Nov 30, 2011

Untuk apa ujian ini..?

   
Setelah terbangun dari lena yang panjang penangan panadol dan musim sejuk di sini, saya merajinkan diri membalas messages dan emails yang sudah lama terperuk di inbox. Email yang bertarikh 15 nov 2011, baru sempat saya buka tadi. Saya tidak mengenali pemilik email, sepertimana beliau tidak mengenali saya. Mungkin email saya beliau dapat dari page blog facebook saya. Beliau memperkenalkan diri. 

"Oh, pangkat kakak", bisik hati saya. 

Email yang separa panjang itu saya baca. Beginilah saya mengreply nya. Saja ingin berkongsi, mungkin juga menjadi panduan untuk mereka yang mengalami dilema yang sama..

**************************************************************************

Salam akak. Maaf saya sangat sibuk kebelakangan ini. Ni baru berkesempatan check email. Maaf buat akak tunggu lama. Berbesar hati akak percayakan saya untuk menceritakan masalah, maaf juga jika saya tidak dapat membantu sepertimana yang akak harapkan. Tapi saya akan cuba sedaya upaya, dengan izin Allah.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang akak hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu.? Sebab Allah tak sayang akak.? Tak.! Sebab Allah sayang akak. Allah nak buat akak lebih kuat. Allah tak uji orang yang Dia tak sayang. Kalau Allah tak sayang akak, Dia akan biarkan je akak, tak hiraukan akak. Dan Allah yakin akak boleh hadapi ujian ni. Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan akak untuk terima ujian ni. Adakah akak akan salahkan Dia..? 

Farah yakin, dengan ujian ni, buat akak lebih dekat dengan Allah kan.? Manusia memang macam tu, macam saya, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat akak lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..

Akak seorang yang kuat.! Saya percaya. Kalau tak, masakan Allah bagi akak ujian macam ni. Dan akak berhak untuk dapat orang yang lebih baik daripada cinta-cinta akak sebelum ni..! Ambil ibrah (pengajaran) dari semua yang dah berlaku tu. Setiap orang ada cerita mereka tersendiri.

Akak dah terima ujian yang kuat sebelum kahwin. Nanti bila dah kahwin, datang ujian-ujian lagi, akak tak heran dah, kacang je nak hadapi sebab akak pernah hadapi ujian yang lebih kuat.

Saya sangat berpegang teguh kepada dua ayat di atas. Panduan hidup saya. InshaAllah. Sangat membantu apabila ujian-ujian saya datang.

Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan
hari-hari kita sentiasa cerah :)

Oh, akak minta doa kan.? Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati.

Akak letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, akak akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan.

Luka memang pedih. Tapi sedalam mana pun luka tu, pasti terubat. Ada parut.? Kan banyak je yang jual ubat parut sekarang. Sorry sarcastic sikit. Tapi yakinlah,

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]

*****************************************************************************
Begitulah saya akhiri email saya. Masih menunggu reply dari kakak itu... Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
















오늘이 지나고 또 언제까지라도 
우리 사랑 영원하길 기도하고 있어요..


  
  

27 comments:

  1. minta di share ye di fb..sesungguhnya saya amat berminat dan tertarik dgn cerita ni..harap dpt membantu kwn2 dan saudara2 islam yg lain di fb saya...

    ReplyDelete
  2. betul..ujian itu satu penanda aras iman seseorang..moga akak tu tabah, ikhlaskan hati hadapi ujian tu..amiin..

    ReplyDelete
  3. :) sha suka part doa last... mcm kene dgn situasi diri skrg :)

    ReplyDelete
  4. Ada hikmah disebalik ujian dari Allah Taala..
    Sama2 lah kita redha ke atas ketentuan dari-Nya.
    Sabar & Tabah.

    ReplyDelete
  5. my dear farah..

    thanks sharing this entry..
    akak pon tengah belajar nak mendalami agama..
    sungguh besar rasanya ujian yang akak lalui sampai tiap kali solat 5waktu akak cuba selitkan sunat taubat..

    hanya berserah kepada Allah atas segala yg DIA bagi pada akak sekarang.
    i hate to show my difficulties in my blog.

    ReplyDelete
  6. pencerahan yang mantop....untung abg ally dapat bini mcm kak farah... :)

    ReplyDelete
  7. salam,

    Adik Farah,
    akak mintak share di blog akak yer TQ..

    ReplyDelete
  8. salam,
    Allah syg hmbanya...sbb tu kita di uji.. :)

    ReplyDelete
  9. Nasihat yg sungguh bermakna...kita perlu tabah dan redha segala ujian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl3...ujian tu mengajar kt erti hidup yang sebenarnya kan...n ujian akan membuat diri kt lebih kuat dan tabah...

      Delete
  10. mohon share juge -shireen:)

    ReplyDelete
  11. menarik...sy suka...mohon share d fb sy,,,
    ~ pelangi senja ku~

    ReplyDelete
  12. mohon nak share d blog sy skali ye...

    ReplyDelete
  13. Salam. Tq.. sy suka baca post akak.. akak jgn putus bg nasihat melalui blog akak eah.. tq.. moga mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.. =)

    ReplyDelete
  14. Mohon share kata2 motivasi ke FB yer cik farah

    ReplyDelete
  15. salam....
    mohon untuk copy ilmu berguna ye sis..
    syukran.....

    ReplyDelete
  16. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...