Oct 10, 2010

Hadiah exam for you~

     "Awat la aku ni bengap sangat? Kalo bab hafal-menghafal ni, grrr.. 4.6 kali aku baca benda sama pun tak boleh ingat-ingat jugak! 꺼져줄게 잘 살아.. 그 말밖에 난 못해..", terdengar keluhan aku sambil mulut terkumat-kamit melontarkan vocal sambil speaker berdentum kuat tanda protes hafal-hafal tak ingat-ingat jugak. Bila exam je, subject yang kena hafal-hafal ni la aku paling cannot go sekali. Kalau yang kira-kira tu boleh jugak la aku reka-reka aku punya 'formula' sendiri. 

     Dah jadi kebiasaan kan, music jadi teman utama aku sehari-hari. Bukak PC pasang lagu, naik subway dengar mp3 (mp3 mcm kuno lak, ipod ke.. iphone ke..) dan yang ketara sekali time exam lah. Bukak buku, lagu pun bukak. Kalau tak nanti bosan, mengantuk sebab senyap sunyi pastu bila dah senyap sunyi sepi tu ape lagi, 6.7 minit lepas tu krooh krooh la jawabnya.

     Aku marah diri aku sebab lembab sangat bab hafal2 ni tanpa aku sedari aku sedang meng'cerdik'kan diri aku jugak. Yela.. Korang pun sedia maklumkan yang hiburan ni tiada apa-apa faedah melainkan hanya bertujuan untuk menghiburkan, hiburan juga boleh menumpulkan akal fikiran. Perbuatan aku yang sambil study sambil dengar lagu tu laksana layang-layang melawan angin (pandai betul aku guna peribahasa sekarang. hehe..). Aku semangat gila hafal sampai 4.6 kali aku baca benda sama, tutup mata sampai berkerut-kerut dahi aku, semangatnya nak menghafal ni. Tapi sambil-sambil tu jugak aku pasang lagu, Lady Gaga la, Lady Gugu la.. Tinggallah lagi 0.6 je benda yang aku hafal tu dalam otak aku ni, lagi 4.0 aku dah kasi kat Lady Gaga.

   So, sempena mid-term exam yang bakal dihadapi oleh kesemua student Malaysia di South Korea ni (exam-mode la omputih cakap), aku ada hadiah. Tadaaaa..


    

     Hohoo.. Maybe ramai dah ada hadiah ni tapi sebab aku suka sangat ayat omputih ni 'Sharing is Caring', jadi aku telah muktamad seikhlas hati, tulus-mulus untuk share hadiah ni dengan pengunjung blog aku. Mungkin tak seberapa la (sebab aku tak perlu keluar duit sesen pun) tapi maybe boleh calm down kan korang-korang yang ada rasa nak bunuh diri sebab stress study tu.

     Sambil-sambil korang study, depan mata ada PC or lappy, bukak facebook ke, apa kata korang bukak lagi satu tab untuk hadiah aku ni. Disamping dapat pahala dengar alunan hadiah aku ni, semoga ingatan kita semakin tajam dan hati menjadi lebih tenang. Selamat menghadapi peperiksaan! 아자 아자 화이팅!!


Menajamkan Ingatan [Petua Imam Syafie]
  • Tidak banyak berbual kosong
  • Rajin bersugi
  • Bercakap dengan orang soleh
  • Bergaul dengan para ulama


    9 comments:

    1. huhu...gud luck farah...kita ni pun dh xlma lg nk final exam jgk...sme2 lh kita berusaha...usaha+tawakal=kejayaan

      ReplyDelete
    2. thnx..same rr mode nk xm gop..

      ReplyDelete
    3. sis..wina copy yer tips tu kat FB..sbb skrg kan tgh final kat m'sia...hhuhuhu...ur blog best la!!wina menangis bler baca yang pasal bidadari syurga tuu!!hehhehe!:)

      ReplyDelete
    4. kak farah..
      stay blogging.
      love ur blog
      -laili-

      ReplyDelete
    5. thanks semuaaa.. inshaAllah.
      my mid-term belom habis lagi.. this friday last paper !!
      aja aja fighting jugak utk semua yg cakap ada exam tu. =)

      ReplyDelete
    6. Just nk share, pe yg akak slalu buat:

      amalkan mkn kismis or kekacang...nnt lg cepat igt..

      kalu suka kismis, amalkan tiap2 ari mkn kismis angka ganjil, 7 ke, 9 ke 11 ke 21 ke etc....
      utk setiap biji kismis tu selawat & niat (cth: Ya Allah, dengan kismis ni Engkau bantu la aku supaya senang hafal) sblm mkn

      kalu nk study better wat tgh mlm or time subuh...time tu mmg akan cepat masuk dlm database otak.

      Time baca/ hafal jgn stress...& setiap main point, ulang 3 kali...

      *ni yg slalu akak buat la, lg 2jam nk peksa, akak akn tutup buku relax jgn baca dah...zikir ke dgr lagu ker..xyah nk bincang2 dgn kwn dh...sbb nnt ia akan kacu time nk jwb peksa & maybe menda yg kita hafal sebelum ni akan jd rojak..abis sumer fakta dicampur :P

      Insyallah akan cepat ingat ^^ selamat mencuba

      ReplyDelete
    7. waahhh. jzkk kak wahyde.!! inshaAllah akan cuba diamalkan.

      ReplyDelete
    8. wow nice post

      quran
      http://www.quranteaching.com

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...