Sep 28, 2010

Dakwah semudah ABC

Q: Ok.. Cuba cakap satu sunnah Rasulullah s.a.w.
(99.67451 % orang akan menjawab)
A: Kahwin empatttttt..!! (Tersengih si lelaki jawab soalan ni)

     Tahukah anda (Baca ala-ala iklan TV1), Sunnah terbesar Rasulullah s.a.w adalah BERDAKWAH?? Dan maka dengan itu akan timbullah pula kata-kata sebegini:

-Alaa.. Aku bukan ustaz. Mana reti nak bagi-bagi ceramah ni.
-Alaa.. Nanti orang gelakkan aku.
-Alaa.. Aku bukan perfect nak dakwah-dakwah orang lak.
-Alaa.. Aku tak layak nak buat usrah-usrah ni.
-Alaa.. Bla tu bla ni bla bla...

     (Banyak betol hang punya 'alaa..') Sayang, Islam itu mudah. Yang menyukarkannya adalah kita. Kalau kita rasa tidak layak, tidak confident cukuplah sekadar kita berpakaian elok-elok, berkata baik-baik, berkelakuan lemah-lembut (bukan macam mak nyah tu) dihadapan orang lain. Sesungguhnya manusia itu cintakan kecantikan. Cantikkan diri kita dengan baik budi pekerti dan tingkah laku InsyaAllah sejuk hati dan tenang orang yang memandang. At the same time, kita juga membawa nama Islam bersama, dan beruntunglah kita jika yang memandang itu tercenderung hatinya untuk menjadi yang lebih baik dari kita. Ini adalah dakwah secara tidak langsung.

A. MUDAH KAN BERDAKWAH??


     Ini pula khas untuk kenalan yang belajar di luar negara (Actually kat Malaysia pun boleh buat). Alhamdulillah Allah telah pilih kita untuk menjadi Duta Agama, Bangsa dan Negara di tanah asing. Maka janganlah kita mempersiakan peluang ini. Ok, straight to the point, mesti ramai kawan-kawan berlainan agama tanya yang berbunyi (Haa.. Siap ada bunyi):
"Kenapa Muslim tak makan cik babz (Bukan nama sebenar) eh? Kenapa kena pakai tudung ye kak? Kenapa tak minum encik arak (Bukan nama sebenar)? Why baby why why??".
     Haa.. ambil la peluang ini untuk memperkenalkan Islam kepada mereka. Buat sedikit research, explain betul-betul kenapa itu kenapa ini. Sekarang adalah dunia science, relate jawapan scientific kita dengan al-Quran yang logik akal.
     [Iklan: Suatu hari kawan korean tanya kenapa orang Islam tak makan cik babz. So saya explain la,"Sebab cik babz tak baik untuk kesihatan. Cik babz makan semua benda termasuk sampah sarap. Cik babz punya sistem penghadaman tak bagus. Bla tu bla ni bla bla..". Seorang kawan saya menerkup muka, mungkin rasa bersalah dengan jawapan saya kerana cik babz adalah makanan utama Korean. Tapi tujuan saya menjawab sedemikian ada dua, pertama kerana rasa sayang melihat kawan saya itu terus makan cik babz yang tak sihat tu (Walaupun cik babz itu montel), kedua untuk membuktikan yang Islam melarang umatnya melakukan sesuatu atas sebab-sebab yang logik akal. (Iklan tamat)]
     Mungkin pada waktu itu mereka hanya mendengar seperti lalu telinga kiri keluar telinga kanan tapi who knows selang sehari, seminggu mahupun setahun dalam duduk mengelamun goyang kaki minum kopi, dengan kuasa Allah mereka teringat balik jawapan kita itu lalu berminat untuk mengkaji al-Quran.

B. MUDAH KAN BERDAKWAH??


     "Ko takde Facebook? Mundur gilaaa.". (Psstt.. saya ada Facebook so saya tak mundur kan? Hee..) Facebook tu dah jadi macam perkara yang wajib ada bagi setiap orang. Jadi gunalah Facebook itu seelok-eloknya, jangan salah gunakan Facebook sehingga jatuh hukumnya kepada haram. "Penggunaan Facebook menjadi HARAM apabila kita menggunakannya sebagai tempat untuk mencari kesilapan orang, mengutuk orang, menghina orang, menyebarkan perkara yang dilarang oleh Islam, menyebarkan fitnah, lagha sehingga lupa solat dan sebagainya, maka ini menjadi haram, kerana Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia dan perkara sia-sia itu adalah sifat syaitan dan mazmumah.". 
     So dekat ruangan 'What's on your mind' tu, daripada kita duduk mengarut merapu what so ever tu apa kata kita hias ia dengan perkara amar ma'ruf nahi mungkar. "Penggunaan Facebook menjadi HARUS apabila memanfaatkannya sebagai medan yang paling baik untuk menyebarkan dakwah, kerana ianya luas dan tiada tapisan, setiap berita yang dimasukkan akan dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Harus juga bagi sesiapa yang menjadikan Facebook sebagai tempat mencari kawan-kawan lama, menjadikan Facebook sebagai medan pertanyaan, menjadikan Facebook sebagai urusan pekerjaan dan seumpamanya kerana aktiviti ini tidak bercanggah dengan Amal ma'ruf dalam Islam.".

C. MUDAH KAN BERDAKWAH?? 


     Banyak lagi cara-cara lain yang dengan mudah kita boleh salurkan dakwah samaada secara langsung atau tidak langsung seperti tulis blog mengenai Islam, melalui nasyid jika anda seorang yang berseni, mengupload video-video yang berkaitan Islam di Youtube dll. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Renung-renungkan dan selamat beramal... ^^


"Invite to the Way of your Lord (Islam) with wisdom and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided." 
[16:125]

4 comments:

  1. Salam,
    nice entry..
    erm cuma nak bagi pendapat..time kawan korea ko tanye kenapa orang Islam tak makan cik bibz tu kan, aku rasa ko patut jawab die at the 1st place:

    1. kerana Allah melarang manusia makan cik bibz, buktinya firman Allah dalam AL-Quran ayat sekian2..
    2. kerana bukti scientific yang ko cakap tu

    bukan apa..cuma nak bagi diorang non Muslim jelas yang kita tak makan cik bibz kerana perintah ALLAH lebih dari sebab lain..kalau la ditakdirkan cik bibz tu bersih suci pun, tapi ALLAH kata haram maka ia still tak boleh dimakan..walaupun cik bibz kotor, dia tetap haiwan yang IQ die paling tinggi, tapi itu pon tak mengatasi pengharaman makan cik bibz oleh ALLAH.. ni cuma pandangan aku je..kalau aku tersalah jangan mara..hehe..kita sama2 belajar ok? teruskan usaha murni ini..aku sokong kau..salam!

    ReplyDelete
  2. inshaAllah akan perbaiki diri.. thanks for the reminder :)
    aimi. ni semua dariNya cuma sis sbg perantara :)

    ReplyDelete
  3. farah... ayat dlm entry ni sgt bahasa la.. bgs2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...