Aug 24, 2011

Lembaran Hidup Wanita Solehah


Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama


 

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga






Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..


[Hadiah buat Muslimah]

 

4 comments:

  1. subhanallah..inilah contoh dan idola muslimah yang sebenarnya.. kadang kala ikon wanita dunia lebih menjadi ikutan(terutama fesen kot) berbanding wanita solehah pendokong junjungan kita..nauzubillahi minzalik~

    ReplyDelete
  2. Salam farah. ALLAH , macam lambat je anem jumpa blog ni. Terlepas post yang indah2...semoga tuhan terus memudahkan kamu,ya. Jaga diri selalu:D

    ReplyDelete
  3. Farah the book you are holding is really2 good. Moga mendapat barakah dunia akhirat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...