Dec 1, 2010

Kiamat 2012...?

Assalamualaikum wbt..
 
Kebelakangan ini, sering kita dengar dan lihat banyak article dan video berkenaan 'Hari Kiamat 2012'. Ada yang bersetuju dan ada pula yang membangkang. Bagi yang bersetuju, mereka bertungkus lumus mengkaji al-Quran Karim dan membuat pelbagai kira-kira supaya angka 2012 tertera pada papan mesin kira. Bagus. Memang kita perlu mengkaji al-Quran dan beramal dengannya, bukan sekadar membaca isinya. Bagi yang membangkang, mereka bertungkus lumus mengorek idea dan kata-kata yang kebaboom untuk membalas balik bahan itu. Bagus. Memang kita perlu berfikir dan mengambil logik sesuatu benda sebelum membuta tuli menerima sebarang info yang kurang jelas usulnya.
 

Persoalannya.
Siapakah kita untuk persoalkan bilakah Hari Kiamat akan berlaku?
Bukankah Hari Kiamat itu salah satu perkara yang dirahsiakan Allah?


Manakah yang lebih penting.
Teka-teki tarikh berlakunya Hari Kiamat? 
.atau.
Persediaan diri menghadapi Hari Kiamat?

 
From my oppinion, the date is not important but (hee.. cakap omputih sket) yang perlu diseropong adalah persediaan kita untuk menghadapi tarikh itu. Jika benar Hari Kiamat akan berlaku pada tahun 2012 seperti yang digembar-gemburkan, apakah daya usaha kita untuk memperbanyakkan bekalan untuk dihisab di Hari Akhirat kelak? Jika tidak benar Hari Kiamat akan berlaku pada tahun 2012 seperti yang digembar-gemburkan, apakah alasan itu boleh diterima untuk kita masih bergelak ketawa tanpa sekelumit usaha untuk memperbanyakkan bekalan untuk dihisab di Hari Akhirat kelak? 
 
Hari Kiamat dan mati.
Sebab itulah Allah merahsiakan tarikh Hari Kiamat dan tarikh mati seseorang supaya hambaNya sentiasa dalam keadaan bersedia. Tugas kita adalah bertaubat dan mengextrakan ibadah setiap masa sebagai persediaan untuk menghadapi 'hari rahsia' itu. Apakah yang akan terjadi sekiranya tarikh Hari Kiamat jatuh pada akhir tahun 2010 atau tarikh mati jatuh pada hari esok? Bersediakah kita?



"Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?". Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu. (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja."
[ 79:42-46 ]
  

AllahuAlam..




  

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...