Dec 28, 2010

Habbatus Sauda' merawat cancer

  
"Pada Habbatus Sauda' terdapat penawar segala penyakit, kecuali mati".
[HR Abu Nu'aim kitab al-Tibb, 1819]

Habbatus Sauda'. Pernah dengar? Haa.. Saya last week baru first time dengar. Hehe.. 


Habbatus Sauda' atau dalam bahasa melayunya lebih dikenali dengan nama jintan hitam dianggap sebagai phytotherapeutic (herba perawatan) (berbelit-belit lidah baca. hehe..) tetapi tidak semua spesis boleh digunakan untuk perubatan. Spesis yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah Nigella Sativa yang mempunyai biji yang lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi.

Dengar kata kat malaysia sekarang pun dah banyak farmasi-farmasi yang mula menjual Habbatus Sauda' ni dalam bentul minyak dan capsule. Actually Habbatus Sauda' ni dah berkurun lama digunakan sejak awal permulaan tamadun lagi. Fir'aun Tutankhamen pun dikubur bersama Habbatus Sauda'. Cleopatra pun merawat kecantikan tubuhnya dengan cara mencampurkan minyak Habbatus Sauda' dalam susu untuk mandi. Haa.. Apa lagi kawan-kawan, jom makan Habbatus Sauda' banyak-banyak. Heee..

Sebenarnya entry kali ni nak cerita pasal cara mencegah dan merawat cancer (requested by a.s.m.a. hehe.. ;p). Oleh kerana cara paling berkesan untuk merawat cancer adalah menggunakan Habbatus Sauda' so saya buat la pengenalan berkenaannya sikit. Keupayaan Habbatus Sauda' untuk melawan, mencegah dan merawat cancer telah dibuktikan dalam kajian saintifik.

Ini adalah contoh kajian in vitro yang dibuat mengenai breast cancer;
Farah, I.O., Assessment of Celullar Responses to Oxidative Stress using MCF-7 Breast Cancer Cells, Black Seed (N. Sativa L.) Extracts and H2O2. (wow.. nama kami sama.! hehe..)
In conclusion, N. Sativa alone or in combination with oxidative stress was found to be effective (in vitro) in influencing the survival of MCF-7 breast cancer cells, unveiling promising opportunities in the field of cancer chemoprevention and/or treatment.

  

CARA MERAWAT CANCER

  • Campuran Habbatus Sauda' dan madu asli (lebih berkesan)
    • Campurkan 1kg minyak Habbatus Sauda' dengan 1kg madu asli.
    • Panaskan selama 15 minit.
    • Kemudian campurkan 1/2 cawan jus lemon.
    • Biarkan sejuk. (macam resipi masak-masak lak kan.? hee..)
  • Baca
    • Surah al-Fatihah
    • Ayat Qursi [2:255]
    • Ayat Syifa' - Surah at-Taubah [9:14], Yunus [10:57], an-Nahl [16:69], al-Israq [17:82], as-Syua'ra [26:80], Fussilat [41:44] 
    • Surah al-Hasr [59:21-24]
  • Hembuskan bacaan pada campuran tadi.
  • Ambil dua sudu teh campuran ini setiap pagi sebelum sarapan.
  • Amalkan selama 3 minggu atau lebih sepanjang rawatan radiotheraphy/chemotheraphy (amalkan selalu pun takpe).
atau
  • Hembuskan bacaan diatas pada minyak Habbatus Sauda'.
  • Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' ini setiap hari.

  
CARA MENCEGAH CANCER

  •  Amalkan beberapa titis minyak atau 5-7 biji atau 1-3 capsule Habbatus Sauda' setiap hari sebelum sarapan.
atau
  • Campuran
    • Panaskan 2 sudu teh minyak Habbatus Sauda' dalam kuali.
    • Kemudian campurkan 2 sudu teh biji Habbatus Sauda' yang ditumbuk halus (serbuk pun boleh).
    • Gaul dengan 1 sudu teh royal jelly then angkat.
    • Simpan di tempat sejuk.
  • Ambil satu sudu teh campuran ini sebelum makan 3 kali sehari. 
  • Amalkan selama 6 minggu kemudian selepas itu kurangkan dosnya kepada 2 kali sehari.


  
Kepada yang mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah cancer, saya sarankan anda supaya mengamalkan pengambilan Habbatus Sauda' ini kerana keberangkalian anda diserang cancer lebih tinggi. Prevention is better than cure. Tak gitu? Hee.. InshaAllah. Selamat mencuba.! (balik malaysia nanti nak beli Habbatus Sauda' banyak-banyak bawa datang sini) :)

AllahuAlam.

  

Dec 27, 2010

Perubatan islam bukan alternatif

  
Bismillahhirrahmannirrahim..

Sayu. Ku lihat kembali tagged photos di facebookku. Ayah Long. Bapa saudaraku yang tinggal tidak lebih satu kilometer dari rumahku. Waktu kecilku banyak dihabiskan di perkarangan rumah itu. Bendang di belakang rumah itu menjadi tempat lumba lariku bersama kakak-kakak dan sepupu-sepupuku. Ayah Long. Tubuhnya, terbujur kaku di atas katil yang aku tahu tidak seempuk katil di biliknya.

Ahh.. Aku bukan doktor. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Ayah Long, hanya doa dariku yang mampu aku hadiahkan dari jauh ini, semoga Ayah Long cepat sembuh ya. Stroke. Itulah penyakit yang menyerang menyebabkan separuh badannya lemah tidak dapat bergerak. Dugaan bagi Kak Yah yang akan melangsungkan perkawinannya tidak lebih dua bulan dari sekarang. Mak Long, menghembuskan nafas terakhir selang beberapa hari selepas Kak Ella, anak perempuan sulung mereka diijab kabulkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mereka kuat untuk hadapi dugaan ini. Aku. Masih samar adakah aku sekuat mereka jika diuji dengan dugaan sebegini.

Ahh.. Aku bukan doktor. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Jurusanku kejuruteraan, bukan kedoktoran. Biarlah sepupuku, Azie dan Kak In yang memberi info yang boleh menyembuhkan Ayah Long. Jurusan mereka kedoktoran. Memang mereka lebih tahu dan layak. Aku di sini, hanya dapat menasihati anak-anak Ayah Long supaya bersabar dan mendoakan mereka. Mungkin sebab itulah mama sangat berharap supaya aku mengambil jurusan kedoktoran. Lihat sekarang, tiada apa yang boleh aku lakukan. Hanyalah, doa..

Tiada apa yang kau boleh lakukan, Farah? Jadi apa guna kau menyertai Kursus Perubatan Islam? Hanya untuk membazirkan masa dan wang? Untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai yang kau menyertai majlis ilmu agama?

Kau, Muslim bukan? Apakah panduan utama hidupmu? Al-Quran dan as-Sunnah bukan? Adakah kau lupa kau seorang Muslim dan kehidupan, tingkah laku, usaha dan tawakalmu mestilah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah?

Ahh.. Aku malu. Kan orang kata perubatan islam adalah perubatan tradisional dan perubatan alternatif. Biarlah mereka berusaha dengan cara moden, jika tiada perubahan, baru aku akan berkongsi ilmu yang aku peroleh ini. Nanti, orang memandang aku mundur pula. Biarlah. Aku doakan Ayah Long dari jauh.

Sudah lupakah kau bahawa Allah telah menerangkan tentang mukjizat al-Quran? Kau, seorang Muslim, sepatutnya lebih tahu perkara ini lebih mendalam, bukan? Jika al-Quran dan as-Sunnah menjadi panduan utama hidup kau, kenapa masih menganggap perubatan islam adalah perubatan alternatif? Perubatan modenlah sebenarnya perubatan alternatif. Tukarlah persepsi mu, Farah.

Maafkan aku. Iya aku lupa. Allah telah menurunkan wahyu menyatakan al-Quran lah sebagai segala penyembuh dan penawar. Al-Quran juga sebagai panduan manusia untuk hidup. Berubat menggunakan ayat-ayat suci al-Quran adalah yang utama kerana al-Quran adalah zikir yang paling tinggi. Berdoa dan bertawakallah kepada Allah semoga diberi kesembuhan dan selepas itu, susulilah juga dengan perubatan moden sebagai penambah usaha dan tawakal kita.

Iya aku lupa. Maafkan aku, Ayah Long. Disamping doaku dari jauh ini, diharap apa ilmu yang aku pelajari ini dapat menjadi salah satu usaha untuk memberi kesembuhan kepada Ayah Long. Ayah Long, semoga cepat sembuh...


 

CARA MERAWAT STROKE
  • Baca
    • Surah al-Fatihah
    • Ayat Qursi [2:255]
    • Ayat pelembut - Surah Taha [20:1-5], al-Hashr [59:21-24], al-Insyirah [94:1-8]
    • Ayat Syifa' - Surah at-Taubah [9:14], Yunus [10:57], an-Nahl [16:69], al-Israq [17:82], as-Syua'ra [26:80], Fussilat [41:44] 
    • Surah al-Ikhlas
    • Surah al-Falaq
    • Surah an-Nas
  • Hembuskan bacaan pada 4 botol besar air, minyak zaitun dan madu asli.
  • Air
    • 1 botol untuk minum setiap hari sampai habis.
    • 3 botol untuk mandi. Caranya, selepas mandi, lalukan air dari hujung kepala hingga ke hujung kaki selama tiga hari berturut-turut. (sebotol air untuk sehari)
  • Minyak Zaitun (bagus untuk sendi dan saraf)
    • Beli yang botol besar (lebih kurang 500ml). Biasanya tahan untuk satu bulan.
    • Sapukan pada tempat yang tidak boleh bergerak setiap hari.
  • Madu Asli (bagus untuk semua penyakit)
    • Madu mestilah asli dan tidak dicampur dengan air gula atau bahan-bahan lain. (madu yang asli tidak dimakan semut dan ianya likat)
    • Makan satu sudu besar setiap hari sebelum sarapan. (before makan apa-apa)
Selepas sebulan, lihatlah perubahannya. Jika tiada perubaha, ulang kembali langkah-langkah tadi. Kesembuhan ini agak memakan masa tetapi tugas kita adalah sentiasa berusaha. Semoga usaha yang ikhlas dan berterusan akan mendapat hasil dari Allah Taala. InshaAllah. :)


 
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
[ 16:68-69 ]

  

  

 
p/s: Mama, walaupun kakcik tak ikut cakap mama ambil jurusan kedoktoran, tapi harap ini pun dapat merealisasikan impian mama untuk tengok kakcik menjadi 'doktor'. hehehee..



Dec 26, 2010

Kursus Islamic Medical Treatment level 2

Assalamualaikum wbt.

Wah wah wah.. Lama betul tak berjumpa kat sini aite? Alahai.. Sangat busy. busy. busy.!! Tapi at least saya tak buang masa cuti saya macam tu je. :)

Semalam Alhamdulillah tamat hari first Kursus Islamic Medical Treatment (IMT) level 2 yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Trimizi Zainal iaitu pengasas Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG). Sat lagi pukul 10am, start untuk second day then after that mana-mana peserta yang berminat layak untuk mengambil ijazah IMT. Means sesiapa yang ambil ijazah tu akan ikut Ustaz Trimizi buat practical and layak untuk menjadi salah seorang pengamal perubatan islam. Cool kan?? Hee..

Masih ingat lagi titik penghijrahan saya? Saya memutuskan untuk berhijrah adalah pada hari last kursus IMT level 1 pada last Ramadhan. Alhamdulillah.. ^^

Pada awalnya, penyertaan saya dalam kursus semasa level 1 adalah secara suka-suka sekadar mengisi masa lapang cuti musim panas yang lepas. Tetapi after menyertai, rasa minat untuk mendalami ilmu ini lebih tinggi dan saya menunggu-nunggu tarikh untuk kursus level 2 diumumkan. Mungkin ilmu ini adalah satu ilmu baru bagi saya menyebabkan saya sangat berminat untuk mempelajarinya. Ya, saya akui sebelum ini saya masih meragui kewujudan makhlus halus (atau saya focuskan, jin) itu sendiri dan kebolehan  mereka untuk menyakiti manusia. Nyata, anggapan saya meleset dan saya diselamatkan dari meragui ayat-ayat al-Quran kerana kewujudan mereka ini dibuktikan sendiri di dalam al-Quran. Salah satunya;


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma."
[ 15:26-27 ]


Malah terdapat satu surah khas yang menceritakan tentang hakikat jin iaitu Surah al-Jinn (surah 72).

Tahukah anda (ececee..), syaitan adalah dari golongan jin? Syaitan adalah golongan jin yang degil dan jahat manakala Iblis adalah bapa jin. Dia adalah jin yang ingkar untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. Sebab itu kita ada dengar istilah 'jin baik' dan 'jin jahat'. Jin baik adalah jin islam dimana mereka tidak boleh merasuk atau memudaratkan manusia kerana mereka telah berjanji dengan Allah, dan begitulah sebaliknya. Hakikatnya, mereka serupa dengan makhluk-makhluk lain dalam hal berkaitan dengan kehidupan dan tempat tinggal. Mereka berkahwin dan beranak pinak. Ada juga hadith yang membuktikan yang Rasulullah pernah berdakwah kepada jin. Menarik kan?

Takut. Ramai kenalan saya yang takut untuk belajar ilmu perihal makhluk halus ini. Rugi. Sangat rugi. Hanya itu yang mampu saya ungkapkan. Kewujudan mereka ini adalah pasti. Nisbah kewujudan manusia : jin : malaikat adalah 1 : 9 : 90. So mana lagi takut? Menuntut ilmu berkenaan mereka and belajar cara untuk melindungi diri atau buat-buat tak tahu tentang kewujudan mereka dan tiada apa-apa ilmu untuk bukan hanya orang lain tapi yang penting diri kita sendiri kerana sekarang di negara kita sendiri sudah terlalu banyak kes-kes sihir dan sebagainya.

Tujuan saya menyertai kursus ini pun bukanlah untuk merawat sesiapa, tetapi hanya sekadar bekalan untuk melindungi diri sendiri kerana kita tidak tahu apa dugaan yang bakal kita hadapi kelak. Boleh jadi kita, atau keluarga kita, atau rakan terdekat kita terkena gangguan-gangguan ini. Atau mungkin, jika ada kes-kes gangguan yang kecemasan, at least saya ada sedikit ilmu untuk melakukan ikhtiar. Jika diberi peluang dan kesediaan mental, saya sangat berminat untuk menjadi salah seorang pengamal perubatan islam kerana tidak ramai wanita yang berminat mempelajari ilmu ini. So sad ㅠㅠ


Saya ingatkan dan tekankan, IMT bukanlah sekadar kaedah perubatan berkenaan gangguan jin tetapi juga dapat merawat penyakit-penyakit fizikal seperti cancer, darah tinggi, stroke etc. Ini kerana, IMT adalah kaedah perubatan yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sebagai penawar. Semua ayat-ayat al-Quran yang diamalkan adalah ikhtiar dah doa kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit atau gangguan tersebut. Kita sebagai Muslim perlu meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perkara utama rujukan kehidupan kita.

Actually saya ingin share salah satu kaedah merawat penyakit fizikal menggunakan pendekatan IMT, tetapi sekarang sudah pukul 9.30am means saya kena bersiap SEKARANG sebab kursus start pukul 10am nanti. (sudah lambat. hoho..)

Mungkin suatu hari nanti, saya dapat menjadi seperti pelakon tanah air, Ashraf Muslim, yang sekarang sedang giat menjadi pengamal perubatan islam. Who Knows.? ;p Doakan saya.!! InshaAllah.. Hehe.. ^^

AllahuAlam.

 

Dec 5, 2010

Palestin atau hanya plastisin?

   
Cikgu Nazipah, atau dikenali dengan nama Teacher Ipah oleh pelajarnya adalah seorang cikgu di salah sebuah tadika islam di semenanjung Malaysia. Pada suatu hari, Cikgu Nazipah terasa hendak berkongsi sesuatu yang dirasakan berguna bersama pelajar tadikanya. 

"Mungkin topik ini agak berat tapi.. Ahh.. Layankan aje", desus hatinya yang bersih bak rupanya yang rupawan. cewwaahh..

Iman                : Semua bangun.. Assalamualaikum Techer Ipah yang rupawan.
Kelas               : As sa la mua lai kum Teac her I pah yang ru pa wan.
Cikgu Nazipah : Hikhik.. Walaikumussalam wbt dan terima kasih kerana memuji saya. (tersenyum lebar)

"Perasan betul Teacher ni, padahal dia yang suruh kita paggil dia macam tu", bisik Munirah pada Zatul.

Cikgu Nazipah : Ok murid-murid sekalian, harini Teacher Ipah yang rupawan nak share something. Teacher rasa topik ni agak berat tapi sebab you all anak murid Teacher jadi Teacher rasa you all pun mesti pandai macam Teacher.

"Hari-hari Teacher puji diri sendiri", bisik Zatul pada Munirah pula.

Cikgu Nazipah : Apa yang you all tahu pasal Isu Palestin?

Ambik kau. Berat tak berat itulah topik yang ingin dishare oleh Cikgu Nazipah harini. Walaupun anak muridnya ada yang masih tak reti nak lap hingus sendiri, ada yang masih minum air dalam botol susu tetapi semangatnya untuk berkongsi tentang Isu Palestin tidak dapat dipatahkan oleh ketidakmatangan anak muridnya itu.

Kelas menjadi sunyi sepi. Aku tengok kau, kau tengok aku, semua tercengang. Kemudian jadi hingar bingar bak bazar Ramadhan di depan Kolej Cemara Seksyen 18 Shah Alam.

Humairah : Teacher, Palestin ke plastisin? Teacher salah sebut eh?
Mursyid   : Tisu plastisin? ada ke orang buat tisu dari plastisin?
Kelas       :  Susu ? Plaster ape? bla bla bla !$~%^)*(&*&*(........

Cikgu Nazipah : APA?? You all tak tahu ke Isu Palestin ni? Tak pernah dengar? Berapa kali teacher suruh you all tengok berita Buletin Utama dekat TV3 tu??? Mak bapak you all tak cerita ke? You all ni islam ke tak hah? Pelis laa, jangan tahu bagi salam tapi isu-isu pasal islam tak ambil berat! You all tak malu ke mengaku islam? Bukak facebook hari-hari, bertweet-tweet lagi tapi masa untuk ambil tahu pasal agama sendiri pun takde? Malu Teacher Ipah yang rupawan (masih sempat memuji diri). Malu saya ada anak murid macam you all, you know! You all ingat... blablabla.. !#^^*^(&%^$...

p/s: Maaf. Cerita tidak dapat diteruskan kerana ayat-ayat yang dilemparkan oleh Cikgu Nazipah terlalu 'censored' untuk ditulis. Hehehe..

******************************************************

  
Assalamualaikum wbt, pembaca Kunfayakun yang rupawan semua. Hee.. :)

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia tetapi jika diselidik apa yang tersirat disebalik yang tersurat, mungkin boleh difikir-fikirkan  isinya oleh akal kurniaan Allah ini.

Kepada mereka yang ingin tahu berita-berita terkini berkenaan Isu Palestin, mungkin anda boleh follow  or bookmark page dibawah ini. Mungkin boleh check berita terbaru berkenaan nasib saudara seislam kita disana sekali sehari sebelum tidur, seminggu sekali pada hujung minggu, sebulan sekali or setahun sekali (ni memang melampau. huhu..). 

click here --> PALESTIN KINI

Apalah sangat seminit dua yang kita korbankan untuk membaca article-article ini. Sedikit sebanyak boleh menyuntik semangat untuk berjuang mempertahankan maruah islam dalam diri kita. Bukan saya katakan Isu Palestin hanyalah isu agama, malah saya menyokong mereka yang menganggap isu ini adalah isu kemanusiaan. Cuma perlu kita berjuang mempertahankan al-Aqsa kerana ia adalah milik kita, milik umat islam.

Kesempatan saya menyertai 'Malam Viva Palestin' yang dianjurkan oleh Amir Korea pada bulan lepas memberi peluang saya berjumpa sendiri dengan salah seorang daripada duabelas rakyat Malaysia yang terpilih menyertai kapal bantuan kemanusiaan ke Palestin, Kapal Mavi Marmara iaitu Pengerusi Aqsa Syarif Bhd, Ustaz Hasanudddin Bin Muhammad Yunus.

Banyak yang dikongsi beliau dan banyak juga yang saya nak share tapi nanti ada pula yang tak terbaca sebab panjang sangat. Hehe.. So disini saya note kan satu pesanan beliau. Perkara yang boleh kita lakukan untuk membawa sinar kemenangan islam di Palestin.
   
  • Sentiasa ambil tahu dan berfikir tentang Isu Palestin.
  • Sentiasa mendoakan tentera-tentera islam disana dan mendoakan keselamatan saudara kita serta mendoakan kemenangan islam.
  • Menjadi salah seorang pejuang Palestin. Tidak bermakna mesti keluar berjuang tetapi berjuang melalui medium yang kita mampu. (Ceramah, Website, Kempen, Blog, Twitter etc)
  • Memberi pressure kepada orang Yahudi dengan mengutuk tindak tanduk mereka.
  • Memboikot barang-barang Israel. Nestle, McDonalds, Coca-cola dan L'oreal adalah empat syarikat utama yang disahkan memberi bantuan terus kepada Israel. (sedihnya tak dapat dah minum milo and oh, bedak padat l'oreal ku ㅠ.ㅠ)
   
Disini saya menyeru kenalan yang benci 'gila babeng' terhadap tindak tanduk Yahudi terhadap rakyat Palestin dan memandang rendah maruah kita yakni umat islam, untuk bertindak melakukan sesuatu. Bukan hanya benci pada bibir.

  
"...(Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka."
[ 47:4 ]

 
! ALLAHUAKHBAR !
   
 

Dec 1, 2010

Kiamat 2012...?

Assalamualaikum wbt..
 
Kebelakangan ini, sering kita dengar dan lihat banyak article dan video berkenaan 'Hari Kiamat 2012'. Ada yang bersetuju dan ada pula yang membangkang. Bagi yang bersetuju, mereka bertungkus lumus mengkaji al-Quran Karim dan membuat pelbagai kira-kira supaya angka 2012 tertera pada papan mesin kira. Bagus. Memang kita perlu mengkaji al-Quran dan beramal dengannya, bukan sekadar membaca isinya. Bagi yang membangkang, mereka bertungkus lumus mengorek idea dan kata-kata yang kebaboom untuk membalas balik bahan itu. Bagus. Memang kita perlu berfikir dan mengambil logik sesuatu benda sebelum membuta tuli menerima sebarang info yang kurang jelas usulnya.
 

Persoalannya.
Siapakah kita untuk persoalkan bilakah Hari Kiamat akan berlaku?
Bukankah Hari Kiamat itu salah satu perkara yang dirahsiakan Allah?


Manakah yang lebih penting.
Teka-teki tarikh berlakunya Hari Kiamat? 
.atau.
Persediaan diri menghadapi Hari Kiamat?

 
From my oppinion, the date is not important but (hee.. cakap omputih sket) yang perlu diseropong adalah persediaan kita untuk menghadapi tarikh itu. Jika benar Hari Kiamat akan berlaku pada tahun 2012 seperti yang digembar-gemburkan, apakah daya usaha kita untuk memperbanyakkan bekalan untuk dihisab di Hari Akhirat kelak? Jika tidak benar Hari Kiamat akan berlaku pada tahun 2012 seperti yang digembar-gemburkan, apakah alasan itu boleh diterima untuk kita masih bergelak ketawa tanpa sekelumit usaha untuk memperbanyakkan bekalan untuk dihisab di Hari Akhirat kelak? 
 
Hari Kiamat dan mati.
Sebab itulah Allah merahsiakan tarikh Hari Kiamat dan tarikh mati seseorang supaya hambaNya sentiasa dalam keadaan bersedia. Tugas kita adalah bertaubat dan mengextrakan ibadah setiap masa sebagai persediaan untuk menghadapi 'hari rahsia' itu. Apakah yang akan terjadi sekiranya tarikh Hari Kiamat jatuh pada akhir tahun 2010 atau tarikh mati jatuh pada hari esok? Bersediakah kita?



"Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?". Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu. (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja."
[ 79:42-46 ]
  

AllahuAlam..




  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...