Mandikan aku dengan kesyukuran agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan.
Kafankan aku dengan keinsafan agar dapat aku sucikan segala dosa silam.
Solatkan aku dengan ketenangan agar dapat aku tidur di kubur senang lenang.
Usungkan aku dengan kekuatan agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan.
Tanamkan aku dengan kecintaan agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam.
aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri
aku sudah tiada lagi di dunia ini
hidup aku sangat singkat
ya, hidup manusia sangat singkat
aku malu
sepanjang hidup aku
jarang sekali aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti
aku diberi banyak kelebihan
tapi aku riak, aku bangga, aku sombong, aku bongkak
aku malu
sepanjang hidup aku
tidak pernah aku insafi segala dosa yang aku lakukan baik dalam gelap mahupun terang
aku buka juga aib dosaku pada umum
segan tiada
ahh.. insaf jauh sekali
aku malu
sepanjang hidup aku
ketenangan bagiku hanya satu perkataan yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku
aku dikenali
kekadang aku disanjung tinggi
tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku apa yang aku cari-cari dalam hidupku
yakni ketenangan di hati
aku malu
sepanjang hidup aku
sungguh aku sentiasa lemah telah rebah tunduk tanda tiada kekuatan di hati
bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik
aku amati rapi
sehingga lemas dalam lautan maksiat keji
aku malu
sepanjang hidup aku
perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb aku curahkan pada makhluk yang aku tahu tidak kekal abadi
aku sanjung meraka itu
aku cinta manusia ini
aku lupa akan Allah adalah cinta sejati
jika aku punya masa lagi
aku tidak perlukan wasiat ini
akan ku lakukan itu semua dengan sendiri
tapi semua itu tiada guna
sudah terlambat untuk suatu penyesalan
aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam
wasiat itu bukan untukku
tetapi buat teman yang dipilih olehNya mempunyai hidup yang panjang
sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu
sebelum wasiat itu bertukar tangan
kerana pada saat itu
wasiat hanya akan bertukar penyesalan..
*********************
Assamualaikum wbt..
Lama ye tak berjumpa. Hehe.. Banyak je idea-idea yang nak dishare dengan pembaca semua tapi maklumlah busy dengan mid-term exams (macam lah kuat study sangat! ceits). Plus, kesihatan saya juga tidak berapa elok kebelakangan ini. Actually, dah dekat dua bulan saya kurang sihat cuma semenjak duamenjak ni macam mengada-ngada sikit. InshaAllah saya akan lebih kuat. Don't worry ya? (masalahnya korang worry ke? haha..). And Alhamdulillah kesakitan yang saya alami telah mengajak saya untuk lebih rakus mempersiapkan diri menghadapi kematian. Saya sentiasa berdoa semoga diberikan umur yang panjang kerana masih terlalu sedikit bekalan yang boleh menjamin saya mendapat 'kerusi' di syurgaNya. Tetapi jika kata ajal saya sekarang, saya berdoa semoga dimatikan dalam keadaan beriman dan semoga lafaz terakhir yang keluar dari bibir saya adalah Kalimah Syahadah. Harap anda pun begitu juga. Sentiasalah ambil iktibar dari apa-apa yang telah berlaku di sekeliling kita. Allahuakhbar. 힘내!! ^^
'Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'
[63:11]
Salam Farah
ReplyDeleteWalaupun kita bukan kawan rapat
Tapi sy tetap kagum dgn awk
Awk memandang dugaan dgn seribu hikmah
Sungguh sy tersentuh dgn perubahan awk
GetWellSoon and Be Strong.
Ramai syg awk. So kuatkan semangat. Fighting! :)
thanks ayu..
ReplyDeletedugaan saya ni kecik je, x tau kuat ke x iman nak terima dugaan yang lebih besar nanti. huhu..
anyways,fightinggggg !! <3
awak sgt kuat....sma2 kita berubah kearah kebaikan.=)..bashyah!!!..semoga bahagia dunia dan akhirat...
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletesaya teramat2 amat kagum dgn perubahan awk...
dan insyaallah,semoga apa yg dilakukan akan di permudahkan oleh Allah s.w.t
dan semoga sy di beri hidayah jua utk berubah kearah kebaikan...amin
assalamualaikum...
ReplyDeletesaya hrap sy menjadi pilihan y ESA dberi hidayah u brubh kearh y dredhai oleh Allah..(cemburu kerana kebaikan bolh kn he3)
Saya kagum dengan awak..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya suka baca blog akak farah......setiap kali membacanya saya sentiasa memikir tentang kehidupan saya......semoga kita semua kuat dgn dugaan yg diberikan......amin....
ReplyDelete