Sep 29, 2010

Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

     Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 

     20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 

     Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. 

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.".

..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

     Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. 
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 

"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang", ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. 

Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...".
"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?".
"Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?".
"Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?".
"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?".

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.".

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal.. Sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.".

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

     Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..

*** Fowarded email from seorang kakak. Hanya mampu copy paste. I takde bakat tulis-tulis cerpen ni you!! Pssstt.. Kalau korang berminat baca cerpen, I wanna suggest you my senior's blog; http://www.napirago.com  Simple, humorous and full of moral values. Wa gerenti lu suka punyaa (berani kerat jari)!! Selamat Membaca~ ^^

41 comments:

  1. terima kasih la cik fara...ssah2 je 'promote'kan blog...heheh...

    ReplyDelete
  2. wina ske this cerpen!

    ReplyDelete
  3. haha.. mmg layak di promote pun napi..
    wina. best kan ? tapi kadang2 malu dgn diri sendiri sbb tak berani nak jadi mcm Lim :(

    ReplyDelete
  4. awesome story.
    Allah gives guide whom He pleases and He leaves straying whom He pleases

    ReplyDelete
  5. ini blog pnulis asal cerpen ni...kisah hdup nye sendiri..www.husnuzzonloa.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. you r good farah..mmg trhru giler..!!:)sama2 kita truskan utk mndekatkan diri kpd allah..:)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. sebab tulisan forward. yg kena peluk tu Talha keh keh

      Delete
  8. best writing and full of lessons :)

    ReplyDelete
  9. AnonymousJan 11, 2012 07:09 AM: Salahke 'berpelukan' Lelaki dengan lelaki? Kedua-dua Lim dan rakannya itu adalah lelaki.

    ReplyDelete
  10. don't misunderstand..it's seem so sweet la

    ReplyDelete
  11. Good entry! i nk share dekat my blog ye farah :)

    ReplyDelete
  12. YA :) pernah dengar kisah ini
    Ya :) pernah dengar org yang bukan muslim...convert to muslim merungut tentang ini
    Ya :) Sungguh saya takut....

    ReplyDelete
  13. assalam farah..mohon share artikel ni ye..sgt menusuk kalbu dan terkesan membacanya...
    jazakallahu khairon katheer..:)

    ReplyDelete
  14. salam farah, saya juga nak share cerpen nie =)

    ReplyDelete
  15. akak. nak share artikel ni ek? bermanfaat sgt ^__^

    jzkk ukti, =)

    ReplyDelete
  16. salam.tak silap saya ini part dlm novel faisal tehrani.tajuknya "Tuhan manusia"

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak ada kena mengena dgn novel 'Tuhan manusia'. Cuma kebetulan nama watak dalam novel Tuhan manusia itu juga Talhah.

      Delete
  17. bgOsnye cerpen ny...sye ambik course dkwah tp still xleh nk berdkwah pd fmily,,tkOt dyeowg benci pd sye...urmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyALLAH xkan punye kalau niat kerana ALLAH.....

      Delete
  18. Malunye bace cerite ni.Nama jer Islam tak pernah terfikir pon.Harap k.farah masukn lagi entry yang macam ni.

    ReplyDelete
  19. saya ingatkan crite pasl awk..sangat bgus crite ini..boleh dijadikan iktibar..

    ReplyDelete
  20. walaupun begitu berpelukan dgn bkn mahram berlainan jantina masih salah..hanya teguran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lim dan 'aku' itu adalah lelaki, Nabi pun berpelukan sesama sahabat, salah ke?

      Delete
    2. Talha tu laki.. baca sampai abis tak.. bukan Farah yg peluk wakaka..

      Delete
  21. Anonymous March 28, please lahhh, anda mesti baca sekadar glancing through the page, kan? baca betul2 cerita ni, baru comment ok?

    ReplyDelete
  22. Lawak la March 28, mmg xtgk la Kak Farah ada letak kat situ forwarded from. . aiya.
    btw, bila baca entri ni teringat blog The Rocking Hijab, boleh google ye. heh.Owner blog tu ex-not-yet-muslim a.k.a muallaf. Alhamdulillah cerita dia memang inspiring. and real ok. Setiap kali kita baca cerita2 macam ni msti terkedu skjp dan fikir apa perasaan rakan2 not-yet-muslim tu bila tengok kita dengan cara hidup kita sebagai muslim, akan ada tiga; 1.Islam ni macam best je, tapi Father kata lain; 2. Hmph. Ni tak lain nak menunjuk agama dia betul la tu. Kena betulkan ni.; dan 3. Ada aku kesah?
    Tang 1 ni kita kena koreksikan mereka, dan disinilah benang dakwah tu best dicucuk. Tang yang ke2 tu kita kena debat dengan mereka, ini susah sikit kot sebab kena perluaskan dan perdalam ilmu di dada dulu (refleksi diri) dan yang ke3 tu pun kena kita tempiaskan dengan dakwah Islam. moga2 berjaya.
    Tapi kesimpulannya; keTIGA-TIGA kategori 'monolog' tu mesti kita kasi approach dakwah jugak kan?
    MasyaAllah termembebel. maafkan saya. Sekadar menegur hati saya yang lalai dan rapuh dan semoga bermanfaat bagi yang sanggup membaca. =)

    ReplyDelete
  23. Saya share kisah ini eh. Syukran Ukhti :)

    ReplyDelete
  24. nama pon da terang2 TALHA .. hahaha lenkali bce lh smpi abes dlu.. jgn men komen je peluk haram lh bkn mahram.. lim n talha ... hehehe

    ReplyDelete
  25. nak share jgak boleh??jazakaAllah ukhti :)

    ReplyDelete
  26. masyaAllah..
    pertama kali bertemu dengan blog Kak farah..
    pertama kali itu hati ini mula jatuh hati..

    from ::Arkitek Hati::

    ReplyDelete
  27. Akak, nak copy. Nak letak dekat kelas :D

    ReplyDelete
  28. ilmu yang baru yang saya bace.. thnks sis :)saya pun ade kawan rapa non muslim.. tapi saya tak pernah terpikir untuk berbuat macam apa yang dikatakan oleh lim.. :) terme kasih skali lg...

    ReplyDelete
  29. Jujur kata kadang2 terbit rasa malu, segan dan takut dlm diri utk pergi berdakwah kpd orang non-muslim. Walaubagaimana pun,.Alhamdulillah dgn adanya sosial media seperti twitter dan facebook, kita sebagai muslim tetap dapat menyampaikan dakwah Islamiah tersebut melalui cara ini. Saya seringkali 'like' & share info2 tth Islam jadi terpulanglah pada mereka utk baca atau tidak. Tugas kita sudah selesai dlm menyampaikan. Walaupun tidaklah sehebat ulama' yg berdakwah, tapi at least kita cuba yg terbaik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...