Mar 12, 2011

Bidadari-bidadara Syurga..

          95% daripada penghuninya ditinggalkan di sana tanpa khabar berita daripada ibu bapa atau family. Yang agak bertuah, ada juga family yang menelefon dan berjanji akan datang melawat atau ambil mereka pulang ke rumah, tetapi janji tinggal janji. Bagi saya, menelefon dan mengikat janji palsu itu lebih menyedihkan mereka. Tunggu punya tunggu tetapi batang hidung pun tidak nampak. Allah dah pilih ibu bapa ini, untuk diangkat darjat mereka disisi Allah dengan dugaan sebegini tetapi malangnya, dunia yang mereka cari. 

Ya Allah, jadikanlah aku dan rakan-rakanku ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak kami.

Mereka sangat teruja bila ada tetamu yang datang melawat biarpun tetamu ini tiada ikatan kekeluargaan dengan mereka. Walaupun ada yang tidak dapat bertutur dengan lancar, jelas terpancar kegembiraan di wajah penghuni-penghuni Taman Sinar Harapan ini apabila saya ke sana. Ada yang melompat dan beraksi bagai. Kata Kak Bennie (kawan Korea saya yang menetap di Terengganu dan fasih bertutur Bahasa), "Mereka excited bila ada orang baru datang. Maklum lah, keluarga sendiri pun tak datang melawat".


Kebanyakan penghuni taman ini terdiri daripada mereka yang ada masalah akal dan fizikal dari umur bayi hinggalah yang paling tua, 40 tahun lebih. Mereka diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut keupayaan masing-masing dan perlu hadir ke kelas pada waktu pagi dan petang. Ada kelas mewarna, kelas membaca, kelas menjahit dan kelas memasak. Yang agak berpotensi, mereka dihantar ke sekolah kebangsaan pada waktu pagi.


Keesokan paginya saya semangat bersiap untuk menjadi sukarelawan di sana. Saya ke bilik guru tetapi pintunya terkunci, kemudian beberapa pekebun di sana membuat isyarat cikgu-cikgu ada di dewan. Mereka tidak dapat bercakap atau kata lainnya bisu, tetapi mereka menggunakan anugerah mulut untuk mengukirkan senyuman. Kita yang dikurniakan Allah dapat bercakap ini, mahal sekali harga senyuman kita. Manusia, jarang sekali bersyukur.



Saya ke dewan, wah, mereka sedang bersenam beramai-ramai. Saya ke belakang, malu, hari pertama lah katakan. Lagu hindustan dipasang, semua berlari naik ke pentas. Kagum, setiap step mereka hafal. Ada yang gelek kalah artist bollywood. Yang diatas wheelchair, menggoyang-goyangkan wheelchair mereka tanda mereka pun sedang menari bersama. Cikgu-cikgu cakap, "Excited la tuh. Ada orang datang..". Tergelak besar saya tengok gelagat mereka. Kemudian lagu poco-poco dimainkan. Cikgu-cikgu paksa saya naik ke pentas untuk menari bersama. Biasalah, saya pada mulanya menolak tapi bila dah naik ke pentas, kalah pula budak yang gelek tadi. Saya dapat lihat, walaupun mereka begitu, di buang keluarga, di pandang hina sesetengah pihak, mereka masih seorang manusia. Yang ada keinginan untuk hidup bahagia di dunia Allah ini. Sayu seketika.


Habis lagu, mereka datang bertanya, "Kakak ni sape?". "Kakak cikgu baru kat sini. Jangan degil-degil tau", balas saya. Macam-macam soalan mereka tanya. Alaa, macam kita zaman sekolah-sekolah dulu la. Bila ada cikgu ganti atau cikgu praktikal, mesti semua busy body. Bila tiba hari guru, cikgu sementara ni lah yang paling banyak dapat hadiah. Cikgu-cikgu veteran pula, semakin lama, semakin kita lupakan jasa mereka. Padahal, mereka lebih banyak membakar diri. Kan guru ni ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi hidup anak didiknya.? Ingat lagi zaman uniform putih kita dulu.? :)

Saya nak jalan pun tak senang. Yang ini peluk pinggang, yang itu tarik tangan, yang ini tanya itu, yang itu tanya ini. Tak ketinggalan yang merajuk dan marah-marah sebab dengki. Rasa saya pilih kasih. Mereka agak sensitif, rasa dipinggirkan bila lihat kawan lain dilayan lebih. Mungkin kerana kurang kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu dan bapa sendiri. Dan, mereka cepat kecil hati bila kita tinggikan suara. Hati mereka sangat lembut. Ada diantara mereka, mengukir senyuman dari jauh dan angguk tanda hormat. Mereka yang dikatakan kurang sempurna itu tahu maksud perkataan hormat, jauh lebih baik dari kita yang dikatakan sempurna ini. Mereka mungkin kurang sempurna dari penciptaan akal dan fizikal tapi hati mereka jauh lebih sempurna dan suci berbanding kita.

 



Saya belajar pelbagai perkara baru sepanjang tiga hari disana. Bagi saya, merekalah guru, saya ke sana sebagai pelajar yang cetek ilmu tentang apa itu sempurna. 







Rindunya bidadari-bidadara syurga ini. Dayah, yang mengaku ada boyfriend handsome di Kemaman. Ipin, yang pandai menjahit manik. Yaya, yang tak dengar kata. Christina, yang tak boleh dimarahi. Irfan, yang handsome and lovely. Maimunah, yang suka bercerita dan kakak kepada dua lagi penghuni taman ini. Baby yang masih tiada nama, yang ditinggalkan di hospital oleh ibunya yang berusia 17 tahun. Serta ramai lagi anak-anak murid saya yang macam-macam ragam ini. InshaAllah balik ni cikgu pergi lawat korang lagi ye? Hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya pada mereka.


**************************************

"Kak, nak tengok nak tengok tangan akak. Apa ni? Jam ke? Cantiknya", luah Irfan  semasa saya melawat asramanya pada hari last saya disana sebelum pulang.
"A'ah, jam la ni. Irfan nak ke? Nanti akak belikan. Irfan nak colour apa?".
"Pink", jawabnya cepat.
"Haaa? Lelaki mana boleh pakai colour pink. Kakak beli colour hitam eh?".
"Ook. Bila akak nak beli?", tanyanya penuh mengharap.

Saya terdiam. Adakah saya akan menjadi seperti segolongan ibu bapa yang hanya mengucapkan janji manis kepada anak-anak ini? Berjanji pandai, tetapi menepatinya kurang bijak. Lupakah kita yang mereka juga punya perasaan?

"InshaAllah, lain kali akak datang akak kasi. Tapi bukan sekarang, sebab akak kena pergi jauh untuk beli jam ni.. Ambil masa lama. Irfan tunggu eh?".
Irfan hanya memandang muka saya dan tersenyum. Tersenyum tawar. Mungkin sudah penat mendengar kata-kata manis yang palsu.



20 comments:

  1. pernah pergi sini masa diploma dulu, memang dorg suka terima tetamu, ah, rindu kat sini, menangis kot masa tinggalkan dorg, lagi2 ada sorg kakak tu memang dari kte sampai tu, nak balik pun, dia duk berkepit je ngan kte..sedih..

    ReplyDelete
  2. sy akan selalu update gambar diorang untuk awak okay dik? :) menitis airmata sy baca entry ni. insyaAllah nanti awak balik,boleh pergi lagi.diorang selalu tanya sy, "cikgu,mana cikgu farah?". rindu mungkin.

    ReplyDelete
  3. sy ske entri ni. tp sy kasihan dgn mreka. sepatutnye mreka brada d rumah wif their own healthy family, n bkn kt sni tmpt mreka! tp, ni lumrah kejadian alam. teringin nk wat mcm ape yg farah wat. tp msih blum ade ksempatan n kkuatan nk brdepan dgn wajah2 itu. sbb akan timbul prasaan itu. n sy msih blum kuat tuk tahan sume 2 dhadapan mreka! insyaAllah... tiba msnye, smpai la ke sn. good job dear. doakan yg trbaik tuk mreka n farah. truskan usaha murni ini, insyaAllah sy akan mnyusul mngikut jejak kamu kemudian!

    ReplyDelete
  4. entry nie best.frankly speaking, rasa nk jadi sukarelawan dekat tempat mcm nie.. setiap raut wajah dia ada pelbagai cerita yang boleh dikongsi kepada semua orng..

    tp mcm mane nk jadi sukarelawan mcm nie?

    ReplyDelete
  5. alin duan : apa nama dia.? kak dayah eh.? sedih kan masa nak tinggalkan dorg. ㅠㅠ

    zalikha : saya rindu dorang jugak.!! sangat-sangat....

    nama.saya.nana : betul tu nana. harap kita tak tergolong dalam golongan yang tak berperikemanusiaan tu. inshaAllah, Dia ada bersama-sama dengan niat murni awak tu :)

    mohd saifuddin : alhamdulillah.. btw, saudara maksudkan TSH or pusat kebajikan lain.? apa2 pun, saudara boleh terus je pergi office cakap nak jadi sukarelawan. inshaAllah akan disambut baik dan dialu-alukan..

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yang sama masa saya pergi Pondok Penyayang Raudhah di Gombak. Tapi budak2 dekat situ bukan yang ditinggalkan mak bapak, tapi yang bermasalah sampai keluarga sendiri pun dah tak sanggup nak jaga. Macam2 jenayah ada, tapi akar kpd segala permasalahannya tetap kurangnya kasih sayang keluarga. diorang hanya perlukan perhatian untuk berubah. Insyaallah hujung tahun ni nak melawat diorang balik dekat sana.

    ReplyDelete
  7. ya Allah. tahun lepas saye ke sini dgn kawan2 UIA. kami buat community outreach. rinduuuunyaaaa dekat irfannn! die pandai bwt flying kiss. sangat sedih time ktorang nk balik tu, mereka nyanyi lagu atas stage. lagu "tidak ku minta lahir ke dunia..." siyes sebak dengar. huhuhu.

    ReplyDelete
  8. salam... ya allah... subhanallah... menitis air mata kut baca entry ni... mcm mane nak join sukarelawan ni...

    ReplyDelete
  9. terjumpe blog ni dan trus jatuh cinta nk baca lagi.

    ReplyDelete
  10. baru je pergi sini . last week . memang best . sdeyh . happy pom ad coz boleh ceriakan dyeorg :)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. bace ayat akhir..terus ayaq mata mengalir !!!!

    "InshaAllah, lain kali akak datang akak kasi. Tapi bukan sekarang, sebab akak kena pergi jauh untuk beli jam ni.. Ambil masa lama. Irfan tunggu eh?".
    Irfan hanya memandang muka saya dan tersenyum. Tersenyum tawar. Mungkin sudah penat mendengar kata-kata manis yang palsu.

    buy for him :-( .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. menitis air mata daa baca yg last ni..

      Delete
  13. sy suka baca entry ni..betul..sy setuju dgn apa yg kak farah katakan..sbbnya sy dikelilingi shabat yg trdiri dr pelajar khas..hati mereka sgt lembut,telus ikhlas, jujur dan snsitif...mereka smua trsgt baik...dan bila brshabat dgn org2 yg sbegini, mmbuatkan hati sy rasa brsyukur pd hadrat Ilahi ats segala nikmat yg tlh Dia brikn...alhamdulillah..moga ALLAH mmberkati mereka..=)

    ReplyDelete
  14. semoga jejak farah diikuti oleh insan lain yg boleh share kasih dengan insan seperti mereka ini...

    ReplyDelete
  15. Miss Mary .. sama le acik pun cam tu gak..

    ReplyDelete
  16. Ya Allah sesungguh nya tersentuh hatiku membaca entri nie...mudah-mudah kite dijauhkn dengan sifat penting diri dan kesempurnaan...sesungguhnya Allah yg Maha sempurna...amin3...

    ReplyDelete
  17. tanpa aku sedari air mata keluar baca entry ney ...

    ReplyDelete
  18. rase macam x nak berhenti bile bace blog ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...