Sep 30, 2010

Enam Jahanam!

  1. Anak-anak menjadi punca utama kemarahan ibu bapa.
  2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
  3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk melakukan kejahatan sangat banyak.
  4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak dapat kemudahan yang sewajarnya.
  5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.
  6. Orang jahat berani melawan orang-orang baik dan tidak segan dengan mereka.

    Enam kerosakan yang menjadi salah satu alamat yang akan berlaku Qiamat, menandakan yang bumi sudah tua. (Ko ingat ko je makin tua? Bumi pun makin tua tau..). So umur dan amalan pun kena la seiring dan sejalan bak kata Dato' Sharifah Aini (Seiring dan sejalan, seindah bunga di tanam.. la lalala lalala laaa...). Ok??


    "(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan. (Apakah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang akan mencabut nyawa mereka), atau kedatangan azab Tuhanmu (yang akan membinasakan mereka). Demikianlah juga yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka (lalu dibinasakan); dan (sebenarnya) Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."
    [16:32~33]

    ~Renung-renungkan dan selamat beramal~


    Sep 29, 2010

    Aku, Lim dan Islam

    by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

         Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 

         20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 

         Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. 

    "He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.".

    ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

         Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. 
    ....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 

    "Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang", ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. 

    Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

    "Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...".
    "Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?".
    "Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?".
    "Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?".
    "Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?".

    Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

    "Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.".

    Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

    "Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal.. Sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.".

    Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

         Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

    Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
    P/s : sebagai Tauladan..

    *** Fowarded email from seorang kakak. Hanya mampu copy paste. I takde bakat tulis-tulis cerpen ni you!! Pssstt.. Kalau korang berminat baca cerpen, I wanna suggest you my senior's blog; http://www.napirago.com  Simple, humorous and full of moral values. Wa gerenti lu suka punyaa (berani kerat jari)!! Selamat Membaca~ ^^

    Sep 28, 2010

    Light

    I lived in a very beautiful life
    But I never thanked You
    I was drowning in my own worldly life
    Till I forgot the Hereafter is more beautiful

    As my life was getting darker
    You came and showed me Your love
    You gave me faith
    You gave me strength
    For me to live in a better

    Oh Thank You Allah
    Now I found what I was missing
    I was too blind to see
    Everything was planned beautifully

    Oh my dear friends
    I'm begging you
    To open those eyes
    To follow the light that is in front of you
     
    I was lost once
    I won't let it happens to you too...

    *** I wrote this yesterday (during lectures. hehe..), wanted to strum my guitar and make a song but as I decided to put a full stop on my singing carier (bajet artist siot), I would be very pleased if any of you could turn this out as a song! A beautiful song please? Hehee.. Terima Kasih. Thank You. 감사합니다 ^^

    Dakwah semudah ABC

    Q: Ok.. Cuba cakap satu sunnah Rasulullah s.a.w.
    (99.67451 % orang akan menjawab)
    A: Kahwin empatttttt..!! (Tersengih si lelaki jawab soalan ni)

         Tahukah anda (Baca ala-ala iklan TV1), Sunnah terbesar Rasulullah s.a.w adalah BERDAKWAH?? Dan maka dengan itu akan timbullah pula kata-kata sebegini:

    -Alaa.. Aku bukan ustaz. Mana reti nak bagi-bagi ceramah ni.
    -Alaa.. Nanti orang gelakkan aku.
    -Alaa.. Aku bukan perfect nak dakwah-dakwah orang lak.
    -Alaa.. Aku tak layak nak buat usrah-usrah ni.
    -Alaa.. Bla tu bla ni bla bla...

         (Banyak betol hang punya 'alaa..') Sayang, Islam itu mudah. Yang menyukarkannya adalah kita. Kalau kita rasa tidak layak, tidak confident cukuplah sekadar kita berpakaian elok-elok, berkata baik-baik, berkelakuan lemah-lembut (bukan macam mak nyah tu) dihadapan orang lain. Sesungguhnya manusia itu cintakan kecantikan. Cantikkan diri kita dengan baik budi pekerti dan tingkah laku InsyaAllah sejuk hati dan tenang orang yang memandang. At the same time, kita juga membawa nama Islam bersama, dan beruntunglah kita jika yang memandang itu tercenderung hatinya untuk menjadi yang lebih baik dari kita. Ini adalah dakwah secara tidak langsung.

    A. MUDAH KAN BERDAKWAH??


         Ini pula khas untuk kenalan yang belajar di luar negara (Actually kat Malaysia pun boleh buat). Alhamdulillah Allah telah pilih kita untuk menjadi Duta Agama, Bangsa dan Negara di tanah asing. Maka janganlah kita mempersiakan peluang ini. Ok, straight to the point, mesti ramai kawan-kawan berlainan agama tanya yang berbunyi (Haa.. Siap ada bunyi):
    "Kenapa Muslim tak makan cik babz (Bukan nama sebenar) eh? Kenapa kena pakai tudung ye kak? Kenapa tak minum encik arak (Bukan nama sebenar)? Why baby why why??".
         Haa.. ambil la peluang ini untuk memperkenalkan Islam kepada mereka. Buat sedikit research, explain betul-betul kenapa itu kenapa ini. Sekarang adalah dunia science, relate jawapan scientific kita dengan al-Quran yang logik akal.
         [Iklan: Suatu hari kawan korean tanya kenapa orang Islam tak makan cik babz. So saya explain la,"Sebab cik babz tak baik untuk kesihatan. Cik babz makan semua benda termasuk sampah sarap. Cik babz punya sistem penghadaman tak bagus. Bla tu bla ni bla bla..". Seorang kawan saya menerkup muka, mungkin rasa bersalah dengan jawapan saya kerana cik babz adalah makanan utama Korean. Tapi tujuan saya menjawab sedemikian ada dua, pertama kerana rasa sayang melihat kawan saya itu terus makan cik babz yang tak sihat tu (Walaupun cik babz itu montel), kedua untuk membuktikan yang Islam melarang umatnya melakukan sesuatu atas sebab-sebab yang logik akal. (Iklan tamat)]
         Mungkin pada waktu itu mereka hanya mendengar seperti lalu telinga kiri keluar telinga kanan tapi who knows selang sehari, seminggu mahupun setahun dalam duduk mengelamun goyang kaki minum kopi, dengan kuasa Allah mereka teringat balik jawapan kita itu lalu berminat untuk mengkaji al-Quran.

    B. MUDAH KAN BERDAKWAH??


         "Ko takde Facebook? Mundur gilaaa.". (Psstt.. saya ada Facebook so saya tak mundur kan? Hee..) Facebook tu dah jadi macam perkara yang wajib ada bagi setiap orang. Jadi gunalah Facebook itu seelok-eloknya, jangan salah gunakan Facebook sehingga jatuh hukumnya kepada haram. "Penggunaan Facebook menjadi HARAM apabila kita menggunakannya sebagai tempat untuk mencari kesilapan orang, mengutuk orang, menghina orang, menyebarkan perkara yang dilarang oleh Islam, menyebarkan fitnah, lagha sehingga lupa solat dan sebagainya, maka ini menjadi haram, kerana Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia dan perkara sia-sia itu adalah sifat syaitan dan mazmumah.". 
         So dekat ruangan 'What's on your mind' tu, daripada kita duduk mengarut merapu what so ever tu apa kata kita hias ia dengan perkara amar ma'ruf nahi mungkar. "Penggunaan Facebook menjadi HARUS apabila memanfaatkannya sebagai medan yang paling baik untuk menyebarkan dakwah, kerana ianya luas dan tiada tapisan, setiap berita yang dimasukkan akan dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Harus juga bagi sesiapa yang menjadikan Facebook sebagai tempat mencari kawan-kawan lama, menjadikan Facebook sebagai medan pertanyaan, menjadikan Facebook sebagai urusan pekerjaan dan seumpamanya kerana aktiviti ini tidak bercanggah dengan Amal ma'ruf dalam Islam.".

    C. MUDAH KAN BERDAKWAH?? 


         Banyak lagi cara-cara lain yang dengan mudah kita boleh salurkan dakwah samaada secara langsung atau tidak langsung seperti tulis blog mengenai Islam, melalui nasyid jika anda seorang yang berseni, mengupload video-video yang berkaitan Islam di Youtube dll. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Renung-renungkan dan selamat beramal... ^^


    "Invite to the Way of your Lord (Islam) with wisdom and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided." 
    [16:125]

    Sep 23, 2010

    Kekasih hatiku^^

    Harini aku nak jiwang-jiwang karat sikit. Hehee.. Asyik serious je kan??

         FYI, I finally found my true LOVE (auww.. weewitt)!! Before this, tak pernah sekali pun dalam hidup aku ada Gewe (buah hati dalam loghat kelantan) ni.. Syok rupanya ada Gewe ni kan?? Sebab tu la kot remaja-remaja sekarang (eh, budak-budak tadika pun.. eh, pakcik-makcik pun!) semua sibuk nak bercinta. Mengasyikkan rupanya.
         Actually aku dah kenal ngan Gewe aku ni dah lama sangat, just selama ni aku  jual mahal je (hot sangat la aku ni konon nyee..). Walaupun kami tak pernah bersua muka (alaa.. macam korang la kenal-kenal kat Facebook pastu jatuh cinta. Tapi case aku lain la), aku tahu Dia setia. Dialah segalanya buat aku sekarang (sambil nyanyi lagu Sheila Majid-Kaulah Segalanya).

    Dia Sentiasa Tenangkan Hati Aku
    Dia Buat Aku Sangat Rindukan Dia
    Dia Mendengar Segala Permintaan Aku
    Dia Setia Mendengar Semua Masalah Aku
    Dia Sentiasa Ada di Saat Aku Perlukan Dia
    Dia Sentiasa Temankan Aku di Kala Aku Kesunyian
    Dia Pemberi Kekuatan Kepada Aku Untuk Sentiasa Berubah

    Dia memang perfect lah!! Kalah boyfriend-girlfriend you ollz tau nyah!! Adeh.. Macam angau sangat lak aku ni kan. Dia adalah...
    ALLAH SWT~

    INDAHnya cinta kepada-Nya
    MANISnya cinta kepada-Nya
    KEKALnya cinta kepada-Nya

     "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
    [2:165]

    Pesanan Penaja : Kepada kenalan-kenalan yang baru nak belajar bercinta or yang tengah loving-loving (I lap you, you lap me) sakan or yang macam sedih tahap cipan sebab putus cinta tu, belajarlah untuk tanamkan, curahkan rasa cinta dan kasih sayang itu kepada Allah kerana...
     
    CINTA ALLAH ADALAH CINTA SEJATI YANG KEKAL ABADI


    Sep 21, 2010

    Ko nak kahwin eh??

    "Fara, ko nak kahwin eh?".
    "Awat lak? Tibo-tibo hang tanya camtu?".
    "Haha.. Takde.. Ko tiba-tiba berubah. Mesti ko nak kahwin ni.".
    "Awat? kena tunggu nak kahwin ke baru nak berubah? Ape daaa..".

          

    Terima Kasih TUHAN, masih diberikan umur dan waktu untuk aku lebih mengenali ISLAM

     

    "Da start pakai tudung?? Hahahaha.. Kenapa tak tunggu Hari Merdeka je??". Gelak panjang pulak mama ni, ingat nak sayu-sayu ke anak dia nak berubah ni. "Yelaaaa.. Orang cakap betollah. Tapi tudung tak banyak. Ada tudung hitam je. huuu..". "Alhamdulillahhh.. Berkat doa mama siang malam.", ketika itu jelas terpancar di mata mama aku sinar kegembiraan (walaupun time tu tengah Skype nampak kabur-kabur je.hehe..). Ustaz Trimizi ada cakap, berlipat kali gandalah pahala seorang anak yang menggembirakan hati ibu bapanya lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Aku dipilih Allah untuk menjadi salah seorang daripada golongan itu.


    ******************************

    29 August 2010 [19 Ramadhan 1431]

         Harini kena pergi Kursus Intensif Perubatan Islam Level 1 Part 2 (aku memang suka hadiri majlis ilmu sebab bagi aku, dari situlah aku dapat cari kunci untuk buka hati aku yang keras ketong (keras gila dalam loghat Terengganu) ni), so pakai tudung la, hormati majlis orang kata kan. "Lawa jugak aku pakai tudung.", sengih aku perasan sorang-sorang. "Nak terus pakai ke tak eh? Alaa.. Nanti2 la. Aku dah beli clip rambut bunga-bunga tu, subang pun dah beli untuk raya nanti. Kalau pakai tudung takkan nak buang je? Tak hot la nanti raya kat embassy. Pastu seluar2 pendek tu semua. Ada lagi yang baru beli, tak pakai pun lagi. Membazir tu amalan syaitan (fasih pulak cakap pasal agama time ni).", keluh hati hitamku.

         So habis je kursus tu aku dengan Yayok (bukan nama sebenar. haha..) menaiki subway pulang ke Incheon, rumah kami. Memang subway ni jadi transport utama student-student Malaysia di South Korea ni, keadaan aku harini pun sama jela dengan hari-hari yang lain cuma yang berbeza, aku pada harini berhijab. Sebelum ini pernah beberapa kali aku menaiki subway berhijab tapi aku rasa sangat malu sebab Koreans semua akan tengok aku pelik. Astaghfirullah hal azim. Tapi apa yang peliknya harini, aku tak rasa malu malah aku merasa bangga. Bangga kerana hijablah yang dapat membezakan aku, seorang Muslim dengan non-Muslims (dah la mata aku pun sepet macam korean-korean tu semua). Aku rasa lebih direspect orang sekeliling yang memandang, bukan lagi rasa malu. 

         Tapi hati hitamku masih mencari alasan,"Nak pakai tudung ke?? Tapi nanti dah tak leh dah la nak berfashion-fashion. Pastu nanti dah tak boleh dah la nak jadi model macam Kate Moss. Aku ni pun solat tak jaga, baik aku jaga solat dulu pastu baru pakai tudung. Sayang la nak buang baju-baju lama tu. Bla tu bla ni bla bla..". Tapi Alhamdulillah masih ada lagi warna putih dalam hatiku yang berkata, "Fara, tu semua perkara dunia. Perkara dunia semakin dikejar semakin jauh sebaliknya perkara akhirat semakin dikejar semakin dekat. Nak tunggu sampai bila lagi?? Kalau ajal kau malam ni jugak?? Nak mati katak?? Nauzubillah Fara.". 

     

     "But you prefer the worldly life. While the hereafter is better and more enduring"

    [87:16~17]

     

         Kunfayakun. Tiba-tiba hati keras ketongku ini sebak (bukan senang beb aku nak touching-touching camni. Hilang macho aku). Aku pejamkan mata, aku tarik nafas panjang-panjang dan hembus. Bersaksikan bulan dan bintang Ramadhan, aku nekad dalam hati untuk mula berhijab dan mendalami Islam dengan lebih mendalam. Aku suarakan hasrat aku pada Yayok, gembiranya rakanku itu sampai hampir menitiskan air mata katanya. Aku sampai di rumahku, terus call mama then, aku cari balik buku-buku agama yang aku bawa before fly dulu (selepas 2 tahun lebih aku membelinya). Aku solat sunat, menitis air mata (lagi sekali hilang macho aku) kesyukuranku kepada Ilahi.. Terima Kasih Allah. Kau Maha Bekuasa.

    ******************************

     

    Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun pertama dimana aku tidak mensia-siakan 10 malam terakhir Ramadhan. Aku tekankan, bukan mudah untuk sesuatu perubahan. You fight to hold on and you fight to let go. And I found that change is not easy. I'm struggling to change everything I did before, the way I enjoyed my life, those clothes, those friends I hang out with and so many more. Sometimes Aku rasa jealous tengok my friends enjoying their life like I used to live before (I know I shouldn't feel that way) but it just came across my mind. And also rasa menyesal, "kenapa aku berubah kearah ini?'". But when those thoughts came, I motivate myself. I should thank God because he chose me, aku tak patut rasa menyesal, I should thank Him !!

     

    Now aku rasa lagi dekat dengan Dia and also my family and friends. Aku tahu iman aku masih tidak kuat. Aku sangat takut suatu hari nanti, aku kembali semula kepada lifestyle aku sebelum ini. Aku berharap agar Allah sentiasa bagi aku petunjuk dan hidayah dan kuatkan hati aku hadapi dugaan macam tu. At the same time, aku sendiri kena cari hidayah itu and ubah hidup aku sikit demi sikit. InsyaAllah.. Aku juga perlukan sokongan keluarga dan rakan-rakan kenalan. Alhamdulillah so far, sokongan kenalan-kenalan especially di Facebook lah yang memberi aku kekuatan.

     

    Ayuh bersama-sama kita berubah kearah kebaikan jom! ^^

     

    Sep 20, 2010

    Blog?? Hahaha...

         "Blog ?? Hahaha.. Fara Lee ada blog?? Mustahillah. Aku baca blog pun tak pernah ni nak buat blog pulak! Essay time sekolah dulu2 pun aku main tiru buku Sasbadi tu je (sebab tu English SPM aku dapat B kot).. Blogging blogger ni bukan aku lah. Mana reti aku nak buat-buat ayat ni.", aku menjawab pertanyaan rakan yang menyuruh aku buat blog. Pendeknya pemikiran aku suatu masa dulu. Macam-macam jawapan angkuh (konon-konon aku ni cool sangat lah) aku berikan. 

         Tapi tengok lah sekarang. Tup tap tup tap, Fara Lee dan blognya. Sebab tu aku suka cakap, Kunfayakun (Be! and it is). Kita jangan terlalu angkuh dengan perasaan kita sebab bila Allah kata jadi, maka jadilah ia. Dia Maha Berkuasa. "Aku benci betollah mamat tu, dah la tak handsome, pendek lak tu..". Tup tap tup tap.. "Eh, aku dah kahwin la. Dengan mamat yang aku kutuk haritu". Boleh faham kan?? Satu kesalahan kita sebab kutuk ciptaan Allah, satu lagi sebab kita terlalu angkuh dengan diri kita.
         

    "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

     [2:216]

     

         Aku tak nak tulis panjang lagi (bosan pulak korang baca nanti. hehe..). Cuma aku harap dengan blog ini, aku dapat menyebarkan Islam. Aku masih tidak layak bercerita panjang pasal Islam kerana aku tak lepas seperti seorang Mualaf yang baru belajar untuk lebih mengenali Islam (walaupun aku dilahirkan Islam dan hidup sebagai Muslim selama lebih 21 tahun. Astaghfirullah), cuma mungkin aku dapat berkongsi pengalaman hidup dan juga personal thought supaya kita semua sentiasa berfikir tentang kebesaran-Nya.

    IaAllah~

    Sep 19, 2010

    Buah cempedak

    Assalamualaikum wbt~

    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan.^^
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...