Dec 27, 2010

Perubatan islam bukan alternatif

  
Bismillahhirrahmannirrahim..

Sayu. Ku lihat kembali tagged photos di facebookku. Ayah Long. Bapa saudaraku yang tinggal tidak lebih satu kilometer dari rumahku. Waktu kecilku banyak dihabiskan di perkarangan rumah itu. Bendang di belakang rumah itu menjadi tempat lumba lariku bersama kakak-kakak dan sepupu-sepupuku. Ayah Long. Tubuhnya, terbujur kaku di atas katil yang aku tahu tidak seempuk katil di biliknya.

Ahh.. Aku bukan doktor. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Ayah Long, hanya doa dariku yang mampu aku hadiahkan dari jauh ini, semoga Ayah Long cepat sembuh ya. Stroke. Itulah penyakit yang menyerang menyebabkan separuh badannya lemah tidak dapat bergerak. Dugaan bagi Kak Yah yang akan melangsungkan perkawinannya tidak lebih dua bulan dari sekarang. Mak Long, menghembuskan nafas terakhir selang beberapa hari selepas Kak Ella, anak perempuan sulung mereka diijab kabulkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mereka kuat untuk hadapi dugaan ini. Aku. Masih samar adakah aku sekuat mereka jika diuji dengan dugaan sebegini.

Ahh.. Aku bukan doktor. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Jurusanku kejuruteraan, bukan kedoktoran. Biarlah sepupuku, Azie dan Kak In yang memberi info yang boleh menyembuhkan Ayah Long. Jurusan mereka kedoktoran. Memang mereka lebih tahu dan layak. Aku di sini, hanya dapat menasihati anak-anak Ayah Long supaya bersabar dan mendoakan mereka. Mungkin sebab itulah mama sangat berharap supaya aku mengambil jurusan kedoktoran. Lihat sekarang, tiada apa yang boleh aku lakukan. Hanyalah, doa..

Tiada apa yang kau boleh lakukan, Farah? Jadi apa guna kau menyertai Kursus Perubatan Islam? Hanya untuk membazirkan masa dan wang? Untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai yang kau menyertai majlis ilmu agama?

Kau, Muslim bukan? Apakah panduan utama hidupmu? Al-Quran dan as-Sunnah bukan? Adakah kau lupa kau seorang Muslim dan kehidupan, tingkah laku, usaha dan tawakalmu mestilah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah?

Ahh.. Aku malu. Kan orang kata perubatan islam adalah perubatan tradisional dan perubatan alternatif. Biarlah mereka berusaha dengan cara moden, jika tiada perubahan, baru aku akan berkongsi ilmu yang aku peroleh ini. Nanti, orang memandang aku mundur pula. Biarlah. Aku doakan Ayah Long dari jauh.

Sudah lupakah kau bahawa Allah telah menerangkan tentang mukjizat al-Quran? Kau, seorang Muslim, sepatutnya lebih tahu perkara ini lebih mendalam, bukan? Jika al-Quran dan as-Sunnah menjadi panduan utama hidup kau, kenapa masih menganggap perubatan islam adalah perubatan alternatif? Perubatan modenlah sebenarnya perubatan alternatif. Tukarlah persepsi mu, Farah.

Maafkan aku. Iya aku lupa. Allah telah menurunkan wahyu menyatakan al-Quran lah sebagai segala penyembuh dan penawar. Al-Quran juga sebagai panduan manusia untuk hidup. Berubat menggunakan ayat-ayat suci al-Quran adalah yang utama kerana al-Quran adalah zikir yang paling tinggi. Berdoa dan bertawakallah kepada Allah semoga diberi kesembuhan dan selepas itu, susulilah juga dengan perubatan moden sebagai penambah usaha dan tawakal kita.

Iya aku lupa. Maafkan aku, Ayah Long. Disamping doaku dari jauh ini, diharap apa ilmu yang aku pelajari ini dapat menjadi salah satu usaha untuk memberi kesembuhan kepada Ayah Long. Ayah Long, semoga cepat sembuh...


 

CARA MERAWAT STROKE
  • Baca
    • Surah al-Fatihah
    • Ayat Qursi [2:255]
    • Ayat pelembut - Surah Taha [20:1-5], al-Hashr [59:21-24], al-Insyirah [94:1-8]
    • Ayat Syifa' - Surah at-Taubah [9:14], Yunus [10:57], an-Nahl [16:69], al-Israq [17:82], as-Syua'ra [26:80], Fussilat [41:44] 
    • Surah al-Ikhlas
    • Surah al-Falaq
    • Surah an-Nas
  • Hembuskan bacaan pada 4 botol besar air, minyak zaitun dan madu asli.
  • Air
    • 1 botol untuk minum setiap hari sampai habis.
    • 3 botol untuk mandi. Caranya, selepas mandi, lalukan air dari hujung kepala hingga ke hujung kaki selama tiga hari berturut-turut. (sebotol air untuk sehari)
  • Minyak Zaitun (bagus untuk sendi dan saraf)
    • Beli yang botol besar (lebih kurang 500ml). Biasanya tahan untuk satu bulan.
    • Sapukan pada tempat yang tidak boleh bergerak setiap hari.
  • Madu Asli (bagus untuk semua penyakit)
    • Madu mestilah asli dan tidak dicampur dengan air gula atau bahan-bahan lain. (madu yang asli tidak dimakan semut dan ianya likat)
    • Makan satu sudu besar setiap hari sebelum sarapan. (before makan apa-apa)
Selepas sebulan, lihatlah perubahannya. Jika tiada perubaha, ulang kembali langkah-langkah tadi. Kesembuhan ini agak memakan masa tetapi tugas kita adalah sentiasa berusaha. Semoga usaha yang ikhlas dan berterusan akan mendapat hasil dari Allah Taala. InshaAllah. :)


 
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
[ 16:68-69 ]

  

  

 
p/s: Mama, walaupun kakcik tak ikut cakap mama ambil jurusan kedoktoran, tapi harap ini pun dapat merealisasikan impian mama untuk tengok kakcik menjadi 'doktor'. hehehee..



11 comments:

  1. nice kak chik!well done!insyaAllah membantu.ingtkan entri nih saloh tajuk rupenyer bile dah bace baru paham;)

    ReplyDelete
  2. setiap penyakit ada ubatnya,iA..Hanya mati je tiada ubatnya..yg penting usaha,rite?

    farah..any doa for cancer treatment??
    kongsi kat blog eh..=)

    ReplyDelete
  3. faitz : hee.. kasi suspen sket. hehe.. inshaAllah. :)
    asma : betul. betul.! hehe.. anyway dah share. pasal cancer pun ktorg byk belajar hari tu. pastu sy tanya ustaz sket2. tak faham ke apa tanya la ye :)

    ReplyDelete
  4. Assalam Farah,

    Saya pembaca baru blog Pn Farah ;-) (baru hari ini). Ntah macamana tertarik pula utk membaca dan tertarik utk memberi komen dalam entri ini mengenai MADU.

    "madu yang asli tidak dimakan semut dan ianya likat"

    *Ayat di atas memang seringkali kita dengar. Tetapi sy juga pernah dengar pakar perubatan alternatif menyatakan statement tersebut salah. MADU asli turut dimakan semut, kerana fitrah semut adalah menggemari makanan yang manis. Sekiranya madu tersebut tidak didatangi semut, madu tersebut adalah tiruan dimana campurannya adalah gula serta bahan lain (sy lupa bahan utama lain yg dinyatakan tu). Bahan tersebut lah menyebabkan semut tidak mahu makan 'madu'. Statement tu dibuat utk melariskan jualan madu mereka.

    Jika ada kesempatan Pn Farah boleh la tanya2 pada ustaz/ustazah mengenai hal ini. Madu memang sangat bagus, semua org harus amalkannya. Tapi jika tersalah pilih jenis madu, sangat merugikan.

    Wallahualam

    *pjg pula komen sy yg pertama kali ni (maaf yer)

    ReplyDelete
  5. Assalamu Alaikum
    Dear farah mohon ijin untuk copy tulisan ini di facebook saya Makasih

    ReplyDelete
  6. doa untuk sembuh dari rabun?

    ReplyDelete
  7. tahniah ya...perubatan Islam adalah ruqyah, madu dan bekam....dan tak sepatutnya sebuah negara Islam mengatakan semua itu sebagai alternatif kerana ianya terbukti menyembuhkan kerana ianya dari pencipta kita...
    Dadah adalah penipuan besar..kelegaan sementara tapi rencatan pada sistem badan

    ReplyDelete
  8. Minta maaf nk mengadu tentang penipuan oline

    0139090296 telah MENIPU DI ATAS KESENGSARAAN ORANG LAIN

    saya telah DITIPU oleh 0139090296 yg menjual arabic gam. Da bayar rm320 tapi barang tak hantar. Dia kata da send tapi pecah. Alasan 2kali yang sama dia takperasan and sy tegur takkan pecah lagi. Dia tutup fon dan takde barang yg smpai ke rumah smpai sekarang

    Saya telah DITIPU oleh sue katanya seorang cikgu DITIPU oleh PENIPU

    0139090296 03070000409108 CIMB REZKI MEWAH RESOURCES



    Sy akan sebarkan maklumat. Utk pengetahuan lebih lanjut boleh msg saya 0197500940 kita kumpul ramai2 cari PENIPU ini!!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum farah..
    Nak bertanya, kat mana yer nk mempelajari perubatan islam mcm yg farah belajar?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum farah..
    Nak bertanya, kat mana yer nk mempelajari perubatan islam mcm yg farah belajar?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...