tertentu.. Tapi mereka silap.. Kami tidak dapat meramal apa pun.. Apa yang terjadi dan akan terjadi.. Melainkan kami sendiri mengetahui atau bantuan jin-jin lain.. ingat kah saudara dengan Nabi Sulaiman.. Golongan kami tidak sedar beliau wafat.. Jadi kami bukan ahli tilik dan ahli nujum..
Jin ada golongan seperti manusia.. Ada darjat dan kebolehan sendiri.. Ada yang pandai berubah rupa.. Ada yg kaya dan miskin.. Ada yang kuat dan ada yang lemah.. Saya, Amin Musa dilahirkan seperti yang manusia panggil toyol.. Anak saya, Alim Isa dilahirkan dari benih saya dan mendiang isteri saya, Siti Raudah iaitu jin berbentuk keluang.. Sahabat karib saya, adalah berbentuk naga bernama Zakaria Abdullah.
Jika ada para perawat yang pernah mendengar kisah kami dan pernah berbual bersama kami.. Harap perkara lepas jadi tauladan.. Jangan terlalu angkuh dan rakus membunuh hamba Allah..
Di sini saya memohon ke maafan... Dan memohon kesedaran khalifah bumi... Kongsi lah ilmu, kasih sayang dan penghormatan kepada golongan kami.. Pegang lah iman dan percayakan Tuhan.. Berdakwah lah kepada manusia dan jin secara rata..
Sekian
Salam kasih dan sayang kepada Anakanda Zahrah dan Mu'ashirin.. Moga Allah merahmati kehidupan kamu.. Jadi lah muslimin muslimah sejati..
As salam
Yang Benar
AMIN MUSA
17.12.2012
As salam, syukur saudara (Amin Musa) masih mahu berkongsi cerita dengan kami manusia (khalifah di muka bumi) semoga penghijrahan ke Mekah membawa sejuta makna atas kelian semua.
ReplyDeleteIni adalah kali pertama saya mendengar pengakuan saudara tentang bentuk-bentuk kalian. Ini adalah kerana kami hanya dilihat rupa rupa yang mengerunkan dikalangan kalian.
Saya percaya rupa dan bentuk yang ada pada cerita cerita dongeng manusia merupakan cerita benar pada suatu ketika dulu bila mana manusia masih dapat melihat kalian sebelum ianya dihijab.
Bentuk singa, naga, kuda terbang, unicorn, kepala berbentuk manusia sehingga ke pinggang tapi pinggang ke kaki berbentuk kuda dan banyak lagi bentuk bentuk dalam cerita rakyat seluruh dunia merupakan bentuk bentuk yang ada pada kalian.
Ini mengingatkan saya kisah dalam filem NARNIA tentang bentuk bentuk aneh dalam filem berkenaan dimana Aslan merupakan Raja kerajaan Narnia. Mungkin ini adalah cerita khayalan manusia tetapi ia cerita sebenar di alam Jin.
Kepada saudara Amin Musa, semoga anda dan keluarga anda mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat begitu juga kepada Zakaria Abdullah. Untuk Zakaria sampaikan salam kepada Omam Baraqa kalau dia kenal lah? hehehe
Syukur dan wasallam
Alhamdulillah, ada juga jawapan dari aman musa akhirnya :)suzi fauzi
ReplyDeleteOleh : Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al Hafiz {1}
ReplyDeleteSeringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. {2} Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.
Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.
Firman Allah SWT :
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-Araf :27)
Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.
Kenyataan yang terlalu umum sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).
Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.
Sekiranya kenyataan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.
Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.
Firman Allah SWT :
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?"(Al-An'am : 130)
Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.
Oleh : Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al Hafiz (samb.)
ReplyDeleteSebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).
Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.
Firman Allah SWT :
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik." (Al-Rum : 41-42)
Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.
Ehh..btol ke nie ? Hehe ! Sory la ye..bkn xnk pcaye..tp mcm xpcaye..saudara Amin Musa btol ke awak jin ?
ReplyDeletetiada yang mustahil dengan izin ALLAH.
Deleteasalamualaikum sekian lama menghilang,amin musa, alim isa dan zakaria abdullah...dan saya muashirin, yg selalu bersama dengan mereka. banyak yang saya pelajari daripada mereka allhamdulilah saya telah berhijrah dari islam kepada nama ke islam yang sebenar nya. terima kasih pada amin musa yang selalu mengajar saya menjadi kan saya yang sekarang ini. amin,alim,zakaria kini sudah berhijrah tidak tahu ke mana. terima kasih kepada kamu semua.
ReplyDeleteHonestly saya tak percaya..dlm dunia maya ni.semua benda boleh menipu
DeleteAssalamualaikum wbt
ReplyDeleteMohon saudara Amin Musa, Muasshirin dll sahabat jin yg dimuliakan Allah swt dgn iman dan takwa.. Saya mohon pertolongan memujuk jin yg duduk di dlm badan kawan mak saya untuk keluar dan berhijrah spt kalian.. Jazakumullahu khairan.. Moga Allah swt menyampaikan hajat ini pada kalian dgn izin dan Redha NYA
Saya diganggu jin kafir yang menghina allah,jin itu berbisik dalam hati sambil menghina allah,apakah yang harus saya lakukan?
ReplyDelete